Hubungkait Antara Krisis Qatar dan Sokongannya Terhadap Ikhwan Muslimin – Mohd Shazwan

0
109
views

1. Teka-teki disebalik krisis Arab Saudi dan Qatar yang bermula pada 5 Jun yang lepas semakin membimbangkan memandangkan tiada tanda-tanda bahawa ‘perang dingin’ ini akan berkahir dalam tempoh yang singkat

2. Terbaru, selain Arab Saudi, Mesir, Bahrain, UAE dan Maldives. Yaman, Libya, Mauritania dan Jordan turut memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

665003303001_5375856089001_4865263685001-vs

Lesen penyiaran stesen TV Al-Jazeera di Jordan telah dibatalkan hari ini manakala pasaran Saham Qatar terus menjunam 1.04%. Penerbangan rasmi Qatar; Qatar Airways telah dinafikan untuk melalui ruang udara negara jiran kecuali Oman.

3. Arab Saudi melalui Menteri Luarnya; Adel Al-Jubeir memberikan kenyataan bahawa keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan ‘brother state’ itu bukanlah suatu keputusan yang mudah dan diambil setelah mengambil kira kepentingan dalam mengekalkan keselamatan dan kestabilan serantau.

Pihak Al-Azhar juga hari ini menyatakan sokongan terhadap tindakan Arab Saudi dan negara sekutunya tersebut.

4. Menariknya kali ini, Kementerian Luar Arab Saudi memberi isyarat bahawa untuk tekanan diplomatik dan boikot ditamatkan, Qatar perlu memutuskan hubungan dengan HAMAS dan Ikhwanul Muslimin selain menambah Qatar telah memperkecilkan peranan Palestine Authority (PA) yang diketuai Mahmoud Abbas dan Kerajaan ‘Coup D’etat’ Mesir yang diketuai Abdul Fattha Al-Sisi.

HAMAS memberikan reaksi bahawa kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu mengejutkan seluruh penduduk Palestin selain menyatakan penyesalan yang mendalam terhadap kenyataan tersebut dan menganggap ianya sangat janggal dengan pendirian kerajaan Arab Saudi sebelumnya.

5. President Donald Trump pula melalui akaun Twitternya pula menyatakan kegembiraan setelah kejayaan lawatannya ke timur tengah dengan menyatakan bahawa ini adalah ‘Permulaan terhadap pengkahiran keganasan yang menakutkan’ selain menyatakan dialog bersama pemimpin Arab Saudi dan 50 negara lain telah mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk mengambil tindakan keras terhadap penajaan terhadap keganasan dan kesemua pemimpin negara tersebut menuding jari kepada Qatar.

Trump turut menambah beliau sangat gembira dengan perjanjian rekod pembelian terbesar aset ketenteraan berjumlah 110 Billion US Dollar diantara kerajaan Arab Saudi dan US dan menambah ini adalah baik untuk Amerika kerana ianya memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Amerika.

472765-121123-mohamed-morsi

6. Untuk rekod, kerajaan Mesir sekarang adalah hasil rampasan kuasa pihak tentera terhadap pentadbiran Dr.Mohamed Morsi yang memenangi pilihanraya secara sah pada tahun 2012 melalui parti FJP, sebuah parti proksi ‘Ikhwanul Muslimin’ manakala HAMAS pula telah memenangi majoriti 74 kerusi dari 132 kerusi Parlimen Palestin pada tahun 2006 (tiada lagi pilihanraya selepasnya) tetapi telah dinafikan hak untuk memimpin kerajaan walaupun pilihanraya diadakan dengan pemantauan European Union (EU).

7. Sangat janggal apabila kerajaan Arab Saudi melalui kementerian luarnya seolah-olah cuba menghukum usaha Qatar menyokong pihak yang memenangi pilihanraya secara adil dan sah.

Tambahan lagi, Hamas dan Ikhwanul Muslimin adalah dua gerakan moderat yang sangat berpengaruh dan popular dalam dunia Islam.

Kenyataan ini dilihat seolah selari dengan kenyataan bekas Menteri Pertahanan Israel; Moshe Ya’alon yang menyatakan ‘Israel dan Sunni Arab selain Qatar adalah didalam bahtera yang sama (dalam memerangi ancaman nuklear Iran)’ manakala Meteri Pertahanan semasa Israel; Avigdor Lieberman pula menyatakan krisis Qatar ini adalah ‘peluang keemasan’ untuk Israel berkerjasama dengan negara Arab bagi memerangi keganasan.

Naratif melabelkan dua gerakan ini sebagai ekstrimis dan pengganas adalah seolah ada pihak yang sedang memainkan rentak Israel dan Amerika Syarikat.

8. Kerajaan Qatar melalui pemimpinnya; Sheikh Tamim Bin Hamad Al-Thani buat masa ini belum lagi membuat kenyataan rasmi mengenai konflik ini setelah mendapat nasihat pemimpin Kuwait; Sheikh Sabah Al-Ahmad Al Sabah yang mahu berunding terlebih dahulu bagi pihak Qatar.

Selain Oman dan Iran, Kuwait merupakan negara berjiran yang belum memtuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Ini mungkin disebabkan hubungan diantara Sheikh Tamim yang menganggap Sheikh Sabah sebagai bapanya.

Peranan Kuwait sebagai orang tengah dalam krisis ini dianggap sangat ‘kritikal’ kerana sekiranya krisis ini berterusan, sumber makanan Qatar yang bergantung sepenuhnya pada import bakal menyebabkan berlakunya kekurangan sumber makanan dan air bersih.

Rak-rak pasaraya diseluruh Qatar mulai kosong dan tiada stok untuk diniagakan.

9. Selain Kuwait, Turki sebagai rakan karib Qatar turut dilihat mampu menjadi ‘payung terjun’ kepada Qatar.

Turkish President Recep Tayyip Erdogan delivers a speech during 28th Mukhtars (local administrators) meeting at the Presidential Complex in Ankara on October 19, 2016. / AFP / ADEM ALTAN (Photo credit should read ADEM ALTAN/AFP/Getty Images)

Parlimen Turki yang dikuasai AKP hari ini meluluskan draf untuk menghantar tenteranya ke Qatar dan Presiden Erdogan melalui kenyataannya mengkritik keras tindakan negara Arab terbabit dan memberikan signal jelas bahawa Turki akan melakukan apa sahaja melalui kuasanya untuk membantu Qatar dan menamatkan krisis tersebut.

Turki dan Iran turut menyatakan komitmen untuk membantu Qatar sekiranya negara tersebut mengalami kekurangan stok makanan dan minuman. Sebagai rekod, selain US yang mempunyai 11,000 anggota tentera di Qatar, Turki mempunyai pengkalan tentera sendiri di Qatar.

10. Perkembangan terbaru merupakan suatu berita yang sedih buat umat Islam.

‘Centrality’ dan solidariti isu Palestin di timur tengah dan dunia islam mula tergugat apabila pemimpin negera Islam mula bercakap menggunakan bahasa yang sama dengan Israel dan US.

Naratif yang sering dimainkan musuh Islam kini dilihat dilakonkan oleh negara Islam sendiri dan lebih mengejutkan ke atas negara saudara dan jiran terdekat mereka sendiri.

Lebih menyedihkan, peristiwa ini berlaku beberapa hari hanya beberapa hari dari ulangtahun ke-50 tragedi An-Naksah di bumi Palestin.

Semoga Allah memelihara Qatar dan Emirnya yang berketurunan ‘Bani Tamim’ yang disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w sebagai umat yang paling keras menghadapi dajjal dan semoga Allah menunjukkan jalan keluar dari krisis ini dan memberikan umat Islam penyatuan yang telah lama diimpikan.

Nota Kaki – Di mana peranan OIC ?

Wallahua’lam

MOHD SHAZWAN BIN AB HALIM
Aktivis IKRAM

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply