Ikhlas : Rahsia Tuhan

1
220
views

Ikhlas

Ibarat semut hitam,

yang berjalan di atas batu hitam,

pada pekatnya malam.

Tak terlihat dek mata manusia,

tak tercatit oleh malaikat penjaga.

Ia rahsia Tuhan Yang Maha Segala,

itu ikhlas.

Tak terjulang megah dengan pujian,

tak tersembam lemah dek kejian.

Tak meningkat seri dengan taburan bunga,

tak merendah sepi dek simbahan tahi.

Tiada sebarang perubahan nafas,

ketika dunia menghantar balas,

itu ikhlas.

Jiwa-jiwa yang mengaku hamba,

akan sukar mengaku ikhlas.

Kerisauannya selalu ada,

kerana sekali terluah kata,

boleh jadi lenyaplah amal segala.

Ibarat dedaunan kering yang terbakar hangus,

cepatnya ia terlupus.

Begitu sekali penangan buat yang senang mengaku ikhlas.

Kita takkan pernah tahu,

waktu mana ikhlas itu benar-benar ada.

Sudah dikhabarkan, bahawa ikhlas itu rahsia Tuhan.

Di saat kamu ragu-ragu untuk berbuat kebaikan,

hanya kerana risau dirimu tidak ikhlas,

itulah tanda kamu tidak ikhlas.

Lakukan sahajalah sebarang kebaikan,

tak perlu kamu ragukan,

kerana ikhlas itu rahsia Tuhan.

Sesudah kebaikan itu kamu laksanakan,

lupakanlah ia.

Andai ada terlintas sebarang rasa megah,

istighfar sahaja.

Itukan  mainan syaitan, lalu kuatkanlah iman.

Ikhlas akan datang sendiri, tanpa kamu sedari.

Tak perlu kamu risaukan,

tugasmu hanya menyuruh yang ma’ruf,

mencegah yang mungkar.

Selainnya, biar Tuhan yang uruskan,

kerana sudah dikhabarkan,

bahawa ikhlas itu rahsia Tuhan.

Nur Aziza Binti Abd Aziz,

Pelajar Kejuruteraan Sistem Mekanikal,

Universiti Yamanashi,

Jepun.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. susah sungguh nak mengikhlaskan diri….kadang2 syaitan serang dari berbagai segi…..walaupun kita istigfar ia dtg menyerang lagi…penyakit cemburu dan iri hati juga bermain-main dijiwa ini…Moga Allah mengampuni dosa ini……Yang terlalu kerdil dan lemah…..

Leave a Reply to sha Cancel reply