Ikhwah Bujang-Bujang

0
73
views

10967452

Tadi lepak-lepak dengan ikhwah yang dah berkahwin.

Hrmm. Depa kata kat gua, even gua ni nampak macam bz, ke hulu ke hilir macam tak ada rumah. Tidur pun selalu kat office, tapi sebenarnya gua ni super duper punya banyak masa.

Direnung dalam-dalam kata depa betul juga tu. Memang gua banyak masa pun. Walau nampak je bz, tapi atleast ada masa lepak dengan geng-geng bujang, main bola main futsal, tidur berlebih-lebihan. Cuma movie, game,dengan tengok bola full match memang tak ada masa la. Hehe

Depa cerita bila dak kahwin ni, tanggungjawab kita jadi banyak, super duper triple banyak. Isteri lagi, anak lagi, keluarga mertua lagi. So kadang-kadang tu memang susah la nak jumpa waktu free.

Berbeza pula dengan orang bujang. Masa kita banyak untuk diri sendiri je, so tak ada hal lah kalau selalu keluar ataupun pi program. Mujahadah pun tak banyak sangat. Mana ada scene anak menangis, anak demam, isteri sakit gigi, isteri merajuk, rampas kunci kereta. Tak ada scene-scene tu semua. Hehe

Sebab tu la ustaz yang gua hormati kerana Allah pernah pesan sinis pada ikhwah lain yang puji gua pada satu malam yang pening lagi hening

Jangan puji dia lebih-lebih syeikh, time bujang ni memang nampak rajin, tapi tengok lah time lepas kahwin nanti. Kalau still rajin, baru boleh puji.

Gua sentap bhaii.

Sejujurnya memang gua akui orang bujang ni punya banyak giler masa. So kalau kita tak isi betul-betul rasa macam rugi giler je.

Sedangkan ikhwah-ikhwah yang dah berkahwin spirit dakwah dia, spirit turun program dia, spirit turun riadah dia kadangkala lebih fit daripada kita, even mungkin stamina tak fit sangat. (Bunyi semput) hehehe. Malu-malu bhai, mana nak letak muka.

Wahai, ikhwah-ikhwah bujang sekalian, antum bayangkan kalau kita time bujang ni pun dah malas-malas. Nak turun program malas, nak turun meeting malas, nak turun kafilah dakwah malas, boleh bayang tak antum time dah kahwin nanti?

Kalau dapat zaujah yang bagi flying kick kalau malas tak apa. Ni dapat zaujah yang dua kali lima je. Tobat-tobat. So mari kita sama-sama beringat

Justeru sebelum gua tutup nukilan pendek ini, suka gua nak pesan pada diri yang sedang bercakap ini, khususnya pada para bujangan-bujangan sekalian agar pergunakan masa bujang kita yang super banyak ini dengan sebetul-betulnya untuk menuntut ilmu, selalu turun ke lapangan dakwah, aktifkan diri. Jangan dok goyang kaki tengok cerita korea je.

Mana nak dapat lagi pengalaman jaulah jauh-jauh, pengalaman dakwah mission immposibel, pengalaman dakwah masuk celah pagar untuk tajmik. Mana nak dapat itu semua kalau kita tak try sekarang.

Kemon, sebelum perut boroi ke hadapan, stamina pun masih fit lagi ayuh kita all out korbankan masa bujang kita yang super banyak itu dengan sebaik mungkin untuk dakwah. Tak mahulah kita kata diri pejuang Islam masa time bujang tapi bila cucu tanya, atok buat apa je dulu?

Hrmm.. Atok-atok, banyak main game dengan update status dekat facebook je. Tak ada apa yang atok buat sangat. Tapi atok pejuang la. Pejuang papan kekunci. Hehehe

Moga-moga kita terus menjadi ikhwah bujang yang menggunakan masa mudanya untuk Islam dan berkorban apa sahaja untuk kebangkitan Islam berteraskan ilmu, amal dan semangat.

InshaAllah. Kerana besar peranan orang muda bujang yang belum berkahwin. Hal ini diakui sendiri oleh Abu Ammar di dalam Al Masar. Malahan beliau mengusulkan agar syabab-syabab muda ini, dipilih untuk berjihad dan hidup di kalangan syabab lalu membangkitkan semangat mereka.

Wallahualam. Begitu besar tugas orang bujang ini.

p/s: Jangan jadi orang muda yang tua sebelum usianya 🙂

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply