Ilmu vs Taqwa : Mana Dahulu

0
3
views
ilmu vs taqwa
kredit

Antara taqwa dan ilmu mana yang lebih penting? Pernah kita terfikir persoalan seperti ini. Bagaimana pula sekiranya suatu hari nanti anak kita akan bertanya soalan seperti ini. Apakah jawapan kita agaknya. Inshaa Allah saya akan jawab persoalan tersebut dalam artikel ini.

Allah Azzawajal menurunkan Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk. Di antara surah dan ayat yang menjelaskan bahwa Al-Qur’an itu berfungsi dan berperan sebagai huda (petunjuk) bagi orang mukmin, muslim dan muttaqin adalah sebagai berikut :

“Hai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada dalam) dada dan petunjuk (pedoman) serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.”(QS Yunus : 57).

Dalam ayat yang lain :

“Dan kami turunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan kabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri(muslimin).” (QS An-Nahl : 89).

Al-Quran al-Karim mengandungi pelbagai kisah, pengajaran dan pedoman. Sekiranya dihitung keseluruhan ayat Al-Quran mengandungi 6236 ayat. Walaupun ada yang berpandangan bahawa ayat Al-Quran sebanyak 6666 ayat berdasarkan riwayat Said Jubair bin Abbas:

“Dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu, ketika beliau berkata, “Alquran ini, 6000 ayatnya adalah kisah, 600 ayatnya berupa tanda kebesaran Allah, 60 ayatnya adalah aturan muamalah, sedangkan 6 ayatnya adalah berisi hukum-hukum hudud.”

Sekiranya dijumlahkan seperti yang dinyatakan kita akan perolehi jumlah ayat Al-Quran 6666 ayat. Namun terdapat ayat yang mengandungi 2 atau 3 makna yang serupa dan dirangkumkan dalam satu ayat.

Kembali kepada persoalan tadi. Antara ilmu dengan taqwa mana yang lebih utama. Jawapannya ialah ILMU. Seawal wahyu diturun Allah Azzawajal memerintahkan untuk kita membaca dan melihat kebesaran Allah.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu adalah Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (alat tulis). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” Surah al-A’Laq : 1-5

Ilmu diperlukan sebagai tunggangan untuk kita menuju kepada taqwa. Sangat janggal apabila kita mendengar ada orang yang sedang berusaha mencari taqwa tetapi tidak berilmu. Bayangkan seseorang yang tidak ada ilmu solat tetapi bercita-cita menjadi insan yang bertaqwa. Maka Allah Azzawajal memerintahkan kita untuk mencari ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa.

Keadaan umat semakin tenat apabila ilmu bukan lagi menjadi budaya. Kajian Olahan Semula Profil Membaca Rakyat Malaysia pada tahun 2010 pula merumuskan bahawa secara puratanya, golongan yang berusia 10 hingga 40 tahun membaca 8 buah buku setahun, manakala mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun hanya membaca enam buah buku setahun.

Fenomena ini menjelaskan bukti bahawa tahap pembacaan dalam kalangan masyarakat di negara ini masih sangat rendah dimana menjelaskan bahawa semakin meningkat umur seseorang maka semakin menurun tabiat membaca dalam kalangan penduduk di negara ini. (Sumber: Perpustakaan Negara – 17 Feb 2011)

Keadaan semakin parah apabila agama yang membawa mesej keilmuan seawal perintah diturunkan tidak membawa mesej yang sama pada hari ini. Apabila hujah agama sudah tidak berlandaskan akal dan kecerdikan tetapi berlandaskan nafsu. Setiap mereka yang berkepentingan mengaku membawa karamah dan kewalian hingga mengenepikan aspek keilmuan dalam agama. Terlalu banyak dakwaan yang bercanggah dengan akal fikir manusia.

Ada ustaz yang berfatwa orang hisap rokok anak akan jadi bodoh dan tidak cerdik kerana asap rokok masuk ke tubuh dan bercampur dengan air mani. Siapa yang ambil bidang perubatan akan gelak mendengar kenyataan ini. Bagaimana asap rokok boleh pergi hingga ke bahagian kemaluan lelaki dan bercampur dengan air mani. Kalau nak kata rokok haram sekali jangan kita lajak terlalu jauh sehingga menyebabkan fitnah kepada agama.

Dalam usaha kita membawa misi dakwah dan demokrasi ilmu yang luas kita perlu berinteraksi dengan hujah dan idea yang baik. Ilmu disampaikan dengan santun dan dakwah disampaikan dengan bijaksana. Membawa cerita-cerita yang mengelirukan di masjid dan surau tidak menambah nilai ilmu di sisi masyarakat.

Artikel Yang Berkaitan :

[su_box title=”Penulis”]

Jailani Bin Mohd Yusoff

Berkerja sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan 1, pusat kegiatan guru Pengerang,

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor

cikgujailaniyusoff.blogspot.my[/su_box]

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply