Ini Sebabnya Mengapa Anda Lesu Dan Tidak Bersemangat Menyambut Ramadhan – Asmaa TJ

0
111
views

Dalam sejarah Islam, berlaku banyak perkara yang berkaitan dengan kebangkitan Umat Islam pada bulan ini seperti kemenangan Badar, Fathul Makkah, bulan persediaan untuk pelbagai peristiwa termasuklah  perang Uhud, penggalian parit pada perang Ahzab dan banyak lagi.

249840249_c636b63d97_b (1)

Dari sejarah Islam jelas menunjukkan bahawa bulan ini ialah bulan an-Nasr (turunnya pertolongan dari Allah), bulan al-Izzah (kemegahan), dan bulan at-Tamkin (kejayaan). 

Namun begitu, hakikat tentang betapa istimewanya bulan Ramadan ini untuk Umat Islam kian dilupakan.

Majoriti daripada kita, apabila terfikir tentang Ramadan – akan terlintas dalam benak fikirannya soal kelesuan, tidak produktif, banyak tidur, bazar Ramadan, segala promosi jualan untuk barangan baru sempena hari Raya, dan pelbagai perkara lain yang jauh dari matlamat sebenar Allah menghadiahkan kepada kita semua bulan Ramadan ini. 

Mengapa hal ini berlaku? Antara sebab utamanya ialah: 

1) Tidak membiasakan diri dengan amalan berpuasa

Antara hikmah utama kita dianjurkan berpuasa pada hari Putih dan pada setiap minggu (Isnin dan Khamis) olehNya ialah sebagai medan pelatihan diri untuk membiasakan diri dengan amalan berpuasa sepanjang 6 bulan sebelum menyambut kedatangan Ramadan.

Malah, kita sendiri merasai kelainan berpuasa pada 10 hari pertama Ramadan berbanding 10 hari terakhir Ramadan, bukan? 10 hari terakhir dirasakan pantas berlalu, tidak lagi penat; semuanya kerana diri kita sudah mula terbiasa dengan amalan ini. 

2) Banyak makan dan banyak memperihalkan perkara yang berkaitan dengannya

Hal sangat lari dari objektif berpuasa itu sendiri (iaitu sebagai medan latihan untuk menahan nafsu makan, minum dan perlara-perkara lain yang menyalahi fitrah).

Di Malaysia, hampir setiap saluran tv mempunyai rancangan masak-masak, ramai orang lebih sibuk dengan persoalan “mahu makan apa pada hari ini” untuk juadah berbuka puasa berbanding “mahu tambah amalan soleh apa pada hari ini” dalam hari-hari Ramadan mereka. 

3) Berjaga hingga lewat malam

Ini ialah perkara biasa yang dilakukan oleh sebahagian dari kita, sedangkan ianya sangat bertentangan dengan aturan alam yang telah ditetapkan Allah: malam ialah untuk manusia berehat.

Bahkan, kebanyakan orang berjaga hingga lewat malam bukanlah untuk Qiyam atau membaca al-Quran, tetapi lebih kepada menonton rancangan drama yang dibuat khas pada bulan Ramadan di TV.

Kesan Kurang Persediaan, Disiplin dan Kefahaman Diri sebelum Ramadan

Apabila umat Islam kurang bersedia untuk menyambut Ramadan, baik dari sudut kefahaman tentang pensyariatan puasa dan juga fizikal diri, ramai dalam kalangan kita akan merasakan bulan Ramadan sebagai bulan untuk berehat, kurangkan bekerja, dan menjadi malas. 

Malah, ada sesetengah majikan yang mengurangkan jam bekerja pada bulan ini, tapi malang sekali, ianya bukannya digunakan untuk memperbanyak ibadah, tetapi dihabiskan untuk terus dan terus berehat sama ada di hadapan televisyen ataupun tidur kerana “keletihan berpuasa”. 

Amalan berpuasa yang sedikit sebanyak membawa kepada berkurangnya produktiviti negara, seterusnya secara tidak langsung memberi impak kepada situasi ekonomi (menjadi kurang baik dari bulan-bulan sebelumnya).

Perbelanjaan kewangan pada bulan ini meningkat kerana semua orang membeli secara berlebihan, baik makanan, minuman, pakaian, perabot dan sebagainya (bahagian Infaq mungkin ada, namun pastilah hanya dalam peratusan kecil dari perbelanjaan keseluruhan!), manakala kadar simpanan kewangan yang dibuat pada bulan ini menurun secara mendadak- bahkan mungkin mencecah angka negatif. 

ramadan-1

Jika kita renungkan situasi berpuasa Umat Islam pada zaman ini, adakah situasi seperti ini mampu membawa kepada kemenangan Islam?

Sudah tentunya tidak! Jadi bagaimana seharusnya Ramadan kita?

Amalan ritual dan sambutan Ramadan yang bagaimana yang akan menghalakan Ummah ini kepada kemenangan Islam sebagaimana yang dilakukan generasi Umat Islam sebelum kita?

Apakah Umat Islam akan sentiasa menang dalam segala peperangan yang berlaku pada bulan Ramadan? 

Atau apakah kemenangan Islam hanya datang pada bulan Ramadan?

Sumber rujukan:

As-Sirjani, R. (2010). Ramadan dan Kemenangan Ummah

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply