Ini Sebabnya Mengapa Orang Yang Bertaqwa Diperintahkan Untuk Menahan Marah

0
33
views

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. (133)

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang MENAHAN KEMARAHANNYA dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (134)

(Surah Ali Imran :133-134)

Angry-man

Rakan sekerja yang menjengkelkan, adik-beradik yang selalu cari gaduh dan pasangan yang tidak cuba memahami keadaan kita. Setiap dari kita pasti pernah berada dalam mana-mana situasi tersebut.

Ya seringkali juga kita bersabar menahan kemarahan. Tetapi ada satu masa yang rasanya nak dilepaskan semua kemarahan itu kepada mereka yang seringkali (mungkin secara tidak sedar) mencabar tahap kesabaran kita.

Sebagai contoh, rakan serumah kita yang seringkali diingatkan untuk membasuh perkakas dapur selepas digunakan. Tetapi mereka dengan bersahaja meninggalkannya tanpa dibasuh. Berkali-kali! 

Beza Kanak-Kanak dan Orang Dewasa

Menjadi seorang yang dewasa sebenarnya menjadikan kita ‘terbeban’ dengan banyak perkara. Kalau diimbas kembali, semasa kanak-kanak kita lebih bebas mengekspresikan emosi dan perasaan kita. 

Jika sedang bergembira, ketawalah sepuasnya. Tidak ada siapa yang akan menghalang dan memandang serong. Apabila diusik sehingga menimbulkan kemarahan, tanpa halangan kita menghentak kaki dan menjerit sekuat hati. Ya mungkin akan dimarah oleh ibu bapa. Tapi kita puas.

Bertambah usia, bertambah juga kewarasan akal dan emosi. Kita sedar kita tidak boleh sesuka hati menunjukkan emosi yang sedang bergelora dalam hati. Kerana kita memikirkan akibat daripada tindakan kita tersebut. 

xmentalhelp_istock-35694984_feature-image.jpg.pagespeed.ic.fD1pDK_fCg

Perasaan Marah Membunuh Logik Akal

Marah sifatnya api. Api ini membunuh logik akal manusia. Ketika marah, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Apa yang difikirkan pada saat itu adalah melepaskannya kepada mereka yang menyebabkan kita mengamuk. 

Dan apabila tengah marah juga, keputusan yang dibuat biasanya tidak rasional. Dan inilah antara puncanya banyaknya berlaku penceraian dalam perkahwinan pasangan muda. Tidak pandai mengawal kemarahan.

Oleh itu, dinasihatkan, apabila sedang membuak kemarahan itu, tahan diri dari melakukan apa jua keputusan. Kerana besar kemungkinan keputusan itu hanyalah berdasarkan emosi.

angry_white_man

Ini kerana apabila sedang marah, rasional otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Kita hanya berfikir untuk melepaskan kemarahan itu. Dan tak mustahil anda akan menyesal selepas dari membuat keputusan itu. 

Nabi Muhammad SAW juga ada memberi nasihat dan tips apabila sedang marah.

“Apabila salah seorang di antara kalian sedang marah dalam keadaan berdiri, hendaklah dia duduk jika kemarahan itu dapat hilang. Apabila (kemarahan) itu tidak hilang, hendaklah dia berbaring (HR Abu Dawud dari Abu Dzar)”.

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply