Inisiatif Mulia Pemuda Bandar Baru Bangi Pada Bulan Ramadhan

0
158
views

Pelan asal cuba recruit 2 team tapi manpower yang turun cukup untuk 1 team sahaja. Takpe, kerja kita jalan terus. Yang penting kita buat, manfaat dia bersama, pihak berkuasa dapat malu. Sikit jelah malunya..sebab kitorg buat tak bergaji atas rasa tanggungjawab.

1. Clean Squad Bangi berharap pihak berwajib (baca MPKj & JKR) boleh jadikan kerja pembersihan yang kami jalankan bawah projek “Bukan Tiang Bapak Kau” sebagai 1 standard pembersihan bunting2 haram di Bandar Baru Bangi.

2. Daripada 8 tempat sasaran Clean Squad Bangi, hanya 6 berjaya diselesaikan. Tapi dapat juga cover beberapa kawasan tambahan macam area 4 tambahan. Success rate bolehlah letak dalam 85%. Kira luluslah.

3. Manpower kami semalam seramai 8 orang belia. Bayangkan kalau betul2 30 anak muda Bangi turun jalankan projek ni. Mau berubah jadi smart city terus. Yang penting untuk anak muda, walau sedikit, buatlah apa2 perubahan positif untuk masyarakat sekeliling.

4. Ya kami turunkan iklan2 haram. Ceti haram. Seks toys. Kami takut? Pantang anak muda takut! Lagipun, masyarakat Bandar Baru Bangi have our backs kan? Kalau kita boleh berdiri sama sebagai 1 komuniti, tokey haram ni takkan berani jejak kaki lagi.

5. Banyak lagi kerja pembersihan & keselamatan yang pihak ada kuasa tak buat dengan sempurna. Tapi ini kan rumah kita, jangan harapkan mereka 100%..

Anak muda Bangi boleh buat perubahan. Tak besarpun tetap impakful. Terima kasih pada sponsor makanan berbuka kami; #SaudagarMaduDrHafidzi, peralatan yang dipinjamkan oleh JK Secretariat Sambutan #40TahunBandarBaruBangi, logistic provider; #JangTruckers, coverage media; #BIPStudio & semua supporters yang bersama dengan Clean Squad Bangi.

Dalam masa 2 jam, kami persembahkan hasil kerdil kami untuk inspirasikan perubahan lebih baik dalam komuniti kita bersama.

– Qayyim Hafidzi, Koordinator Projek, Ahli IKRAM Hulu Langat.

 

Sumber Asal : Clean Squad Bangi

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply