Islam Kembali Asing

0
1,641
views

Islam Kembali Asing

Islam Kembali AsingIslam Kembali Asing | “Kau pakai tudung labuh??Eyyy,macam kelambu jer,tak stylo langsung….Tengok aku,tudung macam Yuna,haa kan cun…”

“Kau pakai jubah???Nak tunjuk alim la ni….Eleh,kau pun sama je macam kami, masa belajar dalam kelas tido jugak….Blah la!”

“Come on,bro…Meh la try-try hisap rokok ni…Alah try jer pon…Kejap lagi kita main poker pulak… Rilek,kita tak guna duit pun…Kita main suka-suka jer..”

“Eh kau tahu tak,si fulan tu aku ajak kapel tapi pelik la,dia tolak..Segak tu segak dah,elok-elok orang dah minat dia tak mahu pulak..Jual mahal lah..”

Kadang-kadang aku rasa pelik…Kenapa aku tak macam orang lain..Orang lain semua nampak bergaya(bagi diorang la) dengan tudung bulat (paling aku rasa tak lawa),tudung tiga segi (paling aku rasa ‘baik tak payah pakai tudung’) dengan tudung jarang (kurang-kurang boleh tayang rambut)…Aku???Tudung labuh???Huh!Rimas,panas,silap-silap masa makan nanti kotor pulak, masa buat kerja pun susah nak bergerak!

Kadang-kadang aku rasa pelik…orang lain pakai stylo,ranggi,t-shirt cun punya,tapi aku asyik pakai jubah??Dahlah labuh,panas!!!Orang tengok pun macam tabligh,esh aku bukan tabligh pun…Orang kata aku bukan alim sangat,buat-buat alim pulakkk….Hipokrit!!

Kadang-kadang aku rasa malu…Orang lain semua ada pasangan,tiap kali birthday,dapat hadiah, tiap kali Valentine Day,dapat bunga,tiap-tiap hari,dapat call,tiap-tiap hari,dapat mesej sayang, dapat mesej rindu,dapat jumpa tengok muka couple masing-masing(sejuk hati),dapat pegang-pegang…Aku??RM10 boleh la tahan sebulan,sebab aku tak ada orang yang nak hantar mesej,dan tak ada orang nak mesej sampai habis RM 10 sehari!!!

Kadang-kadang aku rasa malu.orang kata aku ni ‘nerd’….Hisap rokok tak nak,couple tak nak, tengok video lucah tak nak,main poker saja-saja (tak letak duit) tak nak….Walhal semua remaja MESTI BUAT TU!! Semua tu fitrah remaja…Nakkan kebebasan kan???Nakkan keseronokan… Aku ni remaja ke??Gaya macam kanak-kanak suci,tapi janggut panjang seinci dah (sunnah nabi kan?)…
Oh ye..Aku teringat satu hadis nabi :
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”.
(H.R. Muslim)

 

Keterangan

Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.

Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang serong oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.

Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

 

Err..Patut ke aku malu??Sedangkan aku patut bangga…Bukan ke jubah tu sunnah nabi??Dan Nabi S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang mengikut sunnahku ketika mana orang ramai cuba merosakkannya,baginya SERATUS PAHALA MATI SYAHID”..Wah,kalau macam ni tak payah la aku malu…Aku pun boleh couple dengan bidadari nanti.

 

Oh ye,patut ke aku malu sebab aku tak hisap rokok,tak couple,tak main kad poker saja-saja,tak tengok video lucah…Sebab hisap rokok macam bunuh diri,buang nyawa aku je kalau hisap rokok…Main poker pulak mungkin saja-saja,tapi lama-lama timbul keinginan nak main guna duit pulak macammana??Main dah terer dah,tunggu nak letak duit je…Dan kalau letak duit ertinya tu dah jadi JUDI! dan JUDI adalah HARAM secara jelas disebutkan dalam AL-Quran! Kalau couple lagi la,dengan habis duitnya,dengan kena kongkongnya,dengan kena jelesnya,dengan hidup kena ambil beratnya…

 

Come on la,aku ada life aku sendiri,kenapa aku nak couple??Kalau aku suka kat orang tu aku just suka je… Kenapa aku nak heboh-heboh dekat semua orang??Kenapa aku kena top up kat dia tiap-tiap masa?Kenapa aku kena jeles kalau dia sembang dengan orang lain yang lain jantina daripada aku?Dia bukanlah hak aku sepenuhnya,sebab dia BUKAN SUAMI/ISTERI AKU!Aku cuma suka dan pendam rasa suka aku tu…Dan aku doa semoga aku dapat jodoh sekurang-kurangnya sebaik dia(kalau orang yang aku suka mestilah baik kan)

 

Dan satu lagi,aku rasa aku patut malu…Bukan ke malu itu perhiasan para nabi?Qudwah hasanah aku Rasulullah S.A.W.Bagindalah pemimpin negara yang paling hebat…Bagindalah pemimpin keluarga yang paling hebat… Bagindalah pemimpin sahabat-sahabat baginda yang paling hebat…Bahkan baginda diakui pemimpin paling hebat di kalangan orang-orang kafir…

Begitu juga dengan isteri-isteri baginda…Saidatina Khadeejah r.h.a,isteri paling memahami,paling penyayang dan disayang, setia menemani…Saidatina A’isyah Ummahatul Mukminin r.h.a,isteri yang paling mengasihi, rajin membantu,rajin menuntut ilmu.paling lama bersama Nabi S.A.W. sehingga menjadi tempat rujukan para sahabat dalam bertanyakan masalah-masalah agama…Puteri baginda,Saidatina Fatimah Az-Zahra’, anak yang pengasih,isteri yang rajin membantu suami(Saidina Ali r.a),dan srikandi yang agung buat contoh pemudi-pemudi remaja masakini…

 

Jadi salah ke aku malu,malu nak buat maksiat?

 

Ahmad Faiz bin Zaidiazman

Leave a Reply