Isu Kes Kebakaran Ma’had Tahfiz Ittifaqiyah : Di Mana Silap Kita? – Semut Hitam

0
913
views

Di sebalik musibah yang menimpa Ma’had Tahfiz Ittifaqiyah, sebenarnya lebih besar lagi musibah yang menimpa kita sekiranya kita tidak mengambil pengajaran daripada kes ini.

Silapnya kita ialah pada bagaimana cara kita menempatkan diri kita sebagai orang yang merasa bertanggungjawab terhadap isu sebegini.

Kita menyangka, dengan menyalahkan pihak itu dan ini bererti kita sudah cukup bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap isu masyarakat seperti ini.

Walhal itu sebenarnya menggambarkan betapa egoisnya kita kerana lebih memilih untuk menuding jari terhadap orang lain berbanding mengambil tanggungjawab untuk sama-sama bertindak menyelesaikan masalah.

Berbalik kepada kes asal berkenaan kejadian kebakaran Ma’had Tahfiz Ittifaqiyah, kita semua perlu melakukan muhasabah secara besar-besaran.

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Bangunan asrama pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang musnah dalam kebakaran fotoBERNAMA (2017)

Kita menyedari bahawa masalah kepincangan akhlak dalam masyarakat kita semakin hari semakin meruncing, sangat membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja.

Dengan menyalahkan para guru di sekolah kerana tidak mendidik akhlak para pelajar dengan sebaiknya sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah selagimana ibubapa tidak turun padang memberi perhatian terhadap pembentukan akhlak anak-anak.

Ibubapa mesti menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia semenjak anak-anak masih kecil supaya mereka sudah terbiasa dengan tabiat yang baik.

Saya percaya bahawa pembentukan akhlak yang baik sebenarnya bermula dari rumah.

Ibubapa mesti berusaha untuk menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anak, tidak cukup sekadar melarang anak-anak supaya jangan merokok tetapi si ayah pula merokok sekotak sehari.

Anda bayangkan, sekiranya setiap keluarga memainkan peranan dengan berusaha untuk membangunkan potensi dan akhlak mulia dalam kalangan ahli keluarga,sebenarnya ia bersamaan dengan kita mendidik sebuah masyarakat.

Semuanya bermula dengan diri sendiri.

Semoga Allah mengampunkan kita semua atas kelalaian kita.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply