Isu Solat Berjemaah Sebelum Pulang Sekolah : Tanggungjawab & Saling Menghormati – Cikgu Fadhli

0
934
views

Baru baru ini dunia pendidikan telah dikejutkan dengan kenyataan Datin Noor Azimah tentang solat berjemaah sebelum pulang.

Kenyataan ini telah mengundang beberapa respon yang tidak setuju dengan kenyataan beliau.

Dalam masa yang sama terdapat juga beberapa individu yang menyokong atas dasar menyemarakkan semula semangat Rukun Negara, sebagai cara menggalakkan perpaduan di kalangan anak muda.

Kenyataan ini diberikan selepas peraturan baharu diumumkan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan, Mohd Razali Mustafar pada Rabu lalu, di mana semua sekolah di daerah itu wajib mengadakan solat berjemaah sebelum pelajar pulang ke rumah dalam usaha memperkukuhkan ketahanan diri mereka.

Katanya, solat antara pengisian utama pihaknya membina karektor warga sekolah, khususnya murid untuk mencegah perkara negatif dalam mengharungi dunia kian mencabar.

Jika kita lihat Falasafah Pendidikan Kebangsaan menjurus kepada mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Di sekolah, murid murid dididik berdasarkan buku teks atau silibus yang telah ditetapkan. Mereka juga dididik agar menghormati kepercayaan dan pengamalan sesuatu kaum dan agama.

Solat merupakan satu tiang yang penting dalam kehidupan penganut agama Islam.

Tanpa solat kehidupan seseorang itu akan terumbang ambing dan menjadi rosak. Solat juga merupakan indikator terpenting dalam menentukan kejyaan seseorang baik dari segi intelek dan sahsiah.

Perlaksanaan solat di sekolah sebenarnya tidak menganggu waktu persekolahan. Biasanya solat berjemaah dikawal oleh guru guru sekolah sehingga murid menyelesaikannya.

Bagi murid murid yang bukan penganut agama islam pula, sesetengah sekolah melepaskan mereka pulang dan ada pula yang mengasingkan mereka dengan harapan mengajar mereka menghormati ibadah umat Islam.

Tujuan utama elemen solat fardhu dijalankan di sekolah ini boleh saya berikan kepada dua objektif.

Objektif pertama ialah TANGGUNG JAWAB dan objektif kedua ialah HORMAT MENGHORMATI

TANGGUNGJAWAB

Bagi murid beragama Islam, mereka diajar agar menepati masa waktu solat. Ini adalah ajaran yang utama.

Majoriti murid murid di Malaysia agak culas dalam bab solat.Dalam hal ini saya menempelak sesetengah ibu ayah atau penjaga tidak menitik beratkan bab solat anak anak.

Lagi mendukacitakan Ibu ayah turut tidak pernah solat dan tidak pernah mengajar anak anak solat.

Tanggungjawab ini sepatutnya digalas oleh ibu bapa di rumah. Kebanyakkan ibu bapa kurang sedar agar tanggungjawab mereka.

Sehinggakan, sekolah dijadikan seperti tempat transit anak anak mereka dalam meneruskan kehidupan.

Maka menjadi tanggungjawab guru guru mengajar dan mendidik anak anak murid ini agar tahu tanggungjawab mereka dalam menjalani kehidupan sebagai umat islam.

Itu pun ada ibu ayah dari mereka yang Islam menentang apa yang dilakukan oleh pihak sekolah dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

HORMAT MENGHORMATI

Di sekolah kebangsaan, memang diakui terdapat pembagai bangsa dan kaum.

Melayu, cina dan india merupakan bangsa yang utama dalam masyarakat di negara kita, Malaysia. Cara pengamalan agama dan kepercayaan juga sangat berbeza.

Di dalam silibus buku teks, murid murid didedahkan dengan pelbagai ilmu. antara ilmu yang diajar adalah HORMAT MENGHORMATI.

Elemen ini di ajar dalam Pendidikan Islam bagi penganut agama ISlam dan Pendidikan Moral bagi yang bukan beragama Islam.

Selain itu dalam pendidikan Sivik kewarganegaraan juga diajar agar menghormati bangsa dan agama yang lain.

Elemen ini juga diterangkan oleh guru guru dalam subjek subjek yang lain secara tidak langsung.

TEORI & PRAKTIKAL

Di sekolah, murid murid bukan sahaja diajar dari sudut teori. Malah mereka diajar dalam bentuk praktikal. Teori apa yang terdapat didalam buku teks.

Manakala praktikal juga melihat sejauh mana kreativiti seseorang guru itu memberi dan mengajar murid murid.

Sekiranya kawasan sekolah itu berdekatan dengan masjid, kuil atau rumah ibadah yang lain, mereka akan dibawa oleh guru guru.

Di sana mereka akan diberi penerangan dan fakta fakta agar elemen tanggungjawab dan hormat menghormati di antara satu sama lain dapat dicapai.

Sekiranya sesebuah sekolah itu terdapat pelajar yang pelbagai bangsa dan agama, guru guru akan meminta mereka dedahkan cara bagaimana ibadah penganutnya dan bagaimana cara orang lain dapat menghormati mereka.

Maka solat fardhu bukanlah satu bebanan dan kesalahan.

Wujudnya aktiviti solat fardhu di sekolah sekali gus dapat memberi gambaran kepada anak murid di sekolah agar menghormati di antara satu sama lain.

Saya yakin dan percaya di rumah, penganut selain beragama islam tidak akan mengajar anak anak mereka tentang apa yang didedahkan di sekolah kebangsaan.

Jika ada, itu hanya segelintir dan saya ucapkan tahniahkepada mereka.

KEHARMONIAN SEJAGAT

Masih ingatkah lagi tragedi di Johor Bahru ? seorang lelaki cina membunyikan hon kereta sewaktu Umat islam solat Jumaat.

Selesai Solat Jumaat pemandi kereta itu pula dibelasah oleh individu berjubah yang baru sahaja selesai menghadap Allah ?

Inilah satui contoh yang amat jelek sekali.

Sepatutnya sebagai sebuah negara yang pelbagai bangsa dan agama. kita hendaklah mengwujudkan perasaan toleransi dan hormat menghormati.

Peristiwa itu sekali gus memaparkan tingkah laku umat islam yang tidak bertanggungjawab dan tingkah penganut lain yang tidak hormat menghormati.

Maka inilah sistem pendidikan terutama sekolah cuba terapkan kepada murid murid agar semangat bertanggungwab dan hormat menghormati dapat dibina agar kehidupan rakyat Malaysia AMAN & SEJAHTERA.

Bukankah ini pihak sekolah telah mengajar agar semangat perpaduan dan hormat menghormati diutamakan ?

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
GURU PENDIDIKAN ISLAM
RENGGAM, KLUANG

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Cikgu Fadhli merupakan seorang guru Pendidikan Islam di sebuah sekolah rendah di Johor. Selain menjalankan tugas sebagai seorang guru, cikgu Fadhli juga merupakan seorang pendakwah bebas serta persona Best Belajar. Pada tahun 2016, cikgu Fadhli telah melebarkan sayapnya ke bidang penulisan dengan terbitnya buku ‘Sisi Terlindung’ yang menghimpunkan hasil idea barisan pena syariah berkaitan pandangan mereka tentang isu-isu agama, ilmiah, kemasyarakatan dan isu-isu semasa.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply