Jadilah Asset Bukan Liabiliti Kepada Islam – Noor Aiman

0
145
views

Anak-anak muda perlu bangkit dalam mengkoreksi kelebihan diri.

Gunakan apa sahaja kelebihan yang ada untuk menyumbang kepada agama ini.

Tidak perlu tunggu kaya baru hendak bersedekah.

Tidak perlu tunggu ‘alim baru boleh mengajak orang lain kepada kebaikan.

Tidak perlu tunggu usia tua baru nak bertaubat.

Tidak perlu tunggu orang lain buat dulu baru kita nak ikut.

Kerja agama ini “TIDAK PERLU TUNGGU.”

screen-shot-2014-12-14-at-11-40-48-pm-1

Kalau lihat para ‘alim ulama, kata-kata mereka cantik, kiasan mereka mendalam tetapi terkena pada hati kita.

Kata Imam Syafi’e dalam syairnya.

“Singa sekiranya tidak keluar daripada kepompong dunianya nescaya tidak akan dijinakkan,
Anak panah kalau tidak berpisah dengan busurnya nescaya tidak akan mengena sasaran,
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya nescaya akan bosanlah manusia,
Emas hitam di dalam lombong tanah adalah sama spt tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan,
Kayu ‘Ad dikeluarkan dari dalam tanah dibuat minyak wangi ttp skiranya kekal, samalah spt kayu biasa,
Jika kayu ‘Ad itu dikeluarkan maka hebat dan tinggilah permintaannya
Jika emas dalam tanah hitam itu dikeluarkan maka hebatlah ia seperti emas yang berharga”

Oleh itu keluarkan potensi diri kita.

Janganlah kita menjadi liabiliti terhadap agama Islam ini.

Kalau kita tak ada pun tidak merugikan agama.

Tetapi marilah sama-sama kita berusaha menjadi aset kepada agama ini. Jika kita tiada, tiada siapa yang boleh membawa perubahan dalam agama ini.

Semua orang perlu memainkan peranan. Gunakan apa jua kepakaran yang kita ada untuk menyumbang kepada ummah. Kerana agama ini bukan eksklusif untuk para ustaz sahaja tapi agama ini untuk kita semua.

Ambillah inspirasi daripada kisah lelaki pembelah gunung di India iaitu Dashrath Manjhi yang telah menjadi inspirasi kepada anak anak muda India saat ini.

14look2

Disaat dia mengorbankan masa nya selama 22 tahun membelah gunung dengan menggunakan penukul dan pahat sahaja semata-mata untuk memudahkan urusan penduduk kampungnya untuk ke bandar, dia telah dianggap gila oleh penduduk kampungnya sendiri.

Kerana sebelum ini penduduk kampung yang sakit terpaksa ke hospital dengan berjalan kaki sejauh 70km dari kampungnya ke bandar.

Namun dia tetap istiqamah sehingga 22 tahun dia melakukan kerja itu seorang diri memahat gunung. Akhirnya selama 22 tahun daripada tahun 1967 hingga 1982, jarak sejauh 70km dapat dipendekkan menjadi 15km sahaja.

Namun setelah 25 tahun jalan itu siap, Dashrath Manjhi meninggal dunia pada 17 Ogos 2007 kerana disahkan menderita penyakit kanser hempedu.

Walau bagaimanapun, kisah ini bukan sepatutnya menginspirasi rakyat India sahaja tetapi sepatutnya juga menginspirasikan kita semua sebagai pendukung agama Islam.

Kerana kita mempunyai tokoh yang lebih besar daripada Dashrath Manjhi iaitu baginda Nabi saw.
Sepatutnya kita menjadi ummah yang berjuang membawa agama yang dibawa Nabi saw ini dengan lebih hebat.

Bagaimana Dashrath Manjhi boleh menjadi inspirasi kepada penduduk India sehingga anak-anak muda mereka berkata,

“Kalau tiada orang mahu belajar sampai pandai, saya akan belajar sampai pandai kerana tokoh yang saya kagumi adalah Dasrath Manjhi.”

o-psychology-of-succes-facebook

Maka kita juga mampu melakukannya juga dengan menginspirasi baginda Nabi saw sebagai tokoh yang kita kagumi dalam membawa perjuangan agama ini bukan sahaja mengajar manusia mengenal Allah tetapi perjuangan baginda Nabi saw sehingga membentuk sebuah kerajaan islam yang unggul.

Kita juga mampu menjadi seperti Dasrath Manjhi. Titik tolaknya, mari kita sumbangkan apa jua kepakaran kita untuk mendaulatkan agama ini.

Tidak kira apa jua sekalipun.

Yang penting berusahalah.

Kerana orang beriman yang duduk sahaja tidak sama dengan orang beriman yang berjihad di jalan Allah. Kerana pada kedua nya Allah bezakan satu darjat.

Allah swt sebut di dalam surah An-Nisa’ : 95 yang bermaksud,

“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; “

Kalau Dasrath Manjhi digelar golongan miskin berjiwa Shah Jehan (Taj Mahal),

Kita pula mampu menjadi ‘somebody’ berjiwa seperti jiwa baginda Nabi saw.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply