Jangan Bermimpi Jika Tauhidmu Lesu!

0
13,769
views

tauhid lesu

Zaman sekarang nih, dakwah berkembang secepat tumbuhnya cendawan selepas hujan.

 

Hebat, pelbagai, bermacam bentuk wadah dan kreativiti.

 

Hanya utk membangkitkan ummah yang dah jatuh terjelepuk lesu tak bermaya ini.

 

Namun satu perkara yang saya secara peribadinya merasakan sangat ralat dalam ‘kesibukkan’ kita mentarbiah ummah pabila kita mengekang kesuburan iman dalam hati.

 

Mengekang bagaimana?

 

Dengan mengekangnyanya amalan kita. Dengan merasakan, aku buat dah banyak nih. Setiap minggu berprogram, melaksanakan amal jamaie yg tak pernah putus.

 

Kadang sampai lupa untuk kita bermuhasabah. Tatkala Allah menegur kita dengan ujiannya kita terpana. Terkejut sehingga memfuturkan. Ditanya, kenapa ujian ini yang Allah berikan. Walhal itu satu tarbiah terus dari Allah membangkitkan jiwa yang lemah dihipokritkan dengan gerakan tubuhnya sahaja.

 

Dan kita yang bersalah sebenarnya kerana ‘meninggalkan’ Dia pada pertama kalinya.

 

Dalam kupasan berkenaan asas┬▓ islam , Imam Al Maududi rahimahullah ada mengatakan yg kesan tauhid yang mendalam itu adalah teras dan kekuatan sebuah gerakan dakwah itu sendiri.

 

Kefahaman Tauhid yang membenam akan melahirkan daie yg sangat mantap. Tak hairanlah seorang ustaz pernah berkata, jika kita tidak kuat ruhinya dengan Allah, pastinya, bergerak macam mana sekalipun kita pasti akan tergugur suatu hari nanti.

 

Kerana jalan yang pasti ini panjang dan berliku. Ia ada turun naikknya. Ada duri dan penghalangnya.

 

Jika tidak kuat dalamnya , hanya bergantung pada luaran, ianya adalah sangat rapuh. Kerna dengan kekuatan dalaman yang subur cinta dan kedekatannya pada Allah;

 

Akan lahir

1. Jiwa yang berpandangan luas, kerana ia tahu semuanya milik allah didunia ini.

2. Jiwa yang berani , kerana ia yakin hanya Allah yang berhak mematikan, gerakannya takkan pernah lesu dengan semangat.

3. Jiwa yang murni dan mulia , kerna ia tahu milik Allah semua kekuatan dan dia tahu mudharat dan manfaat itu dalam kekuasaanNya.

4. Jiwa yang penuh kemuliaan tanpa ada sedikit pun cebisan kekotoran hati dan dihindari penyakit hati kerana ia tahu rezki, gagal dan berjaya seseorang hanya dalam kawalan Yang Maha Esa.

5. Jiwa yang tawadhu’ dengan keyakinan bawa perkara baik dan buruk berlakunya kerana Allah.

6. Jiwa yang tidak pernah putus asa dan patah hati dalam apa jua keadaan, malah akan usahakan dengan lebih bersungguh jika ternampak sebarang kekuarangan dan ketenagan yang hakiki.

7. Jiwa yang tahu tiada jalan lain baginya melainkan dengan membersihkan diri dengan amal soleh utk mendapatkan kejayan dan kemenangan.

8. Dan jiwa yang punya kekuatan besar, azam yang tinggi kerna dia yakin dengan sempurna Yang Maha Esa akan bantu dirinya dala apa jua keadaanya

 

Secara teorinya, hebat bukan? Kita impikan bukan?

 

Tapi persoalan, sejauh mana amal kita untuk mentarbiah jiwa yang lemah ini.

 

Jangan berlengah wahai daie.

 

Cari penghargaan Allah dengan dekat padanya. Cengkamkan jiwa dengan ketauhidan yang membenam

ttg Allah.

 

Tidak dapat tidak, perlu kita lakukan, perlu kita usahakan.

 

Kita mahukan syrga atau tidak sebenarnya nih?

 

Jika, usahalah!

 

Penulis : Nadiah May

Blog Penulis :ichbinmae.blogspot.de

Leave a Reply