Jangan Bersedih, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka Luas – Noor Aiman

0
166
views

depersion_thinkstok

Setiap dari kita pasti tersimpan kenangan-kenangan lama yang ada padanya dosa-dosa yang menggunung tinggi.

Dosa-dosa tidak menutup aurat,

Dosa melawan cakap ibu ayah,

Dosa-dosa maksiat kita yang tersembunyi mahupun terang-terangan.

Tetapi apabila kita tersedar, kita ingin berubah. Namun perubahan yang kita hendak lakukan pasti melalui banyak cabaran. Kadang-kadang perubahan kita nampak pelik di mata kawan-kawan kita. Sehingga kita merasakan diri kita terasing dari mereka.

“Kau tak payah tunjuk baiklah, kau dengan aku lebih kurang je”

“Kau dah jumpa jalan ke syurga ke? Atau kau saje tunjuk baik sebab nak tutup perangai neraka kau tu.”

Saya membelek surah Ibrahim ayat 9-12. Terasa sangat syukur kepada Allah kerana menurunkan Surah Ibrahim.

Bagi saya Surah Ibrahim boleh dikatakan sebagai jendela pembuka bagi lipatan sejarah yang panjang terhadap penceritaan dakwah para rasul sejak zaman rasul pertama iaitu Nabi Adam As lagi.

Bagi pencinta sejarah, pasti akan meneliti setiap ayat-ayat yang diceritakan Allah di dalam Surah Ibrahim ini.

Kalau sekadar membaca terjemahan sahaja pasti tidak dapat menghayati bait-bait maksud dalam setiap penggunaan kata-kata para rasul terhadap kaumnya dalam menyeru kepada mentauhidkan Allah.

Saya terfokus pada ayat yang ke 10 Surah Ibrahim ini. Bagaimana seorang pendakwah iaitu para rasul mengajak kaumnya dengan menggunakan bahasa yang sangat indah bagi menggambarkan sifat Allah.

قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرَكُمْ إِلَى

أَجَلٍ مُسَمًّى قَالُوا إِنْ أَنْتُمْ إِلا بَشَرٌ مِثْلُنَا تُرِيدُونَ أَنْ تَصُدُّونَا عَمَّا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا فَأْتُونَا بِسُلْطَانٍ

مُبِينٍ

Rasul-rasul mereka berkata, “Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu (untuk beriman) agar Dia mengampuni sebagian dosa-dosamu dan menangguhkan kamu sampai waktu yang ditentukan?”

Mereka berkata: “Kamu hanyalah manusia seperti kami juga. Kamu ingin menghalangi (menyembah) apa yang dari dahulu disembah oleh nenek moyang kami, karena itu datangkanlah kepada kami bukti yang nyata.

Kalau tengok pada ayat ke 10 ini, bagaimana para rasul menggambarkan Allah dengan sifat yang begitu indah.

فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ يَدْعُوكُمْ لِيَغْفِرَ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ

“Apakah ada keraguan terhadap Allah, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu (untuk beriman) agar Dia mengampuni sebagian dosa-dosamu…”

Perhatikan pada penggunaan perkataan “فاطر “

Tuhan yang kamu katakan ada syak dan ragu itu, Tuhan itu sebenarnya “فاطر ” .”فاطر  ” ni apa?

Kalau ikut Al-Hafidz Ibnu Kathir, Allah Taala ni bila buat langit bila buat bumi, Allah tidak akan buat ciptaan kedua-duanya ini sama macam ciptaan lain.

img_47673980491658

Tak akan sama. Allah ini sangat kreatif, sangat inovatif hatta kembar siam pun pasti ada beza.

Ertinya bila Allah cipta bumi dan langit ini, Allah akan ciptakan kedua-duanya sangat-sangat berbeza daripada apa jua ciptaan yang pernah Allah cipta.

Seolah-olah apa yang akan berlaku adalah sesuatu yang baru. Dan apa yang berlaku tak akan berulang sama sekali.

Tiba-tiba para rasul kata, Allah yang sama mahu kamu diampunkannya?” لِيَغْفِرَ لَكُمْ “

Penggunaan ayat yang tepat oleh para rasul iaitu “فاطر ” dan “غافر”

Apa kaitan sifat Allah yang “فاطر ” dengan sifat Allah yang “غافر” ni?

Lihat para rasul sangat teliti dalam memilih perkataan.

Ini sebenarnya adalah sikap yang perlu ada pada seorang pendakwah.

Lihat para rasul ini menggunakan objek alam, untuk menyampaikan sesuatu mesej ketuhanan kepada kaumnya.

Penggunaan perkataan “فاطر ” yang cuba disampaikan adalah di mana Allah Taala yang sama, memberitahu yang Dia boleh menjadikan sesuatu produk itu tak sama dengan produk sebelumnya dan

Allah Taala yang sama juga bila Dia mengampunkan kamu, dia tak akan pandang kamu sama macam keadaan kamu sebelum ini.

Dia akan jadikan dosa kamu terampun dan kamu akan dilayani tidak sama dengan kamu sebelumnya.
Itulah maksud disebalik perkataan “فاطر “

Nampak kan beza antara keduanya. Allah ciptakan produknya tak sama dengan produkNya yang lain, seperti langit dan bumi, tidak akan sama, totally different.

Dengan manusia yang bertaubat kepada Allah, pandangan Allah kepadanya juga tidak akan sama berbanding pandangan Allah sebelumnya ketika kamu pendosa, totally different.

Sangat bijaksananya para rasul dalam menyampaikan mesej bahawa Allah itu maha pengampun.

Jadi mengapa khuatir dengan pandangan manusia berbanding pandangan Allah yang sedia mana mengampunkan kita saat kita sudah berubah.

taubat_1

Oleh itu usah dikenang dosa-dosa kita yang telah lalu setelah kita memilih jalan untuk berubah. Saat Allah sudah memandang kita dengan pandangan yang berbeza dan mengampunkan dosa-dosa kita dari kehidupan kita sebelumnya, janganlah sesekali kita kembali semula kepada kesilapan itu.

Sungguh Allah membuka ruang keampunan yang luas kepada kita. Dan Allah tidak pernah pandang kita sama setelah kita memilih untuk berubah, malah mahu mengampunkan kita semua.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply