Jangan Diusir Anak Kecil Itu Dari Masjid

0
906
views

Jangan Diusir Anak Kecil Itu Dari Masjid

Begitu banyak kalau kita lihat di masjid-masjid sekitar kita para jemaah atau pengurus masjid tidak cukup sabar dalam melayan kerenah anak-anak yang hadir ke masjid. Dan akhirnya anak-anak ini dimarahi dan dihalau ke saf paling belakang kerana katanya menganggu kekhusyukan para jemaah yang lain.

Sedangkan jika kita lihat contoh teladan yang Rasulullah telah tunjukkan sangat berbeza sekali daripada kebiasaan yang kita selalu buat. Bahkan Rasulullah melayani anak-anak ini sewaktu sedang solat.

Ini merupakan beberapa kisah bagaimana Rasulullah melayani anak-anak kecil yang hadir ke masjid atau tempat menunaikan sembahyang.

Diharapkan penulisan ini akan sedikit sebanyak mengubah sedikit cara kita melayani mereka yang masih kecil ini mengikut bagaimana yang Rasulullah tunjukkan.

Kisah Pertama

Sahabat Nabi yang bernama Syaddad ra meriwayatkan, bahawa Rasulullah datang  ke masjid mahu solat Isya’ atau Zuhur atau Asar sambil membawa salah satu cucunya Hasan atau Husein,

lalu Nabi maju kehadapan untuk mengimami solat dan meletakkan cucunya di sampingnya, kemudian nabi mengangkat takbiratul ihram memulai solat. Pada saat sujud, sujudnya Nabi sangat lama dan tidak seperti kebiasaan, maka saya diam-diam mengangkat kepala saya untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi, dan saya melihat cucu nabi sedang menunggangi belakang nabi yang sedang bersujud,

setelah melihat kejadian itu saya kembali sujud bersama makmum lainnya.

Ketika selesai solat, orang-orang sibuk bertanya, “wahai Rasulullah, baginda sujud sangat lama sekali tadi, sehingga kami mengira telah terjadi apa-apa atau baginda sedang menerima wahyu”.

Rasulullah menjawab, “tidak, tidak, tidak terjadi apa-apa, cuma tadi cucuku mengendaraiku, dan saya tidak mahu tergesa-gesa sehingga dia menyelesaikan mainnya dengan sendirinya.” (HR: Nasa’i dan Hakim)

Kisah Kedua

Abdullah Bin Buraidah meriwayatkan dari ayahandanya: Rasulullah sedang berkhutbah di mimbar masjid lalu kedua cucunya Hasan dan Husein datang bermain-main di masjid dengan mengenakan kemeja kembar merah dan berjalan dengan  jatuh bangun kerana mereka memang masih kecil,

lalu Rasulullah turun dari mimbar masjid dan mengambil kedua cucunya itu dan membawanya naik ke mimbar kembali, lalu Rasulullah berkata, “Maha Benar Allah, bahawa harta dan anak-anak itu adalah fitnah, kalau sudah melihat kedua cucuku ini aku tidak boleh sabar.” Lalu Rasulullah kembali melanjutkan khutbahnya. (HR: Abu Daud)

Kisah Ketiga

Dalam hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah solat dan apabila beliau sujud maka Hasan dan Husein bermain menaiki belakang Rasulullah. Lalu jika ada sahabat-sahabat yang ingin melarang Hasan dan Husein maka Rasulullah memberi isyarat untuk membiarkannya, dan apabila setelah selesai sohalat rasulullah memangku kedua cucunya itu. (HR: Ibnu Khuzaimah)

Kisah Keempat

Abu Qatadah ra mengatakan: “Saya melihat Rasulullah saw memikul cucu perempuannya yang bernama Umamah puteri Zainab di bahunya, apabila beliau solat maka pada saat rukuk Rasulullah meletakkan Umamah di lantai dan apabila sudah kembali berdiri dari sujud maka Rasulullah kembali memikul Umamah.” (HR. Bukhari & Muslim)

Kisah Kelima

Pada riwayat lain dari Abu Qatadah, mengatakan “……… pada saat rukuk Rasulullah meletakkan Umamah di lantai dan apabila sudah kembali berdiri dari sujud maka Rasulullah kembali memikul Umamah. Dan Rasulullah terus melakukan hal itu pada setiap rakaatnya sehingga beliau selesai solat.” (HR:Nasa’i)

Kisah Keenam

Dalam hadis yang lain Rasulullah berkata, “Jika sedang solat, terkadang saya ingin solat yang agak panjang, tetapi jika sudah mendengar tangisan anak kecil yang dibawa ibunya ke masjid maka saya pun menyingkat solat saya, kerana saya tahu betapa ibunya tidak sedap hati dengan tangisan anaknya itu.” (HR: Bukhari Dan Muslim)

Kisah Ketujuh

Anas meriwayatkan, “Pernah Rasulullah solat, lalu beliau mendengar tangisan bayi yang dibawa oleh ibunya solat dimasjid, maka Rasulullah pun mempersingkatkan solatnya dengan hanya membaca surah ringan atau surah pendek. (HR: Muslim)

Kisah Kelapan

Pada hadis lain diriwayatkan bahawa Nabi memendekkan bacaannya pada saat solat Subuh (dimana biasanya selalu panjang), lalu sahabat bertanya: “Ya Raslullah kenapa solatnya singkat, tidak seperti kebiasaannya? Rasulullah menjawab, “saya mendengar suara tangisan bayi, saya kira ibunya ikut solat bersama kita, saya kasihan dengan ibunya.” (HR: Ahmad)

Kisah Sembilan

Sahabat Nabi Yang Bernama Rabi’ menceritakan bahawa pada suatu pagi hari Asyura Rasululah berpesan kepada kampung-kampung sekitar kota Madinah, yang berbunyi “Barang siapa yang sudah memulai puasa dari pagi tadi maka silakan untuk menyelesaikan puasanya, dan bagi yang tidak puasa juga silakan terus berbuka”.

Sejak saat itu kami sentiasa terus berpuasa pada hari Asyura, begitu juga anak-anak kecil kami banyak yang ikut berpuasa dengan kehendak Allah, dan kami pun ke masjid bersama anak-anak. Di masjid kami menyiapkan mainan khusus buat anak-anak yang dibuat daripada kapas. Kalau ada daripada anak-anak itu yang tidak kuat berpuasa dan menangis minta makan maka kami pun memberi makanan bukaan untuknya”. (HR. Muslim)

Demikianlah bagaimana Rasulullah dan para Sahabat memanjakan anak-anak di masjid tidak seperti yang biasa kita buat.

Selalu juga kita dengar daripada mereka yang menghalau anak-anak ini menggunakan dalil,

“Jauhkan masjid Anda dari anak-anak dan orang gila.”

Hadis diatas lemah dan tidak jelas asalnya dari mana, sehingga tidak boleh dijadikan dalil.

Begitu kata para ulama hadis seperti Al-Bazzar dan Abdul Haq Al-Asybili. Sebagaimana ahli hadis Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar dan Ibnu Al-Jauzi dan Al-Munziri dan Haitsami dan ulama-ulama lain juga melemahkan hadis tersebut.

Ramai orang menganggap hadis ini tarafnya sohih sehingga mereka menggunakannya untuk menghalau anak-anak kecil ini daripada masjid sedangkan bukan begitu caranya yang patut kita lakukan.

Sepatutnya kita perlu untuk didik mereka solat dan membaca al quran semenjak daripada umur 7 tahun lagi.

Dan tempat yang paling sesuai dan kondusif adalah di masjid.

Itulah yang telah Rasulullah ajarkan kepada kita bagaimana untuk kita berinteraksi dengan anak-anak kecil ini. Menghalau bukan cara yang tepat kerana anak-anak kecil ini adalah pemuda di masa hadapan yang perlu sentiasa mengakrabkan diri dengan masjid.

Dan kita perlu ingat walaupun memang kadang-kadang kita rasa anak-anak ini menganggu kita solat memarahi bukanlah cara yang terbaik tetapi hanya memburukkan lagi keadaan.

Rasulullah pernah bersabda, “Segalanya sesuatu yang dibalasi dengan kelembutan niscaya akan membuatnya menjadi lebih cantik dan indah. Jika kelembutan dicabut, segalannya akan menjadi rusak dan jelek.” (HR: Muslim)

Islam melarang mengusir anak-anak keluar daripada masjid. Islam mewajibkan umatnya membiasakan anak-anak mereka datang ke masjid untuk belajar solat, membaca Al-Quran dan lain-lain lagi.

Artikel Yang Berkaitan :

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply