Jangan Merasakan Diri Lebih Mulia Sekiranya Anda Sering Ke Masjid Berbanding Orang Lain! – Inche Faris

0
753
views

Sudah menjadi tradisi mungkin, untuk beberapa masjid yang pernah saya lewati untuk menunaikan solat sunat tarawih, terutama pada fasa-fasa terakhir Ramadhan – untuk mula membanding-bandingkan kualiti orang yang datang dan tidak datang ke masjid (melihatkan keadaan masjid yang semakin berkurangan)

Ada satu masjid ini, ketika selesai solat Isya’ maka bangunlah seorang Pakcik memberi beberapa pengumuman. Mula-mula dia beri kata-kata semangat untuk beramal di 10 malam yang terakhir, kemudian dia seperti memerli orang-orang yang tidak dapat hadir ke masjid.

“Tuan-tuan dan puan-puan yang datang ke masjid malam ini adalah orang yang juara.”

Lebih kurang begini ayatnya.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa pandangan saya tentang isu ini. Kita perlu lihat dari skop yang lebih luas dan tidak jumud dan terus kepada konklusi tanpa hujah yang kukuh.

Seperti melihat kepada faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada ketidakhadiran mereka ke masjid pada fasa-fasa terakhir Ramadhan. Antaranya:

  1. Ada yang sakit dan sedang rehat di rumah.
  2. Ada yang menunaikan solat tarawih di masjid lain.
  3. Ada yang kepenatan kerana baru pulang dari kerja, jadi solatnya di rumah aja.
  4. Sudah pulang ke kampung awal.
  5. Dan pelbagai lagi faktor lain.

Cadangan untuk Pihak Masjid

Pada pendapat saya, instead of pihak masjid memerli dan memperkecilkan mereka yang tidak hadir ke masjid, lebih baik memikirkan tentang usaha-usaha untuk mengajak mereka hadir ke masjid.

Peranan untuk menghidupkan masjid bukan hanya dimainkan oleh para Jemaah sahaja, tetapi AJK masjid yang nama dan gambarnya terpampang jelas di papan notis pintu masuk ruangan solat.

Selain menganjurkan program-program formal seperti kuliah atau ceramah, majlis Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa – pihak masjid juga boleh merancang program-program yang santai dan tidak formal seperti menziarahi ahli komuniti yang tidak sihat di rumah, bermain dengan kanak-kanak di taman permainan, beramah mesra dengan penduduk pada waktu petang – bina seluas dan serapat mungkin jaringan ukhuwwah bersama komuniti yang ada.

Antara kesan baik dari usaha ini adalah, komuniti akan terasa amat dekat dengan pihak masjid dan seterusnya dengan masjid itu sendiri, sehingga mereka merasakan itulah jantung mereka yang mereka perlu bersama-sama menghidupkannya.

Orang kata bila kita bicara untuk menegur institusi masjid atau surau di Facebook ini, tidak akan sampai kepada pihak masjid/surau tersebut.

Ke arah merealisasikan solusi

Ini cadangan saya. Bagi siapa yang terbaca beberapa pandangan saya ini, atau anda sendiri ada cadangan untuk memperbaiki kualiti masjid di kawasan anda, ada beberapa cara untuk sampaikannya kepada pihak masjid:

  1. Hadirkan diri ke mesyuarat mingguan/bulanan yang masjid adakan. Biasanya ia terbuka kepada orang ramai untuk join dan berikan pandangan. Mesyuarat ini boleh menjadi medium untuk anda suarakan cadangan yang terbuku di sudut hati yang paling dalam, serta ketidakpuasan hati anda kepada pengendalian masjid.
  2. Tulis surat rasmi kepada pihak masjid. Tulislah segala idea/buah fikiran/cadangan/pandangan anda tentang pengurusan masjid yang anda rasa boleh diperbaiki, kemudian kirimkan ia kepada JK masjid. Dan jika mereka ada email, lebih mudah. Hanya tulis, klik dan tunggu respon.

Apa yang perlu dibuat jika pihak masjid tidak melayan respon kita?

Jika usaha anda untuk memberi pandangan kepada pihak masjid menemui jalan buntu, tidak dilayan dan segala apa yang mengecewakan hati anda, sentiasa ingat bahwa pada setiap masalah yang berlaku ada solusinya.

Jika pihak masjid gagal atau kurang berjaya untuk menarik komuniti untuk mendekati masjid dan menghidupkannya, anda boleh cipta kumpulan anda sendiri yang fokus kepada mendekati komuniti dengan pendekatan-pendekatan yang kreatif.

Atau jika tiada orang yang sudi bersama anda untuk setup team, anda boleh bergerak sebagai lone ranger untuk mendekati komuniti dengan kemahiran-kemahiran dan kudrat yang ada pada diri anda.

Pada akhirnya, kita akan sedar bahwa setiap dari kita berperanan penting untuk menghidupkan rumah-rumah Tuhan dan bukan hanya golongan AJK masjid dan orang-orang tua yang sudah pencen.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply