Jangan Tergesa-Gesa Mengutip Rezeki Yang Haram, Kerana Yang Halal Telah Sedia Menanti – Ustazah Maznah Daud

0
157
views

einstien

Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. meletakkan kuda tunggangannya di hadapan pintu masjid.

Sebelum memasuki masjid untuk menunaikan solat, beliau mengamanahkan kepada seorang lelaki supaya menjaga kudanya.

Tiba-tiba lelaki itu berkenan kepada pelana yang terletak di atas kuda. Dia mengambilnya, membawa lari dan menjualnya di pasar.

Apabila Sayyidina Ali keluar dari masjid dia mendapati pelananya hilang dan lelaki yang diamanahkannya telah tiada di situ. Dia pergi ke pasar untuk membeli pelana yang baru bagi membolehkannya menunggang kudanya.

Apa yang menghairankan dia mendapati pelananya terpamer bersama barang-barang jualan lain di pasar itu. Dia bertanya penjual, berapa harga pelana ini?

Penjual menjawab, 10 dirham. Dia bertanya lagi berapakah harga yang kamu beli daripada orang yang membawanya?

Penjual menjawab, 5 dirham. Ali membeli pelana itu.

Dia berkata, Maha Suci Allah! Sesungguhnya aku telah berniat untuk sedekahkan kepada lelaki yang menjaga kudaku sebanyak 5 dirham sebagai balasan amanahnya menjaga kudaku.

Namun dia tergesa-gesa mengutip rezeki yang haram sebelum dia menerima rezeki yang halal.

Leave a Reply