Jangan Terlalu Cinta

0
20
views

Jangan Terlalu Cinta

terlalu cinta

Jangan Terlalu Cinta | “hmm.saya ada hal nak cerita.tentang anak usrah saya”, tuturku perlahan

Mencerlung matanya itu memandangku.

“kenapa? Ada apa-apa yang akak boleh tolong?”

“hmmm…pasal A dan B”

“kenapa?dorang gaduh lagi ke?setahu akak, dorang da baik je pun”

“saya rasa keadaan da makin kritikal.da melampau.takut sangat tak boleh control in future nanti”

Senyap.nafas ditarik dalam-dalam.aku tak tahu aku kuat untuk menceritakannya atau tidak.tapi yang pasti, penyelesaian perlu dicari, masalah perlu dihadapi.bukan lagi hanya melarikan diri,seperti kebiasaan yang aku lakukan.

“A tu sayang sangat kat B.terlebih sayang, saya takut kalau dorang jadi macam..macam..”

“macam kita?!” telah dia.

Aku hanya mampu mengangguk.airmata sudah berlinangan.sungguh, aku tak mampu nak ingat pun apa yang sudah terjadi.

Suasana senyap dan sunyi.masing-masing menahan perasaan. Perkara yang terjadi tu sangat menguji kami berdua.aku tahu sakit tu bukan aku sorang sahaja yang rasa,dia pun.bukan mudah nak lepaskan apa yang kita sayang.

“awak tahu kan sakit sebab tu mcmna?kita berdua rasa benda tu”

Suara itu memecah kesunyian tadi

Sekali lagi aku hanya mengangguk,mengiyakan.

Handphone di sisi dicapai.aku mula memainkan navigator,tak tahu nak tekan apa pun sebenarnya.niat untuk menenangkan emosi.beristighfar banyak-banyak dan menyembunyikan mata yang hanya menanti saat pecah empangannya.

“awak buat apa tu?”

Panggilan itu tidak ku sahut.senyap.memori terimbau kembali

***********************************************************

Tiga tahun lalu, kami berdua bertemu, atas nama dakwah dalam satu program pre-departure versi kecil.Selepas habis program tersebut, Allah menakdirkan aku, sangat attached dengan dia.keep-in-touch lebih daripada fasi-fasi yang lain.sebarang kemusykilan,aku utarakan pada dia untuk mendapatkan pandangan.

Kami makin rapat sejak aku menjejakkan kaki ini ke bumi-somewhere-not-in-malaysia. Sementelah dia juga senior di sini walaupun berlainan universiti. Ketika itu juga,berlangsung sesi pen’DF’an terhadap aku dan beberapa orang lagi di sini. Semakin hari,semakin banyak input,output tentang dakwah dan tarbiyyah yang aku alami.makin kenal dengan ramai akhawat,makin terasa ukhwah kerana Allah.

 

berlainan tempat tidak langsung merencatkan hubungan kami.kami kerap sahaja bertemu, di daurah,mukhayyam,program umum, dan yang menariknya seakan-akan terlalu obvious sehingga akhawat serata bumi-somewhere-not-in-malaysia ini tahu keakraban kami.

 

aku dan dia terlalu banyak sangat masa bersama. kami umpama hidup dalam dunia ciptaan kami sendiri.sangat bergantung pada satu sama lain.dengan dia lah aku menangis,dengan dia juga aku gembira. Pada dasarnya memang kami support each other, saling memahami,layan perangai pelik-pelik antara satu sama lain,tapi seiring dengannya juga lunturnya perasaan ukhwah kerana Allah itu.handphone sentiasa akan ada mesej masuk,jika berjaulah luar negara,sentiasa ada video call sebagai penghubung.dah macam orang bercinta.perasaan sayang yang ada hanya berlandaskan nafsu dan emosi semata.

 

Buktinya?

Bila perasaan sayang,benci,marah yang lahir dari hati kami ini bukan lagi berpaksikan kerana Allah.bila pergantungan kami tidak lagi kepada Allah.bila ingatan kami tidak lagi pada Allah,bila berbuat sesuatu tidak lagi kerana Allah,bila tinggalkan sesuatu tidak lagi kerana Allah.tapi hanya kerana dia.

 

Entah mana hilangnya perasaan sebagai seorang abid dan khalifah.entah mana hilangnya perasaan sebagai seorang daei.tarbiyyah kami berdua semakin lesu.buat dakwah tapi tak pernah sepenuh hati.

**********************************************************
Tiada lagi mesej selama hampir sebulan

 

Tiada panggilan telefon bertanya khabar

 

Tiada wall post di facebook

 

Tiada kata-kata semangat saat kesedihan melanda

 

Tiada langsung khabar kenapa perlu berlakunya tempoh “berkabung” ini

 

aku hadapinya dengan penuh linangan air mata.merindui peneman bicara yang selalu menemani di sisi. Dua minggu pertama yang penuh dengan depresi. Berhadapan tekanan musim peperiksaan dan saat ulang tahun kesedihan buat keluarga, berseorangan.

 

“kenapa hilang tanpa berita?”,pesanan ringkas itu ku hantar

“kita terlalu bergantung antara satu sama lain,sampai lupa Allah.cukuplah sekali akak rasa hilang cinta Allah.akak tanak buat awak dependent dengan akak lagi.tidak sama sekali”

(penjelasan lebar diterima,tetapi cukuplah ku nukilkan yang ini sahaja)

 

Dan tempoh dua minggu kemudian, semangat baru dibina,walaupun masih lagi bertatih. Tak layak untuk aku meletakkan kemarahan aku pada dia, kerana apa yang dilakukan itu cukup untuk menyedarkan aku yang terlalu jauh hubungan kami tersasar.

 

Kami memang sangat saling menyayangi, tapi tak mahu lagi hanya berlandaskan emosi dan nafsu.biarlah tempoh berkabung itu menjadi tempoh muhasabah untuk refresh iman masing-masing dan menjalinkan kembali ukhwah ini hanya kerana Allah swt.

**********************************************************************

“awak boleh tengok buku virus-virus ukhwah,bab terakhir;”

Terlalu Cinta.

Pandanganku jatuh ke atasnya. “hmmmm..”

“part tu banyak ketuk akak,mungkin boleh cover dalam usrah kot”

***THE END***

 

“Cinta yang berlebihan bukan bererti memberi yang terbaik dalam rangka memenuhi hak ukhuwah dan cinta”

 

Umar bin Khattab berkata:

“Janganlah cinta membuatmu terbelenggu oleh beban yang berat, dan janganlah rasa bencimu membuatmu hancur lebur.”

 

*ps:
1)Saya tidak pasti adakah masalah ini berlaku kepada akhawat/ikhwah tempat lain,yang pastinya ia berlaku kepada saya sendiri dan saya juga melihat fenomena ini seakan banyak berlaku di sekeliling saya, dalam komuniti akhawat sendiri.

2)Kita banyak berbicara tentang hubungan berlainan jantina,tetapi saya melihat hubungan ukhwah sesama jantina juga perlu dititikberatkan.takut sangat rasa sayang itu berpandukan emosi dan nafsu semata.

http://muharikah.wordpress.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply