” Jarang Dah Akak Tengok Orang Bawak Bekal Macam Doktor. “

0
32
views

Berikut merupakan perkongsian seorang doktor pelatih di laman facebook beliau Abu Umar mengenai bagaimana untuk berjimat khususnya buat doktor pelatih dalam suasana ekonomi yang tidak baik.

1. Kenderaan

Hampir 4 bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal, jaraknya lebih kurang 10km. Kadang²-kadang terpaksa berhenti di tepi jalan untuk pakai baju hujan. Maklumlah musim tengkujuh, boleh dikatakan setiap hari hujan.

Pernah sekali MO menyapa,

“Umah (rumah) kau kat mana? Semalam aku nampak kau naik motor balik keje”. Saya jawab, “Umah di Gong Badak”. “Tak sejuk ke naik motor hujan² ?” Tanya dia lagi. “Dah biasa” jawabku tersenyum.

Dalam hati kecilku menjawab, dengan naik motorlah, aku dapat menyimpan. Jom kita buat kira-kira beza naik motor dan kereta.

16864613_10208465822384802_4292353634073607604_n
Abu Umar atau nama sebenar beliau Ahmad Samhan

Motor (kos setahun):
Ansuran : rm1800(rm150/sebulan)
Petrol : rm360(rm30/sebulan)
Servis : rm360(rm30/sebulan)
Roadtax : rm30
Total setahun: RM2250

Kereta Myvi (kos setahun):
Ansuran : rm6600(rm550/sebulan)
Petrol : rm2400(rm200/sebulan)
Servis : rm750/setahun
Roadtax : rm770/setahun
Tol : rm1560(rm130/sebulan)
Lain-lain :  rm240/setahun
Total : RM12,320
*kiraan tol untuk negeri tertentu

Anda boleh jimat RM10,070 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motor. Nak lagi jimat, pinjam motor ayah atau beli cash motor secondhand.

Jika anda sangat² memerlukan kereta,belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?

Gaji sebulan x 12 bulan
RM4600 x 12 bulan = RM55,200

Harga kereta yang sesuai anda beli adalah Myvi, Axia, Saga. Bukan Honda Civic apatah lagi Mini Cooper! Hehe

2. Bekal

Beberapa kali aku ditegur staff nurse,” Doktor memang tiap² hari bawa bekal ke? ”
“Ya kak, bekal simple² je, janji tak lapar”, jawabku.
“Jarang dah sekarang saya nampak orang bawak bekal macam doktor” katanya lagi.

IMG_00000505

Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan. Padahal kalau bawa bekal, anda boleh jimat hampir RM200-300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun, makanan di kedai belum terjamin kebersihannya.. huhu

3. Tempat Tinggal

Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas (khas untuk HO), anda perlu merancang dimana anda nak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda. Anda jimat hampir rm500-600 sebulan jika tidak menyewa.

Kesimpulan

Status sebagai doktor bukan bermakna anda MESTI berkereta mewah, berpakaian berjenama mahal, makan di kedai hispter, ada iphone 7s, tinggal di kondo, sering melancong ke luar negara, kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun.

Kalau tak pandai merancang, tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun² pun masih tak mampu beli rumah, duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.

Jangan terpedaya dengan status! Berbelanjalah dibawah kemampuan anda bukan berbelanja mengikut kemampuan! Mudah kata, gaji doktor tapi berbelanja macam orang bangla! haha

Jika sudah berkahwin, sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang halatuju perancangan kewangan dan ‘exit plan’. Tanpa sokongan isteri anda, sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda. Terima kasih pada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama?

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply