Kajian Dari Barat Mendapati Solat Mampu Mengurangkan Sakit Belakang

0
3
views

Sebuah laporan yang bertajuk “An ergonomic study of body motions during Muslim prayer using digital human modelling”, telah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa; International Journal of Industrial and Systems Engineering.

Menurut laporan tersebut, pergerakan yang terdapat dalam solat orang Islam, dapat mengurangkan sakit belakang, sekiranya dilakukan dengan betul.

Secara purata, 1.6 billion umat Islam seluruh dunia yang rukuk dan bersujud menghadap ke arah yang sama iaitu Kaabah di Mekah.

v2-banner-36-MuslimPrayer-Getty

Tambah Mohammad Khasawneh; antara pengkaji yang terlibat dalam membuat laporan tersebut, pergerakan yang terdapat dalam solat lebih kurang sama dengan pergerakan yoga ataupun terapi fizikal yang lain. Yang mana tujuannya untuk merawat sakit belakang.

Dalam laporan tersebut juga menyebut, perbuatan sujud sebenarnya membantu menambah keanjalan (elasticity) sendi.

Solat bukan sahaja memberi ketenangan kepada minda dan ruh, tetapi juga sebenarnya memberi kerehatan kepada tubuh badan tanpa kita sedari.

 

Sumber Asal : independent.co.uk

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply