Keberkatan Rezeki : 4 Tips Untuk Diamalkan & Petandanya

0
1652
views

Rezeki ada beberapa jenis. Ada rezeki yang perlu diusahakan, ada yang diberi percuma tanpa diminta, ada rezeki yang kita dah usaha, tapi akhirnya menjadi milik orang lain.

Namun apa yang lebih utama adalah, bagaimana mendapatkan keberkatan dalam rezeki tersebut. Kerana apabila ada keberkatan rezeki, hidup akan lebih aman dan tenang.

Ada jutawan yang hidupnya dilimpahi dengan harta yang banyak, rumah mewah yang besar, kereta idaman yang tersusun di dalam garaj tetapi tetap sahaja hatinya tidak tenang dan selalu resah gelisah.

keberkatan rezeki
kredit

Di satu sudut lain, ada pula seorang peniaga kecil-kecilan di pasar tani yang hidup serba sederhana, tetapi jiwanya tenang dan hatinya gembira jarang berdukacita.

Semua ini sangat terkait dengan keberkatan rezeki. Atau bagi mereka yang bekerja dengan orang lain, bagaimana untuk memastikan keberkatan gaji yang diterima setiap bulan.

Oleh itu, kami kongsikan amalan yang akan menjamin keberkatan rezeki.

4 Tips Dapatkan Keberkatan Rezeki

#1 Pastikan sumber rezeki halal dan baik.

Jika pendapatan bulanan kita seringkali rasa tak cukup cuba periksa balik, bagaimana kita dapatkan rezeki tersebut.

Punch in masuk pejabat jam 8:30, pukul 9 keluar sarapan. Main facebook waktu pejabat. Petang tepat pukul 5 terus nak balik. Bila hujung bulan gaji masuk.

Jadi macam mana nak ada keberkatan gaji yang kita dapat tu?

keberkatan gaji
kredit

Bagi yang berniaga pula, pastikan produk atau servis yang kita berikan kepada pelanggan adalah yang terbaik.

#2 Segera lunaskan hutang

Jangan menangguh-nangguh membayar hutang. Lebih-lebih lagi jika kita telah berjanji untuk melunaskan hutang tersebut pada tarikh atau tempoh masa tertentu.

Bila kita mungkir janji untuk bayar hutang, orang yang pinjamkan duit kepada kita tentu rasa marah dan tak puas hati.


Dari situ terbitlah doa-doa yang tak baik untuk kita. Perkara ni secara tak langsung akan memberi kesan kepada keberkatan rezeki kita. 


Contohnya hutang PTPTN. Cuba sebaik mungkin untuk bayar hutang tersebut setiap bulan walaupun sedikit. Yang penting kita usaha nak selesaikan!

#3 Nafkah isteri @ bagi duit pada ibu bapa

Ini mungkin antara perkara yang sering kita terlepas pandang. Lebih-lebih lagi bagi suami yang isterinya juga bekerja.

Nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah wajib! Ianya menjadi hutang jika si isteri dan anak-anak tidak redha suami-bapanya tidak memberikan nafkah.

wang nafkah keberkatan gaji

 

Bagi yang masih ada mak ayah jangan lupa bagi duit kepada mereka walaupun tak dipinta.

Sikit atau banyak bukan persoalannya, tetapi ingatan kita kepada mak ayah tu akan buatkan mereka gembera.

Bila mak ayah kita gembira, mereka pasti akan mendoakan keberkatan rezeki untuk kita. Jadi jangan pernah kedekut dengan mak ayah sendiri!

#4 Istiqamah Solat Dhuha

Jadikan rutin, setiap pagi sebelum mula bekerja, lazimi solat Dhuha. Solat Dhuha itu sendiri bukan lah satu magik. Bila buat duit akan turun dari langit secara tiba-tiba.

Solat Dhuha itu sebagai peringatan kepada kita, sekuat manapun usaha kita mencari rezeki, Allah lah yang berkuasa memberikannya. Letakkan pergantungan kepada Allah 100%.

Solat Dhuha tarafnya sunnat. Jika yang sunnat pun digalakkan, maka yang wajib jangan sesekali dilupakan.

Banyakkan istighfar. Kerana ada hadis daripada Nabi Muhammad SAW.

“Barang siapa memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya.”

(Riwayat Imam Ahmad)


Seterusnya, bagaimana untuk kita ketahui sekiranya rezeki yang kita dapat itu ada keberkatan?

Macam Mana Nak Tahu Tanda Keberkatan Rezeki

#1 Sentiasa merasa cukup dan bersyukur 

Apabila keberkatan rezeki itu kita dapatkan, hati akan sentiasa rasa cukup dan bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Tak kira sedikit atau banyak.

tanda keberkatan gaji
kredit

#2 Hati terasa tenang dan semakin dengan Allah

Ketenangan hati adalah nikmat yang paling besar yang Allah berikan kepada hambanya.

Bila kita berusaha mendapatkan keberkatan rezeki, Allah akan mencampakkan ketenangan dalam hati kita.

Secara langsung, hati kita akan semakin dekat dengan Allah.

Oleh itu, sekiranya harta banyak yang kita ada itu semakin menjauhkan kita dengan Allah, maka ia adalah petanda bahawa rezeki harta tersebut tiada keberkatan. 

#3 Melahirkan keluarga yang harmoni

Tanda rezeki yang berkat yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga.

Keluarga yang dilimpahi dengan rezeki yang berkat, pasti akan menjadi keluarga yang rahmah dan disayangi oleh Allah.

Kesimpulannya, kunci untuk mendapatkan keberkatan rezeki adalah dengan menjaga hubungan; hubungan dengan Allah dan dengan manusia.

Jaga hubungan dengan Allah dengan memastikan sumber rezeki itu halal, menjauhi semua yang dilarang, dan memperbanyakkan amalan sunnat.

Jaga hubungan dengan manusia, iaitu dengan isteri, anak-anak, dan ibubapa. Mereka ini akan mendoakan rezeki kita supaya bertambah banyak dan dipenuhi dengan keberatan.

Jika anda rasa artikel mengenai keberkatan gaji ini bermanfaat, jangan lupa untuk klik button share.

Terima kasih.

Artikel Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply