Kelebihan Solat Berjemaah : Tahu Tapi Masih Beralasan

0
610
views

kelebihan solat berjemaah

Ganjaran pahala bagi solat berjemaah adalah lebih jauh besar berbanding dengan solat secara bersendirian. Rasulullah s.a.w bahkan secara jelas menekankan kelebihan solat berjemaah dalam sebuah hadis yang cukup popular:

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).”

Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Malang sekali, umat Islam hari ini seperti langsung tidak terkesan dengan dorongan dan jaminan yang telah Rasulullah berikan.

Ganjaran 27 kali lagi banyak dari solat sendiri!

Mungkin saja kerana ianya ghaib, tidak terzahir melalui mata kasar, kita seperti tidak kisah pun dengan tawaran ini.

Bayangkan kalau Nabi katakan ganjaran yang bakal diperoleh jika solat secara berjemaah itu, emas dan wang.

Agaknya mungkin sekarang kita semua akan berebut-berebut menempatkan diri dalam saf pertama pada setiap waktu solat.

Jika inilah keadaanya, mungkin kita patut periksa balik keadaan iman kita. Apa benar iman kita kepada Rasul? Kepada Hari Akhirat? Kepada Allah?

Sebagai seorang Muslim, tidak sepatutnya lagi kita masih ragu-ragu akan kepentingan solat berjemaah. Terutama kepada kaum lelaki.

Tahu sudah kelebihan solat berjemaah, tapi masjid jauh? Cuaca panas terik? Hujan? Atau sebenarnya malas?

Dalam keadaan serba selesa hari ini, apa lagi alasan kita untuk bermalasan ke masjid berjemaah?

Bayangkan begini sajalah.

Sekiranya di akhirat nanti, apabila ditanya di hadapan Allah nanti, apa gunanya kereta, motor atau segala kenderaan dan kemudahan yang ada jika tidak diguna untuk ke masjid?

Mampu tak kita jawab macam ni?

“Masjid jauh Ya Allah. Hari panas aku tak tahan.”

Atau entah seribu satu alasan lagi.

Agak-agak boleh jawab macam ni tak?

Jika diimbau kembali sirah orang-orang soleh terdahulu, hubungan mereka dengan masjid sangat rapat kerana mereka sangat faham akan keistimewaan solat berjemaah.

Bahkan dalam sebuah hadis, Baginda pernah bersabda bahawa pada Hari Akhirat, ketika tiada apa-apa perlindungan melainkan perlindungan Allah.

Allah hanya berikan perlindungan tersebut kepada tujuh golongan manusia sahaja.

Dan salah satu darinya adalah kepada mereka yang sangat rapat dan suka untuk ke masjid.

Konklusi

Akhir kata, sekiranya disenaraikan puluhan malah ratusan kelebihan solat berjemaah sekalipun, ia tetap tidak memberi motivasi kepada kita.

Sekiranya iman yang tempat duduknya di dalam hati itu, tidak disucikan.

Periksalah kembali hati kita.

Bayangkan suasana di alam akhirat, semasa di padang Mahsyar.

Mampukah kita menjawab persoalan demi persoalan yang Allah tanya nanti?

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply