Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Siang Atau Qailulah

0
944
views

kenapa anda perlu qailulah

Adakah tidur siang di tempat kerja sebenarnya meningkatkan produktiviti?

Sebuah buku baru yang ditulis oleh Dr Sara C. Mednick bertajuk “Take a Nap! Change Your Life,” Jawapan bagi soalan diatas adalah YA.

Kajian NASA menunjukkan bahawa tidur hanya 26 minit boleh meningkatkan prestasi sebanyak 34 peratus.

Rakyat Malaysia rata-rata mendapat 6-7 jam tidur malam; yang disyorkan adalah sekitar 8 jam setiap malam.

Mednick berkata apabila dia membesar dia berminat untuk mengkaji manfaat tidur kerana sebagai seorang pelajar, dia telah  banyak menghabiskan masa untuk tidur sahaja.

Dia mendapati dengan tidur ia membantu dengan memproses daya ingatan, kecerdasan, dan pembelajaran kemahiran baru.

Kita menjalani kehidupan seharian kita dengan kurangnya tidur dari waktu yang disyorkan iaitu selama 8 jam.

Dan ini akan mengakibatkan banyak perkara seperti produktiviti menurun, kemalangan yang disebabkan keletihan dan lain-lain lagi.

Jadi dengan tidur sebentar pada waktu siang membantu mencegah semua perkara-perkara ini.

Beberapa syarikat di Amerika Syarikat sudah mula menggalakkan dan mengamalkan perkara ini dengan memberikan masa dan ruang kepada pekerja-pekerja mereka untuk tidur sebentar pada waktu office hour.

Kajian disana juga menunjukkan pekerja yang bekerja dengan keletihan menyebabkan mereka kerugian sebanyak $150 bilion selama setahun kerana kurangnya produktiviti.

Berikut adalah beberapa tips daripada Mednick tentang tidur :

Masa tidur siang adalah 1:00-3:00 petang, pada waktu ini tenaga anda pulih disebabkan kesan biologi dalam badan, bukan hanya kerana anda makan tengah hari.

Stage 2 Sleep. Terdapat fasa tidur. Dalam masa 20 minit, anda mengalami “Stage 2 Sleep” iaitu tidur  yang meningkatkan kecerdasan dan kemahiran motor anda.

Slow Wave Sleep. Dalam masa 40 minit, anda akan mengalami tidur gelombang perlahan, yang meningkatkan daya ingatan anda.

REM Sleep. Ini adalah tidur nyenyak yang anda akan dapat jika anda tidur selama 90 minit, dan ia membantu meningkatkan kreativiti anda.

Untuk mudah tidur pastikan sekeliling anda tiada gangguan bunyi bising dan cahaya lampu yang malap.

#Perspektif Islam

Dalam islam kenapa kita digalakkan untuk tidur siang sebentar atau nama lainnya adalah qailulah adalah kerana supaya kita mudah untuk bangun malam menunaikan solat malam.

solat malam

Selain itu juga ia juga membantu kita untuk lebih mudah bangun subuh dengan lebih segar dan bertenaga.

Jadi ambillah masa sebentar waktu rehat tengah hari anda untuk tidur sebentar selepas makan tengah hari dan solat. Cukuplah jika dapat 15-20 minit untuk merehatkan tubuh badan anda.

Artikel Yang Berkaitan :

 

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply