Kenapa Kita Tidak Perlu Terkenal Dalam Beramal

1
105
views
kenapa kita tidak perlu terkenal dalam beramal
kredit

Mungkin masih segar dalam ingatan kita kisah orang soleh yang tidak mahu diketahui amal solehnya yang begitu menakjubkan. Daripadanya kita boleh mengambil pelajaran bahawa kemasyhuran bukanlah jalan yang dilalui oleh orang-orang seperti ini.

Orang yang  sumbangan mereka sangat besar namun tidaklah perlu menjadikan dirinya takabbur dan menyombong diri. Bahkan dirinya sanggup berjauhan dengan manusia demi menjaga niat amal soleh yang dilakukannya.

Itulah jalan hidup yang dia ambil. Penuh dengan hikmah yang mendalam bagi sesiapa sahaja yang mahu merenung lebih dalam atas apa yang dilakukan olehnya.

Sejarah itu sentiasa berulang. Itulah sebab kenapa kita mempelajari sejarah untuk mengetahui tentang kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi pada masa depan.

Begitu juga besarnya jiwa orang-orang terdahulu yang berjasa besar bagi umat Islam.

Mari kita membuka lembaran sirah umat Islam terdahulu, renungilah pada masa pemerintahan Khalifah Al Walid ibnu Abdul Malik.

Marilah kita membaca kisah indah tentang kepahlawanan yang dibungkus dengan niat ikhlas karena Allah.

Maslamah ibnu Abdul Malik adalah seorang panglima yang berani. Dia sangat takut kepada Allah, maka Allah memenangkan saat dia bersama umat Islam berperang daripada satu peperangan ke peperangan yang lain ketika mana saudaranya Al Walid Ibnu Abdul Malik menjadi Khalifah.

Ketika berperang menentang Romawi, Maslamah mengepung sebuah benteng besar. Akan tetapi, setelah berjuang keras untuk menyerang benteng ini, masih tidak berupaya untuk membukanya. Sedangkan tentera Romawi terus menghujani mereka dengan api sehingga ramai muslim yang syahid.

Perkara ini juga menjadikan Maslamah serta pasukannya semakin sukar untuk menembusi benteng ini. Semua berfikir bagaimana caranya untuk mewujudkan kemenangan bagi Islam.

Pagi keesokannya pasukan muslimin melihat seorang prajurit yang menutup wajahnya membelah pasukan muslimin dan mengarah ke benteng. Di tangannya terdapat penukul yang sangat besar. Dia menggunakan penukulnya sehingga berjaya membuat satu lubang pada benteng dan membuatnya berupaya masuk ke dalam benteng musuh.

Dia juga membawa sebilah pedang yang digunakan untuk melawan musuh dari arah kanan dan kiri. Sehingga beliau sampai ke pintu benteng dan akhirnya dia membuka kunci dan pintu benteng untuk tentera muslimin boleh masuk ke dalam bagai air yang mengalir deras. Mereka menakut-nakutkan tentera Romawi, sehingga kemenangan berpihak pada kaum muslimin.

Akhirnya, prajurit hebat itu berundur dan tiada seorang pun yang melihatnya. Pemimpin tentera ingin mengetahui tentang dirinya dan memberikan hadiah atas apa yang dia telah buat. Maka diutuslah seorang pemanggil yang pergi menuju barisan tentera dan memberitahu bahawa pemimpin tentera ingin bertemu dengan si pembuat lubang di benteng tadi.

Setelah tiga hari berlalu datanglah seorang lelaki ke khemah ketua tentera dan berkata padanya, “Aku mengetahui siapakah yang membuat lubang di benteng, tetapi aku tak akan beritahu sehingga dirimu berjanji atas nama Allah atas apa yang aku minta. Dan aku tak akan meminta perkara yang membuat Allah murka.” Maka, ketua tentera pun bersetuju. Lelaki itu pun berkata, “Akulah yang membuat lubang di benteng. Dan permintaanku, janganlah engkau tanya namaku dan jangan pula dirimu mengikutiku untuk mengetahui ke mana aku akan pergi.”

Diriwayatkan bahawa Maslamah setiap kali selepas solat akan berdoa, “Ya Allah, kumpulkanlah diriku dengan pembuat lubang (di benteng).” [1]

Itulah satu kisah yang menakjubkan yang boleh kita ambil pelajaran berharga daripadanya.

Sebuah kisah tentang kepahlawanan ketika mana sebahagian orang mungkin berada pada posisi yang dirinya saat itu mudah baginya mendapatkan kemasyhuran dan upah yang besar atas apa yang dirinya lakukan.

Apatah lagi apa yang dilakukannya adalah salah satu punca yang Allah jadikan dengannya kemenangan kaum muslimin.

Memang orang hebat seperti beliau tidak dahagakan kemasyhuran serta pujian daripada manusia. Dirinya dengan sifat tawadhu’ tetap menjaga kerahsiaan dengan dirinya sahaja pergi ke khemah ketua tentera dan mengatakan bahawa dirinyalah yang membuat lubang besar yang membuat pasukan Islam boleh masuk ke dalam benteng. Tanpa dirinya menyebut nama apa lagi meminta bayaran atas apa yang dilakukannya.

Semoga apa yang dilakukannya ini menjadi pelajaran penting bagi diri kita, “Mengapa kita tidak perlu terkenal?”

Sumber

Artikel Yang Berkaitan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply