Kenyataan Media Ikhwan Muslimin Bersempena Hari Raya Aidil Adha 1437H

0
30
views

2e0908ad4805bfa06fe75370efb38ba0_xl

Alhamdulillah, sedar tidak sedar, hari Raya Aidil Adha yang senantiasa masyhur dengan tema pengorbanannya telah pun kita raikan bersama-sama.

Tahniah kepada yang telah berjaya menyempurnakan ibadah haji bagi sesiapa yang dipilih Allah menjadi tetamu ke rumah-Nya, dan bagi yang masih belum berpeluang menunaikan haji, tahniah sekiranya kita adalah dalam kalangan orang yang telah dipilih Allah untuk mengimarahkan 10 hari terawal di bulan Zulhijjah dengan amal-amal kebaikan khususnya puasa pada Hari Arafah yang dikatakan mendapat ganjaran pengampunan dosa selama 2 tahun. Moga Allah menerima amal-amal kita semua.

Aidil Adha telah pergi meninggalkan kita dengan mesej sebuah pengorbanan. Namun, sejauh manakah kita memaknai mesej ini, dan bagaimanakah salah satu cara untuk memastikan kesegaran mesej itu masih membasahi jiwa-jiwa kita di hujung hari tasyrik ini?

Semoga sedikit petikan dari Kenyataan Ikhwan Muslimin sempena Aidil Adha ini akan menjadi salah satu bahan untuk kita memuhasabah semula makna Aidil Adha sekaligus menjadi bekalan untuk kita menempuhi hari-hari seterusnya dalam hidup kita.

Kenyataan Media Ikhwan Muslimin bersempena Hari Raya Aidil Adha

(وَأَذِّنْ في النَّاسِ بِالحَجِّ يَأْتُوكَ رِجالاً وعَلَى كُلِّ ضامِر يَأتينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَميق (الحج:27

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.”

Allahuakbar, Allahuakbar, LaaIllahaIllallah, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Walaupun hari ini kita semua sedang berhadapan dengan pelbagai kelukaan dan kepedihan, Aidul Adha tetap juga disambut dengan meriahnya oleh seluruh umat Islam . Hal ini demikian agar kaum muslimin dapat mentadabbur semula perintah Ilahi supaya bersatu di bawah panji لا إله إلا الله setelah mereka berpusu-pusu di dalam sebuah keramaian dengan satu pakaian, satu laungan dan satu kiblat, sepenuh keikhlasan hati, berserah diri jiwa raga kepada Allah, berlari ke arah Baitullah sambil mengharap pengampunan dosa dan pembebasan dari api neraka.

Haji ialah risalah Ilahi yang tidak akan terhenti untuk selamanya; Sesungguhnya pertolongan hanya akan datang melalui kesatuan. Sesungguhnya para muslim ialah umat yang satu. Tiada beza antara orang arab dan bukan Arab melainkan ketaqwaan, dan tiadalah kebangkitan mahupun kemenangan bagi seorang muslim atau kumpulan orang muslim melainkan dengan kesatuan islam yang sempurna dan universal, yang menghubungkan semua muslim dari seluruh dunia, bertaut bagi mengekspresikan segala kepedihan mahupun halangan dan menyembuhkan segala kelukaan, seterusnya mengembalikan ummat ini kepada umat Islam yang kuat, padu, dan kembali menjulang panjinya.

(يَا أَيُّها الَّذِينَ آمَنُوا إنَّما المُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْـرَبوا الْمَسْجِدَ الْحَرامِ بَعْدَ عامِهِمْ هذا (التوبة: 28

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini.”

Allah telah mengajarkan kaum muslimin melalui musim haji ini bahawa inti risalah Islam ialah kebangkitan dalam membanteras Taghut dan kesyirikan, dan membanteras  semua adat, budaya dan amalan syirik. Sesungguhnya tiada ruang untuk menegakkan syariat Allah melainkan melalui revolusi menyeluruh ke atas segala bentuk jahiliah dalam masyarakat. Islam ialah risalah yang mampu mengubah masyarakat dan sistem pentadbiran yang korup.

Dengan demikian umat Islam masih belum terlepas daripada memikul tanggungjawab untuk melakukan revolusi ke atas kezaliman dan ke atas segala yang memusuhi Islam serta perkara yang menyebabkan kehancuran kepada umat Islam keseluruhannya.

Sesungguhnya objektif utama yang boleh dipelajari oleh umat Islam pada Eidul Adha ialah meleraikan ikatan diri dari semua kehendak syahwat, tuntutan-tuntutan yang sempit, rasisme warna kulit dan asabiyah, seterusnya memperdalam hubungan dengan Allah Yang Maha Esa serta mengaplikasikan pendekatan Islam yang bersikap wasatiah dan sederhana, sebagaimana yang diajarkan oleh Allah swt kepada Nabi Ibrahim as supaya tidak bergantung dan mengikat hatinya dengan apa-apa perkara termasuklah kepada anaknya, Ismail as.

Sesungguhya ikatan yang paling agung ialah ikatan dengan Allah swt, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Allah kepada kita supaya saling membantu dan bersatu serta menyatukan objektif umat Islam di bawah panji Islam.

Jemaah Ikhwanul Muslimin mengucapkan tahniah kepada umat islam seluruhnya atas kedatangan Eidul Adha al-Mubaarak, dan ucapan tahniah khas ditujukan kepada para muslimin yang terpenjara dan para syuhada’ di negara Mesir kita yang dicintai serta di segenap pelusuk dunia, para pelarian di luar Syria, para muslimin yang teraniaya di Burma, para muslimin yang terkepung di Palestin, dan seluruh manusia yang dizalimi di mana-mana bahagian pelusuk bumi.

Maka semua ini mengesahkan bahawa sesungguhnya titik tolak kepada semua perkara ini ialah pemikiran, dan perkara tetapnya ialah aqidah, terbina dalam bentuk asas kepada kesatuan umat Islam yang syumul.

Sesungguhnya risalah kita yang paling utama ialah kesatuan Islam kepada segenap individu, keluarga, masyarakat dan kerajaan Islam, semata-mata untuk kemenangan seluruh para muslimin di seluruh dunia, malah lebih daripada itu, kepada kesatuan dan penyertaan bersama seluruh masyarakat dan tamadun yang berpegang kepada prinsip keamanan -yang mana ianya antara kewajipan Islam- juga yang berpegang kepada prinsip keadilan sosial, menolak kezaliman, dan menjulang nilai hak-hak manusia.

Maka, kepada para jiwa yang merdeka di seluruh dunia, tiada jalan untuk keluar dari dilema yang dihadapi umat ini kecuali dengan kesatuan Islami Sunni hakiki, yang terbina di atas hubungan partisipasi sempurna dalam menghadapi pelbagai risiko yang dihadapi oleh umat Islam.

demo-mesir

Kepada para warganegara Mesir yang merdeka, tiada jalan untuk memecahkan rampasan kuasa oleh askar yang melampaui batas, yang telah menyerang menzalimi dan menyeksa bangsa Mesir secara keseluruhannya dengan setiap komunitinya kecuali dengan penyatuan nasional yang sebenar, terbina di atas partisipasi yang sempurna, tanpa pengasingan dari mana-mana pecahan, kumpulan, atau komuniti.

Maka ayuhlah kita bersatu di atas nama negara yang hakiki, terbina di atas projek nasional berasaskan ke arah pemembinaan negara yang bebas dan adil, disertai dengan kepimpinan madani yang sempurna, bukannya kepimpinan ketenteraan mahupun dari kumpulan tertentu.

Kita memohon kepada Allah agar menyatukan umat kita ini dalam kebaikan dan jalan yang benar, dan mengumpulkan semua penduduk negara kita ini dalam kebebasan, keadilan dan keamanan, dan mengumpulkan saudara muslimin di atas kalimah yang sama untuk menegakkan agama ini di dalam diri mereka dan juga negara mereka.

Salam Eidul Adha, semoga umat Islam kita dalam keadaan baik, semoga yang terpenjara akan terbebas, semoga para syuhada’ kita dapat dikembalikan haknya, dan semoga para penzalim akan dikembalikan kepada mereka kezaliman yang telah diperbuat.

(إِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاعْبُدُونِ (الأنبياء: 92

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agamamu semua; agama yang satu danAku adalah Rabbmu, maka beribadahlah kepada-Ku”

والله أكبر ولله الحمد

الإخوان المسلمون – القاهرة

الأحد التاسع من ذي الحجة 1437ه‍

11 سبتمبر 2016م

 

Sumber Asal : Ikhwanonline.info

Diterjemahkan oleh Team Pena Shariah, Unit Pelapis, JK Ulama Ikram  :

  1. AimanAbd Rahim
  2. AsmaTajulArifin

Artikel Yang Berkaitan :

 

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply