Kenyataan Media Rasmi oleh Jurucakap Media Ikhwan Muslimin

0
66
views

2e0908ad4805bfa06fe75370efb38ba0_xl

Allah s.w.t berfirman maksudnya:

“Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.”
( Al-Baqarah : 114 )

Dalam kebisuan dunia yang sangat dahsyat, Zionis meneruskan keangkuhan mereka dengan cara menambahkan lagi serangan berterusan dan berulang kali ke atas Masjid Aqsa yang diberkati, dan Al-Quds As-Syarif. Kadangkala serangan mereka berbentuk pencerobohan di kawasan yang ditakluk Zionis, kadangkala dengan melakukan gangguan, memenjarakan, mengusir, atau membunuh para murabitin (mujahidin yang mengawal dan mempertahankan) masjid Aqsa lelaki dan perempuan, menghancurkan rumah-rumah, menghalau rakyat Al-Quds yang sepatutnya hidup bebas di tanah air mereka.

Semua itu merupakan polisi Zionis yang ganas dan ekstrem. Kesombongan mereka yang meluap-luap telah sampai kepada usaha untuk menguatkuasakan pos-pos pendudukan, dan menguatkuasakan undang-undang menghalang azan di laungkan di Masjid Aqsa dan menjadikannya sebagai suatu kesalahan jenayah. Larangan ini tidak terhad di masjid Aqsa sahaja, malah merebak ke semua masjid-masjid di Baitul Maqdis. Maka, dalam suasana keangkuhan serta keganasan mereka yang semakin meningkat, kami ingin mempertegaskan beberapa perkara seperti berikut :

Pertama : Jamaah Ikhwan Muslimin menyeru semua rakyat Palestin yang merupakan satu bangsa yang berterusan dalam perjuangan agar menolak jenayah yang keji ini dengan meningkatkan kawalan di Masjid Aqsa yang diberkati, dan menyemarakkan lagi semangat intifadhah demi membebaskan Al-Quds yang diberkati.

Kedua : Entiti Zionis yang menunjukkan penentangan mereka sehingga ke tahap tidak sanggup mendengar suara azan dilaungkan, adalah menjadi bukti bahawa konflik antara zionis dan rakyat palestin adalah konflik kewujudan, bukan konflik sempadan. Justeru, tidak ada cara lain untuk berhadapan dengan mereka melainkan melawan mereka dengan tegas dan berani. Rundingan dan pelan damai dengan mereka tidak pernah membuahkan sebarang hasil.

Ketiga : Kami menyeru kerajaan Jordan untuk menggalas tanggungjawabnya dengan memberikan tekanan ke atas Zionis agar menghentikan semua perancangan dan tindakan jahat mereka. Kami juga merayu kerajaan Jordan agar menutup kedutaan Israel yang tidak pernah menghormati sebarang perjanjian dan persepakatan. Sebaliknya mereka hanya mengamalkan polisi Nazi ke atas rakyat Palestin yang terus berjuang demi mempertahankan hak mereka.

Sesungguhnya Jamaah Ikhwan Muslimin menyeru pertubuhan-pertubuhan serta Bangsa Arab Islam agar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menangani isu ummah yang utama, iaitu mendepani keangkuhan penjajah Zionis serta pencerobohannya. Al-Quds benar-benar sedang meraung memanggil kita. Maka menolongnya adalah satu kewajipan walau dengan apa cara sekalipun.

Jurucakap Media Ikhwanul Muslimin
Muaz Abdul Majid Al-Khuwalidah
Amman, Jordan
17/11/2016

Diterjemahkan oleh:
Team Terjemahan Pena Syariah

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply