Kerana Ego Itu Rahsia Jiwa

2
227
views

Kerana Ego Itu Rahsia Jiwa

Jiwa yang dekat dengan Allah akan cuba menjauhi ego.

 

Ya sukar untuk elak bukan?. Sememangnya sukar kalau kita sekadar mengelak bukannya mencantas.

 

Syaitan itu pandai dan bijak membuat helah. Akan di beri nafsu kita berjuta juta lemon pilihan untuk ke neraka.

Dan ego salah satu cabang besarnya. Ianya yang menjadikan Qabil sanggup membunuh adiknya. Membuatkan Abu Lahab mengherdik anak saudaranya, Nabi yang mulia.

Menyebabkan ayah sukar menerima nasihat anaknya.

Menyebabkan berdesingnya telinga kita sampai kejiwa tatkala dicabar kredibiliti kita di cabar oleh manusia yang bernama sahabat fillah.

 

Jadi ego ini perlu di cantas. Cantas habis habisan. Sebab kalau tak ego yang ada akan bercambah dan bertambah dnegan punca² ego yang selainnya.

 

Bagaimana caranya? Lihatlah surah Al Aaraf ayat 200 hingga 201.

 

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). 

 

Bunyi mudah bukan. kembali pada Allah.

 

Benar, hanya dengan kembali padaNya.. kita mampu mencantas ini kasi flat habis. Sebab Allah pegang hati kita. ego ini penyakit hati. Memang macam² kita boleh lakukan berlapang dada dan sebagainya, tapi kalau pada pemiliknya kita tak minta especially dengan benda yang subjektif macam hati nih..memang payah sebenarnya.

 

Jadi kembali pada Allah sebenarnya. dalam solat tawadhukkan diri, dalam beribadah jangan rasa diri ssudah baik, amalan sudah cukup walaupun sekelumit rasa.

 

Katakan pada saya satu perkara, jika kita memberi nasihat, adakah pernah kita meminta orang membalas dengan terima kasih. Adakah ada rasa untuk kita nih perlu di hargai. adakah kita rasa orang menerima nasihat sebab kita. Adalah kita pernah ada tanggapan pada seseorang tatkala sedang memberi nasihat padanya. Nasihat ynag saya maksudkan bukan sekadar nasihat dimulut, tapi ketika kita melalkukan sesuatu perbuatan. Apa sahaja, termasuklah perbuatan kecil macam , berjalan ke pasar ,sedang membeli baju, bergaul dengan manusia, sedang makan, sedang tidur malah sedang berbuat kerja.. Jika ada, segeralah bertaubat..anda sedang menuju kekandang keegoan. Jangan terjerumuskan diri. Kerana ego itu bahaya, dia akan membutakan mata, mentulikan telinga dan menyebabkan hati terpadam dari melihat kebenaran, hidayah serta petunujkNya.
Allah. jiwa yang bercakap ini pon masih lemah dalam hal ini. jangan jadikan diri ini golongan munafik dan juga golongan yang terjarumus dalam kancah penyakit hati ini.
Aku berlindung daripada segalanya denganMu ya Allah.
Moh sama² kita cantaskan ego yang berbekam di jiwa itu.
allahualam
Penulis : Nadiah May

Blog Penulis : ichbinmae.blogspot.de

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

2 COMMENTS

Leave a Reply to hira Cancel reply