Kerana Kesibukan, Masjid Kita Lupakan

0
135
views
masjid lama dan usang
kredit

Terdapat sebuah masjid di satu kampung. Tidaklah begitu besar dan tidaklah begitu mewah. Bangunannya sederhana, tidak sehebat masjid-masjid di bandar. Usia masjid tersebut sudah mencecah puluhan tahun. Hanya sedikit ubah suai di bahagian atap dan sedikit baik pulih pada bahagian kubahnya.

Masjid itu selalu tampak sepi. Desa yang cukup luas dengan penduduknya yang berjumlah ratusan hanya diwakili satu masjid sebagai tempat ibadah. Agama mereka tentu sahaja majoritinya Islam.

Apabila tibanya waktu berkumandangnya azan subuh oleh seorang lelaki tua yang usianya melebihi separuh abad, dengan suaranya yang serak-serak memecah keheningan pagi dengan harapan para jamaah akan datang berbondong-bondong.

Namun sungguh sangat terkilan kerana jemaah yang hadir cuma segelintir manusia. Satu saf pun jauh dari penuh.

Hanya tiga, empat orang dan jika mencapai lima orang itu sudah dikira cukup luar biasa. Tambahan pula mereka yang hadir umur mereka sudah mencecah atas 50-an.

Persoalannya mana mereka yang lain?

Di mana orang muda?

Tidakkah mereka mendengar suara azan di telinga mereka? Atau kemungkinan mereka terlalu sibuk disiang hari sehingga rasa sayang untuk tinggalkan tilam yang empuk itu? Allah memanggil solat pada waktu subuh tetapi mereka lena dibuai mimpi.

Apabila tiba pula waktu zuhur masjid bergema lagi untuk memberitahu telah masuknya waktu solat zuhur. Jemaah yang hadir boleh dikira dengan jari sebelah tangan.

Alasan mereka cukup mudah iaitu sedang bekerja.

Masjid bergema lagi pada waktu asar menandakan waktu asar telah tiba. Kali ini mereka beralasan mahu pulang daripada kerja yang meletihkan dan memerlukan rehat sebentar. Akhirnya Allah diabaikan.

Saat tibanya solat maghrib masjid usang itu masih tidak jemu memanggil mereka para penduduk kampung dengan suara azan.

Mereka tetap enggan meninggalkan pekerjaan mereka. Waktu itulah nak belajar, waktu itulah nak buat persediaan untuk pekerjaan esok pagi dan alasan-alasan lain.

Masjid usang itu masih menunggu mereka untuk menunaikan solat isya’. Jemaah yang datang masih tetap orang yang sama. Dimana mereka yang lain?

Tidur kerana esok harus bangun awal pagi untuk bekerja.

Masjid usang itu akan menjadi saksi mereka yang membuat seribu alasan sehingga lalai mengunjunginya.

Ketika solat jumaat jemaah muslimin yang hadir hanya cukup untuk mengisi satu saf saja. Tidakkah juga mereka mengetahui kewajipan solat jumaat?

Sedangkan Allah menanti mereka di sana. Menanti doa hamba-hambanya.

Apakah mereka sudah lupa dengan Tuhannya?

Artikel Yang Berkaitan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply