Kerana Lelaki Pakistan Ini, Google Menukar Logonya Hari Ini. Apa Sebabnya?

1
3
views
e54785efcb6f4772a908d8aeae60001c_18
Abdul Sattar Edhi

Hari ini genap 89 tahun umur Abdul Sattar Edhi sekiranya beliau masih hidup (beliau telah meninggal tahun lepas). Seorang yang berjiwa besar dalam usaha membantu masyarakatnya.

Beliau telah mengasaskan jaringan sukarelawan ambulan yang terbesar di dunia. Edhi Foundation yang mempunyai lebih 18000 ambulan di seluruh pelusuk Pakistan itu, telah memecahkan rekod Guinness World Records sebagai jaringan sukarelawan ambulans terbesar di dunia. 

Tidak seperti kebanyakan individu yang hanya membuat kerja kebajikan apabila sudah kaya, Abdul Sattar telah memulakan usaha mulianya itu sejak beliau berusia 20 tahun lagi. Ketika itu beliau hanyalah seorang yang saangat miskin melarat di Karachi, salah sebuah bandar besar di Pakitan.

Lebih menakjubkan, Edhi Foundation telah berjaya menjana dana sebanyak USD 100,000 untuk membantu mangsa bencana Taufan Katrina pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

dacf922338834d0687d126a964f90db9_18
Google menukar logonya di United States; Iceland; Portugal; Australia; New Zealand; Japan; Estonia; UK; Denmark; Ireland dan Pakistan sebagai tribute kepada Abdul Sattar Edhi.

Hari ini, sempena memperingati dan mengangkat jasa besar pengasas Edhi Foundation itu, Google telah mengubah logonya kepada doodle dan ilustrasi Edhi Foundation.

Pada waktu yang sama Edhi Foundation juga menerima banyak sumbangan dari pelbagai tempat. Dia kemudiannya menggunakan dana tersebut untuk membantu semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang agama.

Ada sebahagian orang yang bersikap prejudis terhadapnya, dengan mempersoalkan tindakannya yang membantu orang bukan Muslim (kerana Abdul Sattar seorang Muslim).

Beliau dengan sinis menjawab ;

” Ambulans-ambulans aku itu lebih Muslim dari kamu (yang mempersoalkan tindakannya). “

Beliau meninggal dunia tahun lepas (2016) kerana kerosakan buah pinggang. Walaupun ditawarkan untuk mendapatkan rawatan di luar negara tetapi beliau menolak dan memilih untuk dirawat di hospital kerajaan. 

Sumber Dari : Al-Jazeera English

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply