Kerana Mati Itu Pasti

0
78
views

Kerana Mati Itu Pasti

Kerana Mati Itu Pasti | Tahun ini tahun pertama saya berposting di hospital besar Kuantan ini. Setiap hari bermacam-macam ragam manusia dan “events” yang berlaku. Menjaga pesakit-pesakit yang bermacam latar belakang dan penyakit ini kadang-kadang terasa juga hendak mengeluh.

Masakan tidak, saya sendiri tak pernah membuat B.O (bowel open) untuk anak saudara yang sekecil 2 bulan tetapi masuk sahaja minggu pertama kena tukar pampers, mandikan mereka dan menolong mereka “qada” hajat. Menjaga pesakit yang kita sendiri tak pernah sangka diri sendiri akan buat. Melakukan perkara yang orang lain tak buat dan tak nak buat, satu kepuasan bila kita tahu rahmat Allah sedang mencucuri ke atas kita dan melihat pesakit tersenyum.

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah 2:82)

Kematian, benda yang biasa di hospital.

Hampir setiap hari ada sahaja pesakit yang meninggal dunia. Dan biasanya last office kami pelajar yang buat. Melihat jasad mereka yang sebelum ini kita jaga. Menolong mereka makan. Dengar mereka mengeluh kesakitan. Tukarkan pampers mereka. Sayu hati tika melihat jasadnya kini sudah terpisah dengan roh. Sudah bersedia bertemu dengan Pencipta. Terasa dekat dengan kematian. Dekat yang membuatkan kita kaget. Betapa Allah itu Maha Pengasih, Dia hanya meminta sebentar sahaja waktu untukNya. Sebagai balasannya, pelbagai nikmat dan kebahagiaan menanti di sana.

Saat melihat jiwa-jiwa yang berjuang melawan maut, yang mana jika ia menjemput tiada siapa boleh menolak, betapa mereka sedang tersiksa.

Sedangkan Nabi Muhammad yang maksum itu berkata ‘Sakitnya sakaratulmaut ini’, kita apatah lagi? yang bergelumang dengan dosa, rasa cinta terhadap dunia yg kadang-kadang melebihi cinta pada kehidupan abadi. Bagaimana sakitnya?

Diluar kelihatan tenang, tidak mengerang kesakitan. Jika adapun, sekejap sahaja. Mungkin saat itu mereka sedang bergelut menahan kesakitan. Meminta keampunan untuk segala dosa. Mungkin. Atau mungkin jiwa-jiwa yang berdosa masih ingkar dengan pertemuan abadi. Masih menolak untuk dihisabkan.

Kehidupan dunia hanya sementara. Begitu sekejap. 50 tahun dah mula ada penyakit, paling lama bertahan 80 tahun. Bertahan dengan ujian kesakitan yang membuak-buak, yang kadang-kadang terfikir, “mati lagi baik” tapi adakah kematian itu benar-benar menjadi “lagi baik”?

Masa muda ni, sangat berharga. Saat ini lah kita sihat, kita kuat, kita berupaya buat bermacam benda. Dan saat muda inilah waktu yg terbaik utk BERIBADAH. Kenapa?

Sebab nanti kita tua, kita tak dapat menjamin kesihatan yang kita ada sekarang kita dapat lagi ke tak. Daya kekuatan kita takkan sama dengan saat muda sekarang. We cannot stop aging process. This is Sunnatullah. Dan masa kita, jika pada masa sekarang yakni masa muda kita masih tak sedar diri bakal menjadi MAYAT, masih bergelumat dengan dosa yang kononnya muda hanya sekali, enjoy!, itu takkan menjamin keseronokan yang sebenarnya kerana kita semua akan tua, saat itu mulai kita sesali waktu-waktu yang kita telah sia-siakan. SANGAT MENYESAL.

Dan lebih menyesal jika pada saat tua jua kita ingkar dengan Allah atau tak sempat tua sudah menghadap bertemu Tuhan yang Maha Agung. Maka kita akan menjadi orang yang PALING MENYESAL di akhirat nanti. Sebagaimana Allah khabarkan dalam surah al-Maarij:

“Sedang mereka saling melihat. Pada hari itu, org yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dengan anak-anaknya, isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya dan orang di bumi seluruhnya, kemudian dia mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya. 
Sama sekali tidak! Sungguh neraka itu api yang bergelojak, yang menggelupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan orang yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta lalu menyimpannya.” (70:11-18)

Betapa menyesalnya jika hari itu, kita termasuk dalam golongan sebegitu. Nauzubillah. Singkat sangat waktu untuk kita korbankan berbanding dengan balasan yang selama-lamanya, sama ada syurga atau neraka. Bersabarlah wahai pendamba SYURGA. Syurga itu mahal harganya dan hanya mereka yang ditapis oleh Allah yang berjaya menetap di dalamnya. Namun, setiap kebaikan yang dibuat kerana Allah pasti akan ada jalan mudahnya. Masakan Allah tidak membantu hambaNya yang bersusah payah berkorban keranaNya.

Namun begitu, mengabdikan diri pada Allah bukanlah bermaksud kita menjadi orang yang pasif, tidak bergaul dengan orang kerana sibuk beramal. Rugilah orang yang berfikir sebegitu. Kerana Islam ini sangat masyuk dengan kita, khalifah muka bumi ini. Agama yang sempurna ini tidak akan bertentangan dengan fitrah manusia tetapi Islam menyalurkan kepada yang betul.

Bergaul dengan manusia dengan baik, menggembirakan orang lain, mengejar ilmu pengetahuan dan mengajak orang lain kepada kebaikan. Dan apabila kita bekerja, belajar sebenarnya waktu-waktu itu adalah satu rahmat Allah untuk kita andai kita lakukan ikhlas keranaNya tanpa perasaan ujub, riya’, takabbur dan sebagainya.

Allah sudah membuka jalan yang luas untuk kita beribadah padaNya, tetapi kita yang menyempitkannya dan menutup jalan kebaikan itu.

Jom kita bentuk peribadi Mukmin yang akan memasukkan kita ke dalam golongan kanan dan muqarrabin di akhirat nanti. Dan supaya nanti kita menjalani hari tua, kita mampu tersenyum melihat masyarakat muda yang mendapat tarbiah, yang tidak rosak akhlaknya dan mempu tersenyum gembira kerana kita salah seorang penyumbang tamadun tarbiah mereka. InshaAllah.

” Adapun orang yang kitabnya diberikan di kanannya maka dia berkata, ”Ambillah, bacalah kitabku (ini). Sesungguhnya aku yakin bahawa (suatu saat) aku akan menerima perhitungan terhadap diriku”.
Maka dia berada dalam kehidupan yang diredhai, dalam SYURGA yang tinggi, buah-buahannya dekat, (kepada mereka dikatakan) “Makan dan minumlah dengan nikmat kerana amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang lalu.” (Al-Haqqah 69:19-24)

Semakin hari semakin dekat dengan kematian. Salam muhasabah bakal-bakal jenazah.

Penulis : Anis Nur Al Basirah Zakaria

P/S : Sekiranya anda merasakan artikel  Kerana Mati Itu Pasti  bermanfaat,jangan lupa untuk klik SHARE dibawah.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply