Ketahui 3 Style Menghabiskan Bacaan Surah Al-Kahfi Pada Setiap Jumaat – Salwa Saleh

0
258
views

Assalamualaikum wbt

Umum kini lebih tahu berapa banyak kelebihan utk membaca Surah al-Kahfi di hari Jumaat.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib,

manfaat dan keutamaan membaca surat al-kahfi pada hari jumat

Jadinya saya nak share 3 cara yang saya biasa buat untuk memastikan saya sempat habiskan bacaan setiap hari jumaat.

STYLE 1: SLOW AND STEADY

Allah bagi masa 24 jam kot hari Jumaat. Jadi kita amik la kesempatan dengan membaca penuh kekusyukan. Ni cara yang saya paling gemar dan prefer buat untuk setiap minggu. Caranya macam ni:

Lepas magrib: Habiskan ayat 1 sampai 31. Dalam lingkungan 8 – 13 minit gitu la. Sebab kejap aje, makanya boleh la di sambung dengan membaca tafsir ayat supaya kita lebih memahami.

Sangat di galakkan tau! Ayat permulaan ni menceritakan tentang kisah Pemuda Kahfi

Lepas isya’ : Habiskan lagi dari ayat 31 sampai 59. Juga tak lama. Dalam 5 – 8 minit camtu. Tafsir nye berkisar tentang kisah kebun

Lepas Subuh: Yang ni kita baca daripada ayat 60 sampai la 82. Saya rasa dalam tempoh 8 – 13 minit. Sebab ayat lepas ayat ke 60 tu kebanyakannya pendek belaka. Ni kisah tentang Nabi Allah Musa dan Nabi Allah Khidir

Lepas Dhuha/Sebelum Zuhur: Baca ayat 83 – 110. sangat kejap. Tak sampai 10 minit. Cerita tentang iskandar Zulkarnain.

Kelebihan STYLE 1 ni, anda akan tenang dan rasa best habiskan surah kahfi. Siap boleh baca terjemahan mengikut kisah dan chapter masing2.

STYLE 2: PLAY SAFE

Yang ni biasanya kalau dah ade jadual lain malam jumaat tu. contoh ade usrah ke, kuliah ke atau ade urusan lain kan, so lepas isya tu tak dapat nk baca, jadi kita buat camni:

Lepas maghrib: baca dari ayat 1 – 40
Lepas subuh: baca ayat 41 – 70
Selepas dhuha: baca ayat 71 – 110

Kebiasannya sebab tak cukup masa baca tafsir so pecahan ni just ngam2 utk setiap time tu baca dalam linkungan 10 minit.

STYLE 3: EXPRESS RAKYAT

Ni saya rasa paling banyak orang perlukan. Especially kalau yg jenis tak boleh nk konsisten sangat. Elok cuba je la yg ni.

Caranya?

Tutup Wifi, Off Data Plan, Mute kan HP, Pegi apps Quran, baca dan habiskan SEKALI HADAP!

Siap!

Masjid-Ubudiah-wb

Sangat efektif kan? Kompem la habis baca. Takde nak scroll FB ke, WA ke, Twitter ke. Kalau kata takde masa kat rumah, Style Express rakyat ni sangat sesuai buat sebelum solat Jumaat untuk kaum lelaki tu. Pi masjid awal dan habiskan.

Yang perempuan, tunda sekejap hasrat shopping kt Sogo atau jalan TAR, habiskan kahfi dulu!

Sekian,

Selamat mencuba!

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply