Khaulah Al Azwar: Semangat Kepada Kaum Lelaki

0
5
views

khaulah al azwar

Khaulah al azwar | Para mujahid yang lain tertanya-tanya.Siapakah gerangan penunggang kuda itu.Gayanya penuh keberanian. Seolah-olah shahid itu merupakan satu tujuan yang pasti.Bahkan Khalid Al-Walid sendiri begitu terpegun dengan ‘mujahid’ bertopeng ini.

Perang pun bermula.Kekuatan tentera Rom bukan sembarangan.Dalam konteks dunia moden,mereka seperti Amerika,sedang melawan sebuah negeri kecil.Mungkin Perlis.Tetapi ia tidak menggentarkan mujahid ini.Ia terus memacu kudanya,membelah barisan ketenteraan musuh,menembusi hingga ke tengah pasukan musuh lalu mengucar-kacirkannya.Sahabat sekali lagi terpegun.Sang mujahid bermandikan darah,dikepung musuh,tetapi tidak menampakkan tanda-tanda berundur.Keberaniannya menjadi sebutan tentera muslimin.

‘siapakah kamu?tunjukkanlah mukamu itu’ tanya Khalid al-Walid.

Sang mujahid terus berlalu pergi,tanpa melayan permintaan Khalid al-Walid.Dia lantas dimarahi kaum muslimin.Mereka begitu ingin tahu siapakah gerangan di sebalik topeng itu.

‘Aku ialah Khawlah binti Al-Azwar.Adik perempuan kepada Dirar bin al-Azwar.Aku bukannya hendak berlaku biadap pada pemimpin, tapi aku ingin memelihara kehormatanku dengan tetap mengenakan niqab ini’

Itulah Khawlah.Wanita idaman Peter,adik general tentera Rom.Orang kata,pakej lengkap.Cantik.Tetapi iman menjadi penghias kepada kecantikan itu.Namun Islamnya itu tidak menghalang ia melakukan jihad;perbuatan yang sentiasa dikaitkan dengan lelaki.Bahkan ketika satu peperangan yang lain,bersama-sama wanita dari kabilah Himyar,wanita Islam menggesa Khalid meletakkan mereka di hadapan barisan jihad.

Kisah Khawlah begitu menarik minat saya.Cantik,tetapi menjaga kehormatan. Menjaga kehormatan, tetapi melakukan kerja-kerja lelaki (perang). Demikianlah Islam, menggilap sisi terbaik manusia.Ia sama sekali tidak menenggelamkan potensi. Ia sama sekali tidak menyebabkan kemunduran.

Unik bukan?

Saya petik kisah ini dari buku The Conquest of Syria karangan Imam Waqidi (ulama hadis). Dan rasanya selain kisah Dirar (abang khawlah), kisah ini benar-benar membangkitkan himmah saya. Bukan kerana digambarkan Khawlah itu cantik. Tapi bagaimana satu kaum (wanita), yang sentiasa dianggap lemah di mata kaum lelaki; begitu gigih mencari redha Allah,walaupun tidak memiliki kekuatan fizikal seperti kaum lelaki. Subhanallah. Moga kisah ini membangkitkan himmah para lelaki di luar sana.

Umar Abd Aziz

dakwat.org

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply