Kisah Itsar: Dinner apa malam ini?

0
3
views

Kisah Itsar: Dinner apa malam ini?

 

kisah itsarKisah Itsar: Dinner apa malam ini? | Ni sebuah kisah benar yang berlaku di satu tempat di United Kingdom

Time tu dah malam, weekend… Exam dah dekat, jadi malam tu semua orang sibuk study dan takde siapa yang masak malam… Jadi Mad (bukan nama sebenar) pergi ke dapur dan tengok apa yang ada… Hanya tinggal dua ketul ayam tomyam baki makanan semalam…

Maka Mad berkata kepada Meon (bukan nama sebenar), “ayam ada dua ketul je, how?”

Meon hanya mendiamkan diri

Kemudian tiba-tiba Meon keluar untuk menghantar dobi dan pulang dengan membawa pulang sebungkus makanan. Dia melakukannya supaya housematenya yang lain dapat makan nasi dan lauk yang tinggal, tak perlulah yang lain perlu keluarkan duit membeli makanan

Mad kemudian pergi bertanya kepada Ramli (bukan nama sebenar) di dalam biliknya… “Ko dah makan ke belum?” Ramli kembali bertanya, “Dah nak makan ke?”… Mad menjawab “Owh tak, tanya je, sebab yang ada cuma tomyam semalam je”, Ramli kemudian membalas “Owh takpelah, biar aku makan roti jelah”

“Eh, takpelah, sebab aku memang nak keluar pun” Mad membalas, dia tak nak sahabatnya cuma makan roti je sebagai dinner…

Ramli kembali menjawab ”Eh takpe2, sebab aku memang kena habiskan roti ni, dah nak expired dah pun”…. Mad mendiamkan diri dan turun ke bawah

Di dapur, kelihatan Yusry (bukan nama sebenar) pula tengah memanaskan tomyam untuk housematenya makan, Mad pergi melihat ke periuk nasi dan mendapati nasi yang tinggal hanya cukup untuk seorang makan… Yusry kemudian bertanya “Ramli makan apa malam ni?” Mad menjawab “Dia cakap nak habiskan roti dia yang dah nak expired”

Mad kemudian terus naik ke biliknya dan mengambil kunci untuk keluar membeli makanan, Meon lantas menegur Mad, “nak pergi mana?”

“Keluar beli makanan?” Mad menjawab….

“Baik pergi dengan aku je, nanti aku pun nak keluar (dengan kereta) untuk ambik dobi.. Tapi bukan sekarang arr, kejap lagi, sebab nak tunggu dobi aku habis siap dulu”, Meon memberi cadangan..

“Owh okay =)”

Sementara tunggu masa untuk dobinya siap, Mad duduk mengadap laptopnya… Tiba-tiba datang Yusry dan bertanya “Eh ko nak makan nasi tu ke? Aku dah makan dah petang tadi, so cam tak lapar sangat pun, okay je kalau aku makan ayam sahaja pun malam ni”

Mengetahui sikap Yusry yang memang suka ithar kepada kawannya yang lain, Mad menjawab “Eh, takpelah, aku memang dah nak keluar dengan Meon dah lepas ni untuk beli makanan :)”

Dan kemudian Meon pun membawa Mad ke kedai, menunggu Mad membeli makanan dan akhirnya mereka pulang ke rumah dan sambung study…

Itulah kisah itsar pada sebuah malam yang sejuk di sebuah RI di United Kingdom ketika menjelang musim peperiksaan….

 

 

“Setinggi-tinggi ukhwah adalah itsar (melebihkan saudaranya) dan serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada”
(Imam Hassan Al-Banna)

“Tidak sempurna iman seseorang sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”
(Hadith 41 Imam Nawawi, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

dakwat.org

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply