Kisah Sebenar Di Sebalik Sujud Sajdah Dan Kaitannya Dengan Burung Hud-Hud

0
37
views

Baginda Nabi melakukan sujud SAJDAH selepas baginda TADABBUR ungkapan burung Hud-Hud (ayat 26) yang di “terjemah” kan sendiri oleh Allah Azza wa Jalla ke dalam bahasa Arab di dalam surah al-Naml.

Besar makna ungkapan Hud-Hud ini kepada manusia yang sudi berguru dengan binatang sekerdil semut dan Hud-Hud.

Sujud (Sajdah) Wallpapers (2)

Jika Malikatus Saba’ (Permaisuri Saba’) itu masih hidup dan boleh memahami bahasa Arab lalu diberikannya al-Quran dan dibacakan kepadanya surah al-Naml, saya percaya beliau adalah individu kedua selepas Rasulullah yang akan melakukan sujud Sajdah!

Sujud Sajdah beliau mungkin sujud yang tidak bangun-bangun kerana tiada perkataan boleh menggambarkan perasaan takjub dan kagumnya pada tepatnya segala rekod dan catatan Allah yang memperihalkan mengenai dirinya!

Sujud yang mengalir air mata menginsafi bagaimana Allah merakamkan ucapan beliau dengan sangat terperinci dan kisah peralihannya dari seorang musyrikah kepada mu’minah!

Malikatus Saba’ tidak pernah menyangka adanya “CCTV” yang merakamkan segala ucapan dan segala perilakunya sepanjang memimpin Saba’.

hoopie1

Jika itu berlaku kepada beliau, ia juga sedang berlaku kepada kita SEKARANG.

Malikatus Saba’ tidak sempat membaca ceritanya sendiri di dalam al-Quran ribuan tahun selepas kewafatannya.

Kita yang berkesempatan mengikuti ceritanya di dalam al-Quran juga tidak akan sempat membaca cerita kita sendiri dalam rekod catatan Allah yang akan diberikan di padang Mahsyar nanti.

Segala perbuatan kita sedang dirakamkan oleh tentera Allah seperti Hud-Hud. Segala ucapan kita sedang dirakamkan oleh tentera Allah seperti Raqib Atid.

Semoga kita menerima buku rekod catatan kita dengan tangan kanan sebagaimana surat Sulaiman bertulis Basmalah itu sampai ke tangan Malikatu Saba’.

Sumber  Asal : Facebook Ustaz Syaari Abd Rahman

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply