Kita Adalah Agen Pengubah !

1
94
views

kita adalah agen perubahan

Nota editor : Artikel asal ini telah ditulis oleh tuan Inche Faris pada halaman FB beliau disini. Kami telah minta izin beliau untuk dikongsikan pada pembaca QuranicGen untuk sama-sama kita ambil manfaat.

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Saya rasa post / penulisan berkenaan “belang sebenar UIA” yang katanya ditulis oleh student Master telah terviral luas di alam maya.

Maka saya nukilkan penulisan ini sebagai respon kepada penulis post tersebut.

1) Expectations yang terlalu tinggi.

Saya pun meletakkan expectation terhadap UIA sebelum SPM. Tapi tidaklah terlalu tinggi, walaupun sebelum mendaftarkan diri di sini, memang ramai yang cerita UIA ni ala-ala zaman khilafah.

Then bila masuk, barulah saya tahu UIA tidaklah sesoleh yang saya sangka.

Bila nak pi tandas, mesti kena lalu asap-asap rokok dan bau yang tidak enak. Ramai juga yang memakai seluar pendek.

Ada suatu masa tu, ternampak sister nak balik naik kereta. Masuk-masuk dalam kereta, terus buka tudung. Waktu itu, terkejut juga tapi hanya mampu tunduk ke bawah, sedih.

Ikhtilat berleluasa? Itu memang tidak dapat dinafikan. Ramai ja “ostad ostajah” yg berikhtilat atas nama dakwah dan meeting. Apatah lagi golongan selain mereka. Hingga akhirnya masalah ini membawa kepada berdua-duaan.

Nak kata sedih, memang terlalu sedih hingga kadang tu boleh nangis dan tidak lena tidur malam.

Tapi itulah realiti. Dan kita perlu terimanya sebagai batu loncatan untk terus berdakwah. Heee

2. Dimanakah badan-badan dakwah?

Dimanakah mereka?

Adakah mereka berselindung disebalik meeting-meeting dakwah dan kebajikan tanpa melakukan kerja-kerja pengislahan dalam kampus?

Tidak. Mungkin ada segelintir, tapi bukan semua.

Berdasarkan pengalaman dan kajian saya (merujuk senior dn membaca artikel), badan-badan dakwah ini telah menghidupkan usaha-usaha mereka hampir setiap minggu!

Sebagai contoh, usrah.

Usrah ni sebenarnya, telah menghidupkan hati-hati student yang hampir-hampir kering dan mati. Saya menyaksikannya sendiri.

Ramai yg mula meluahkan masalah-masalah mereka (berkapel, merokok dll) kepada naqib/naqibah & rakan-rakan usrah mereka.

Dan akhirnya, ramai antara mereka mula berhijrah dan dan yang paling osem, mereka mula membawa usrah. Wahh!

Ada juga daie-daie kita yang berdakwah melalui program umum seperti bedah movie, berbuka puasa dan qiamullail (mabit), rehlah ke Taman Asia Jaya, dan juga daurah.

Dan alhamdulillah, mereka ini dikumpulkan dalam satu kumpulan dan dijaga dengan baik dan rapi.

Semakin lama semakin ramai pula yang tertarik untuk join.

Dan saya nak bagitahu, mereka ini dahulunya bukanlah “golongan syurga” seperti yang anda maksudkan.

Jadi, jangan pernah kata badan dakwah/ NGO ini tidak melakukan kerja / melakukan kerja mereka sambil lewa. Anda tidak tahu berapa banyak masa yang telah mereka korbankan untuk menarik manusia masuk syurga.

Mereka inilah badan-badan yang inshaAllah, bukan hanya mementingkan diri sendiri bahkan mereka mengorbankan segalanya untuk melihat manusia kembali kepada Tuhan!

3. Kita?

Sekarang, persoalannya adalah, dimana kita?

Adakah selepas kita lihat kemungkaran dan maksiat ini berleluasa, kita masih di atas katil sambil meminum air mesin gedegang dan menyalahkan pelbagai pihak?

Tidak sepatutnya begitu.

Kita sepatutnya keluar dari zon selesa, terjun dalam arus mahasiswa tanpa kita terikut-ikut mereka.

Kita cuba sedaya mungkin untuk menyentuh hati mereka yang mungkin, telah lama tidak disentuh dengan nilai-nilai islam.

Kita sendiri yang pergi approach mereka, belanja mereka dinner, tengok movie dalam bilik bersama-sama, beriadah bersama,dalam masa yang sama kita menjaga akhlak kita.

Cuba buat setiap hari. InshaAllah, suatu hari nanti mereka akan rapat dengan kita dan mula menceritakan masalah mereka kepada kita.

Momen itu adalah peluang kita untuk menyuntik kemanisan iman dalam hati mereka.

Jika kita makan disebuah restoren yang masakannya sangat sedap dan lazat menjilat jari, mesti kita akan share dgn family and friends, right?

Begitu jugalah dengan kemanisan iman.

Iman yang kita rasai kemanisan dan kelazatannya, tentu kita nak share dgn orang lain, bukan?

Teruskan berusaha, dan cuba bantu untk menjayakan program2 dakwah yg dianjurkan oleh society dan club.

Mungkin usaha ini memakan masa yang lama untk menjadikan setiap student UIA benar-benar beriman, tapi renungilah peribahasa “sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”

Dan ingat, tika manusia lemas dalam lautan kejahilan, kita adalah pulau yang akan menyelamatkan mereka.

Inche Faris.
Student IRK.
CFS IIUM.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

  1. btol tu!!! stuju… mslhnye skrg mmg kite… kitela yg spatotnye same2 ajk kwn ke arah kbaikn… lg2 penghfz quran yg mgkin rmai yg akn rujuk pd mereka tntng prmslhn yg brkaitn dgn alquran…

Leave a Reply