“Kita belum benar-benar kenal seseorang itu melainkan setelah bermusafir dengannya”. – Ust Kamilin Jamilin

0
1364
views

Benar kata ‘ulama :

“Kita tidak akan benar-benar mengenali seseorang itu melainkan setelah bermusafir dengannya”.

Kerana safar (سفر) itu dari sudut bahasa bermaksud “menonjol” seperti firman Allah:

وَالصُّبْحِ إِذَا أَسْفَرَ

Iaitu: “Dan waktu subuh apabila ia (menonjol) terang berderang” [al-Muddaththir: 34].

Kata ulama:

“Mengembara dinamakan sebagai safar, disebabkan permusafiran membongkar serta menonjolkan karakter, sikap dan akhlak seseorang, kerana ketika itu bermacam cabaran dan kesukaran yang dilalui bersama”.

Justeru hakim/qadhi dahulu bila menerima tazkiah (recommendation) atau kritikan seseorang terhadap seseorang, mereka akan bertanya kepadanya:

“Adakah kamu pernah bermusafir dengannya?”.

Jika jawapannya tidak, maka mereka akan berkata kepadanya:

“Jika begitu, kamu belum benar-benar mengenalinya!”.

 

Artikel Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply