Kita Pewaris Dakwah! – Lutfhi Yusri

0
81
views

38pendakwah-bukan-hanya-penceramah

“ Barangsiapa ingin mutiara, harus berani terjun di lautan yang dalam “

Harini kita meneliti dan melihat bahawa islam ditafsirkan oleh sebahagian manusia dalam pelbagai makna dan erti.

Harini juga kita melihat bahawa masyarakat seperti tidak keruan , hidup dengan penuh dosa dan noda, mempergunakan agama demi kepentingan peribadi , terlalu mudah terpengaruh dengan hiburan duniawi secara ekstrem dan pelbagai lagi. Kalau disenaraikan pasti takkan henti.

Harini kita melihat keadaan pemuda pemuda kita kian lena dibuai mimpi , kian lena dibuai mentari mati dan kian lena dengan hal sendiri yang akhirnya tidak membawa makna apa apa dalam kehidupan mereka. Kita harus cakna dan sedar akan kepentingan membina peribadi seorang muslim yang unggul untuk memenuhi tuntutan agama yang besar dan berat.  

Seorang muslim yang unggul itu seharusnya memenuhi dan memahami keperluan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pendakwah yang melakukan amar maaruf dan nahi mungkar.

Seperti firman allah :

لْتَكُنْمِنْكُمْأُمَّةٌيَدْعُونَإِلَىالْخَيْرِوَيَأْمُرُونَبِالْمَعْرُوفِوَيَنْهَوْنَعَنِالْمُنْكَرِوَأُولَئِكَهُمُالْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran : 104)

Abul A’la al-Maududi menjelaskan: bahwa tujuan yang utama  ialah untuk membangun kehidupan manusia di atas dasar ma’rifat (kebaikan-kebaikan) dan membersihkannya dari hal-hal yang maksiat dan kejahatan-kejahatan. Ketahuilah bahawa amar maaruf nahi mungkar adalah kunci kejayaan umat .Ia juga merupakan asas yang paling mustahak dalam menjayakan misi islam. Tidak boleh tidak semua msulim harus menunaikan amanah ini.

Sekiranya waktu zaman Nabi SAW dahulu, tatkala baginda bermunajat dan beruzlah di gua hira, baginda melihat kaumnya dalam keadaan kesakitan, penuh jahilliyah dan rosak. Seandainya Nabi SAW hanya berdiam diri, saya yakin bahawa ISLAM takkan sampai pada hari ini. Jika Nabi SAW tidak bersungguh sungguh dalam dakwahnya       (amar maaruf nahi mungkar) pasti kita tidak akan mengecapi nikmat iman dan islam.

Jadi, ayuh kita menyahut seruan ini. Terus sampaikan Islam kepada semua orang. Binalah peribadi muslim yang ideal untuk menjadi qudwah kepada masyarakat, bangkitkanlah jiwa pemuda yang kian luntur. Bangkitkan jiwa Musaab Umair yang sangggup mengetuk kesemua pintu orang madinah semata mata untuk sampai agama ini . Bangkitkan jiwa Khalid al Walid yang hebat dalam ketenteraan dan membuat strategi dan sahabat sahabat nabi yang lain.

Percayalah, Kita semua menjaga penjuru penjuru islam, kalau kita abaikan maka kita sendiri yang merosakkan agama yang sangat mulia ini

We are Preachers , Not Judges

Luthfi Yusri

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply