Penerangan Mudah Apa Itu Konsep Syura

0
98
views

Mungkin ada yang tidak terbiasa dengan konsep syura ataupun tidak pernah dengar pun perkataan syura. Apa benda tu?

Syura adalah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud amalan bermesyuarat.

konsep syura
kredit

Satu proses komunikasi yang mengandungi perbincangan, percambahan fikiran, pertukaran maklumat dan pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.

Dalam Islam kepentingan syura adalah sangat signifikan sehinggakan di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang bernama Surah As-Syura.

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.
(Surah asy-Syura :43)

Bercakap tentang konsep syura atau bermesyuarat, kita pasti akan terbayang ia hanya melibatkan mereka yang bekerja dan belajar sahaja.

Tetapi hakikatnya dalam kehidupan seharian kita semua telah pun mengamalkan syura.

Contohnya, dalam memilih jodoh sebelum berkahwin, kita pasti akan bertanya pendapat keluarga dan rakan terdekat.

Kerana ia adalah satu keputusan besar yang perlu dibuat dengan bijaksana. Ini merupakan satu bentuk syura.

Contoh ringkas pengamalan syura


Ketika mana, kita hendak membeli kereta, pasti kita akan dapatkan maklumat dan bertanya mereka yang arif tentang kereta sebelum membelinya.

Sang isteri apabila sebelum menyediakan makan malam, kadangkala akan meminta pendapat suami atau anak-anak hidangan apa yang nak dimasak malam itu.

Seorang bapa yang secara bersahaja membuka ruang kepada anak-anak untuk mencadangkan ke mana mereka sepatutnya pergi bercuti.


Semua ini sebenarnya adalah sebahagian kecil daripada konsep syura; berbincang dan bermesyuarat. Ianya tidak semestinya perlu berlaku dalam suasana formal.

Dalam skala yang lebih besar, seperti perbincangan kerja dakwah, perbicangan urusan perniagaan sehinggalah perbincangan urusan pentadbiran negara.

Antara Kebaikan Sistem Syura

#1 Mengurangkan kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan penting.

Sesebuah keputusan yang dibuat dalam sebuah perbincangan adalah jauh lebih baik daripada keputusan yang dibuat sendirian.

Dengan mengamalkan konsep syura, keputusan yang lahir daripadanya sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada berlakunya kesilapan dan kesalahan.

#2 Melahirkan tindakan bersepadu dalam pelaksanaan keputusan.

Setelah sesebuah keputusan dibuat, semua ahli bertanggungjawab terhadap pelaksanaan kepada keputusan yang dipersetujui bersama tersebut.

Ini adalah salah satu adab dalam bersyura.

kepentingan syura

Sekiranya keputusan yang dibuat tersebut tidak mendatangkan hasil yang diinginkan, tidak boleh ada ahli yang menyalahkan ahli lain dalam perbincangan yang telah dibuat.

#3 Pemimpin mendapat kesetiaan & pengorbanan daripada ahlinya.

Sebagai pemimpin tidak kira peringkat keluarga atau pemimpun negara, jika mereka memberikan ruang pendapat pada orang bawa mereka akan lebih dihormati & disanjungi.

kebaikan sistem syura

 

#4 Mendapat keredaan Allah s.w.t.

Konsep syura ini adalah salah satu daripada syariat Islam yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad kepada kita semua.

Maka, apabila kita melaksanakan syura dalam kehidupan seharian kita, secara langsung kita akan mendapat keredhaan Allah.

Banyak lagi sebenarnya kebaikan sistem syura jika kita amalkan dalam kehidupan seharian.

Bagi mereka yang terlibat aktif dengan gerakan dakwah, adalah wajib untuk memahami kepentingan syura seterusnya mengamalkannya dalam setiap kerja yang dirancang.

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk (berbuat sesuatu) maka bertakwalah kepada Allah. Kerana Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
(Surah Ali Imran: 3:159).

Begitu hebatnya peranan syura, bukan sahaja perihal akhirat yang Allah sarankan untuk kita bersyura, tetapi juga dalam hal keduniaan.

Jika anda rasa artikel mengenai konsep syura ini bermanfaat, jangan lupa untuk klik button share.

Terima kasih.

Artikel Berkaitan :

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply