Kukuhkan Benteng Itu!

0
123
views

al a'raf ayat 16
Iblis berkata:
“Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A’raaf 7:16)

al a'raf ayat 17
“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Al-A’raaf 7:17)

Ya. sumpahan Iblis itu sudah menjadi kenyataan!

Iblis dan syaitan pasti akan menggoda kita dari pelbagai arah, dari kanan, kiri, depan, belakang kecuali dari arah atas dan bawah.

Kerana arah atas dan bawah adalah arah yang istimewa. Terdapat pertalian doa dan sujud yang mengikat seseorang hamba itu dengan Tuhannya dari 2 arah berkenaan.

Muhammad Lili Nur Aulia berkata di dalam bukunya,

” Aku perhatikan keimanan itu bak sebuah benteng yang melindungiku dari syaitan.
Tapi pada dinding benteng itu terdapat lubang-lubang yang bisa dijadikan sela untuk masuknya syaitan.
Lubang itu di antaranya adalah kesombongan yang mempunyai rongga-rongga yang nyaris tak terlihat.
Seorang mukmin harus berwaspada terus menerus untuk menjaga bentengnya.
Menutup semua lubang itu dengan teliti agar terlindungi dari datangnya syaitan.”

T___T

Jangan bermain api dengan Iblis dan syaitan. Bayangkan ‘mereka’ sangat berpengalaman menggoda manusia dari keturunan Nabi Adam lagi, sehingga kepada cucu cicit Nabi Muhammad.

Dan syaitan sangat mengerti bahawa, dia takkan mampu merobohkan benteng keimanan itu dengan mudah.

Mana mungkin dia menggoda orang beriman supaya meninggalkan solatnya?
Mana mungkin dia menggoda wanita beriman untuk menanggalkan tudungnya?
Mana mungkin dia menggoda pemuda beriman agar menderhakai orang tuanya?

Tetapi, liciknya godaan syaitan, dia mampu membuatkan pemuda beriman meninggalkan khusyuk solatnya. Bilamana, seseorang itu menunaikan solat, tetapi hanya sekadar untuk menggugurkan kewajipan, namun tidak hadir sebarang nikmat dalam ibadahnya!

” Hati-hatilah kalian daripada kekhusyukan yang nifaq.
Yakni bila tubuh seseorang secara lahir terlihat khusyu’ tetapi hatinya tidak khusyu’ ”
( Khuzaimah ibnu Yaman RA)

Juga bahayanya godaan syaitan, dia mampu membuatkan wanita beriman meninggalkan zikir hariannya, hanya kerana ingin menyelesaikan beberapa perkara duniawi.

Bisikannya mampu menghiasi dunia sehingga ia menjadi sesuatu yang menarik dan perlu dikejar.
Lalu menyebabkan si perempuan akan berusaha mempamerkan kecantikannya agar dipuji dan menarik perhatian kaum lelaki.

Juga hebatnya penangan godaan syaitan, dia mampu membuatkan orang mukmin melupakan taubatnya kepada Allah dengan menganggap bahawa kehidupan sehariannya bersih dari dosa!

“ Erm, kenapa perlu bertaubat? Aku tak buat apa-apa dosa pun hari ini? Solat je semua waktu. Siap solat berjemaah lagi!” getus hati kecil seorang mukmin.

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.

Marah.

Ia juga merupakan salah satu perkara yang menjadi rongga-rongga yang merobohkan benteng itu.
Apabila marah menguasai diri, fikiran tidak lagi mampu berfikir panjang. Pasti akan terhambur kata-kata kasar yang akan menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Kemudian, persengketaan akan terjadi dan syaitan akan terus meniupkan bisikan-bisikan yang menghangatkan persengketaan itu.

Nauzubillahmin zalik. Semoga Allah menjauhkan kita semua daripada godaan bisikan syaitan yang merosakkan.

mahalkan marahmu
Mahalkan marahmu. T_____T

Mari, kita perkukuhkan benteng keimanan kita.
Mari kita perbaiki dan sempurnakan solat kita.
Mari kita maknai setiap sujud-sujud kita.
Mari, kita benamkan kesombongan di hati-hati kita.
Dan mari, kita mahalkan harga kemarahan kita.

kerana,

“ Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun”

( Imam As-Syafie)

T_____T

Maka, selamat bermujahadah semua! Aja-aja fighting!

Penulis: Musyirah Zulkarnain

Artikel Yang Berkaitan :

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply