La Tahzan Wahai Daie

0
131
views

La Tahzan

La Tahzan | Sesungguhnya, tugas yang dipikul kita semua memang tidak ringan. Terkadang, rasa berat bahu yang menggalas tanggungjawab. Terkadang, rasa tak mampu dan mahu berputus asa! Terkadang, air mata sebuah tabah mengalir melemahkan jiwa!

 

Tetapi, saat kita menangis di atas sejadah sambil hati dan mulut mengadu pada-Nya, subhanallah! Ada satu ketenangan yang menyelinap masuk ke dalam jiwa. Ada juga satu penyesalan yang mengetuk hati.

 

‘Mengapa aku harus berhenti menyampaikan?’

‘Mengapa aku harus melayan rasa putus asa yang dinanti syaitan?’

‘Mengapa aku terlalu pedulikan pandangan manusia yang menjauhkan aku daripada-Nya?’

 

Dan, saat itu, merupakan momen yang paling indah! Di mana hati ini meminta bersungguh-sungguh pada-Nya. Menangis ikhlas memohon keampunannya. Memohon pinjaman kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan langkah dan perjuangan dalam berdakwah! Memohon diberi kesabaran yang tinggi untuk membawa manusia kembali pada Allah!

 

Dan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar. Allah itu tidak pernah memungkiri janji-Nya. Syurga menjadi matlamat untuk segala usaha-usaha kita. Redha-Nya menjadi fokus utama dalam setiap perkara yang kita lakukan.

 

Ingatlah, sebagai daie, penyeru, pengajak dan penyampai kepada kebenaran, kita sememangnya pasti diuji dan diuji serta diuji! Jalan ini telah pun dilalui Nabi-nabi terdahulu. Jalan ini telah pun ditelusuri oleh para ulamak. Maka, jalan ini juga yang perlu kita ambil untuk mengikut jejak langkah mereka. Tak ramai yang mahu ambil jalan ini kerana risiko untuk dikeji, dipulau, dicerca, dihina, diperli dan dikecewakan manusia  adalah tinggi! Kerana Allah, maka, teruslah melangkah! Biar kita lelah dan penat dengan kebaikan, jangan kita seronok dan teruja dengan kemaksiatan!

 

Bila engkau sudah berusaha, sudah cuba menyampaikan dengan pelbagai senimu dalam berdakwah, jika ‘dia’ masih tidak mahu menerima kebenaran, masih mahu duduk dalam kancah kejahilan, maka, teruskan usahamu dengan berdoa. Doa dan terus berdoa. Kerana doa itu merupakan salah satu wasilah dalam berdakwah. Tanpanya, putus asa dan cepat lelah akan mengakhiri perjuangan ini.

 

La Tahzan wahai daie! Allah sentiasa bersamamu.

Penulis : NOOR SYAZANA BINTI ABD HAMID

Blog Penulis : wana93.wordpress.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply