Lebih 100,000 Umat Islam Indonesia Berarak Dalam ‘Bantah Ahok’

0
590
views

ketum-fpi-sarankan-sidang-istimewa

Sejurus selepas Solat Jumaat semalam (4 November 2016), ratusan ribu umat Islam Indonesia berarak di ibu Kota Jakarta bermula dari Masjid Istiqal menuju Istana Kepresidenan. Demonstrasi ini sebenarnya adalah acara kemuncak setelah tiga minggu berturut-turut dijalanakn di Kota Jakarta.

Demonstrasi ini adalah respon kemarahan umat Islam di Indonesia membantah tindakan Ahok, Gabenor Jakarta dalam salah satu kempennya di Pulau Seribu lebih sebulan yang lalu. Dalam kempen tersebut beliau telah meminta umat Islam supaya tidak terpedaya oleh golongan tertentu yang menggunakan al-Quran daripada surah Al-Maidah yang menyebut bahawa orang Islam tidak boleh memilih kalangan orang bukan Islam sebagai pemimpin. Perkataan ini secara tidak langsung telah mengguris hati umat Islam di serata Indonesia kerana Ahok dilihat seperti mempertikaikan al-Quran dan menghina Islam.

Mengapa Ahok Berucap Sedemikian?

Pada tahun 2014, Ahok dilantik menjadi Gabenor Jakarta apabila Joko Widodo (Jokowi); melepaskan jawatan itu untuk bertanding sebagai Presiden Indonesia. Ahok pada waktu itu adalah timbalan Gabenor Jakarta.

Februari 2017 yang akan datang, akan berlansungnya Pilihan Raya Ketua Daerah (PILKADA) sekali lagi selepas lima tahun (menyandang jawatan gabenor Jakarta). Untuk mengekalkan jawatannya Ahok seperti tersepit kerana beliau satu-satunya calon gabenor yang bukan beragama Islam (beliau dari keturunan Tionghua).

Persaingan sengit diramalkan berlaku dalam PILKADA akan datang kerana setiap calon mempunyai pengaruh masing-masing. Oleh itu, sebagai usaha untuk meraih undi dari pengundi Islam di Jakarta, beliau telah berucap sedemikian.

Majlis Ulama Indonesia (MUI)

Meskipun kemudiannya beliau telah memohon maaf dan menjelaskan bukan tujuannya untuk menghina Islam, ucapannya itu tetap menjadi isu yang hangat sehingga banyak pertubuhan bukan kerajaan menuntut agar beliau dikenakan tindakan undang-undang.

Malah Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataan mereka berkata ucapan Ahok sememangnya menyalahi undang-undang kerana dianggap telah menghina Al Quran dan golongan ulama yang membuat penafsiran maksud Surah Al Maidah.

Ketua Umum MUI Ma’ruf Amin berkata ayat dalam surah itu secara jelas melarang umat Islam memilih golongan Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin mereka dan kenyataan Ahok kononnya umat Islam diperdaya dengan ayat itu adalah satu penghinaan terhadap Islam.

bantah_ahok

Laporan dari Astro Awani mengatakan seorang mati dan tujuh lagi cedera apabila berlaku rempuhan dalam demonstrasi aman itu. Demonstrasi yang bermula dengan aman itu bagaimanapun bertukar menjadi tegang dan ganas hingga gas pemedih mata terpaksa dilepaskan untuk meleraikan peserta demonstrasi.

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply