Lelaki Ini Mengajar Kita Konsep Rezeki Sebenar

0
1907
views

 

konsep rezeki

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti. Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacanya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

+ “Assalamu ‘alaikum”

– “Waalaikum salam”

+ “Bagaimana jualan akhbar tuan?”

– “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini”

– “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

– “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

– “Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

– “Bererti, rezeki saya adalah bersabar”

+ “Kalau tidak ada yg boleh dimakan”?

– “Bererti rezeki saya berpuasa”

+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”

– “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan”. Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat …
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung…

Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah?

Khuatir tidak dapat wang?

Risau rumahku akan terendam banjir?

Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri?

Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata-mata. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.

Sahabat …
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Allahu a’lam

Nota Editor : Penulisan ini dikongsikan oleh tuan Fedtri Yahya di FB beliau disini.
Artikel Yang Berkaitan :
 
mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply