Lelaki Ini Menyelamatkan 70 Orang Dalam Insiden Orlando. Dan Nama Beliau Imran Yousuf

0
548
views

 

Lelaki Ini Menyelamatkan 70 Orang Dalam Insiden Orlando
Muslim War Veteran

Sedang seorang lelaki yang hilang pertimbangan, dengan rakusnya membunuh pengunjung di sebuah kelab malam gay di Orlando, seorang lelaki lain pula, yang juga  berada di tempat kejadian berusaha menyelamatkan mangsa yang lain.

Imran Yousuf, seorang bouncer  di kelab malam tersebut, sudah dapat menghidu malapateka besar apabila kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan. Seorang Marine dan pernah berkhidmat di Afghanistan, naluri beliau tidak salah.

Menurut Yousuf yang baru sahaja meninggalkan Marine Corps bulan lepas, melalui tiga das tembakan pertama yang didengarinya membuatkan dia yakin bahawa senjata yang digunakan adalah senjata berat (high-caliber). Rumusan pantas beliau, ini adalah bencana yang besar bukan sekadar pergaduhan bersenjata yang biasa.

Mendengar beberapa das tembakan dilepaskan, pengujung kelab malam masing-masing meluru ke bahagian belakang dewan utama kelab. Akibat tidak tahu jalan keluar, mereka berhimpit di satu kawasan.

“Open the door! Open the door!”

Dalam keadaan panik dan ketakutan, tiada siapa pun yang mendengar jeritan beliau supaya membuka pintu kecemasan yang hanya beberapa kaki dari tempat mereka berkumpul. Ulas beliau kepada pemberita apabila menceritakan kembali detik cemas itu.

Sama ada menunggu maut menjemput mereka di situ malam itu, ataupun mencuba nasib dengan bangun dan membuka pintu kecemasan tersebut agar semua pengunjung dapat keluar dan menyelamatkan diri. Omar Mateen, si penembak gila itu akan tiba ke kawasan ‘persembunyian’ mereka bila-bila masa sahaja.

Yousuf yang tiada pilihan lain, mengambil keputusan berani dengan bangun dari tempatnya dan meluru dan membuka pintu kecemasan. Menurut beliau, lebih baik mengambil peluang itu, walaupun ada kemungkinan besar ditembak apabila bangun dari tempatnya.

Kemudian barulah pengunjung lain berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri. Apabila ditanya media bilangan yang berjaya diselamatkan, beliau menjawab anggaranya sekitar 60-70 orang.

Pemuda berani itu, sebelumnya berkhidmat sebagai juruteknik peralatan elektronik di Marine Corps dari June 2010 hingga May 2016. Pada 2011, beliau dihantar ke Afghanistan dan terakhir berkhidmat di Bahagian Lojistik Marine.

Askar muda berusia 24 tahun itu telah memperoleh pelbagai anugerah ketenteraan termasuklah Navy and Marine Corps Achievement Medal, the Afghanistan Campaign Medal, the Korean Defense Service Medal dan the Sea Service Deployment Ribbon.

Apabila ditemuramah media, beliau secara peribadi sangat mengharapkan agar beliau dapat menyelamatkan lebih ramai orang dalam insiden tersebut.

Di saat sebahagian media barat memainkan sentiment agama Islam dengan menzahirkannya sebagai ganas, perlu kita tonjolkan juga sisi kepahlawanan oleh orang Islam.

[su_label type=”black”]Sumber[/su_label] [su_button url=”http://tribune.com.pk/story/1124483/muslim-war-veteran-saved-dozens-orlando-club-shooting/” target=”blank” style=”flat” background=”#3ced0b” color=”#ffffff” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: flash” rel=”nofollow”]Tribune[/su_button] [su_button url=”https://www.washingtonpost.com/news/checkpoint/wp/2016/06/15/how-a-heroic-marines-military-training-helped-him-save-dozens-from-orlando-gunman/” target=”blank” style=”flat” background=”#3ced0b” color=”#ffffff” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: flash” rel=”nofollow”]Washington Post[/su_button]

KUPON BUKU DISKAUN RM5 IMANSHOPPE

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.

Leave a Reply