Lelaki Sweet

0
126
views

Lelaki Sweet

Lelaki SweetLelaki Sweet | “Lelaki paling sheweet dalam dunia undoubtedly ialah Rasulullah s.a.w. 🙂 Siapa lagi sheweet dari orang yang tak pernah pikir pasal diri sendiri and all dia pikir is kebaikan kesenangan keselamatan orang lain, dan siapa yang lagi sheweet dari orang yang support cause baginda, susah senang senantiasa setia ada duit takde duit semua masa dia bagi pada Rasulullah? Orang yang sheweet semua orang suka dan terpaksa suka, walaupun ia seorang musuh.” – HMA

 

 

Alkisah tengah Nabi duduk borak dengan sahabat-sahabat dekat Masjid Nabi, ada sorang mamat ni datang. Kencing dekat dalam Masjid Nabi. Cuba korang bayang, korang tengah ada usrah dekat masjid _____ tiba-tiba datang sorang laki ni, kencing dekat betul2 korner masjid tu, menghadap kiblat pulak tu kan. Agak-agak apa yang korang buat?

 

 

Rasanya samalah dengan apa yang sahabat-sahabat cuba nak buat, pedang-pedang semua dah nak terkeluar dah, buku buku lali (eh) buku buku lima dah kemas rapi digenggam bersedia untuk dilepas, tapi Nabi suruh sahabat hold. Kerana kepatuhan mereka kepada Nabi (&Allah) mereka pun dengan penuh muka tak puas hati, duduk semula.

 

 

Nabi Muhammad dengan penuh ketenangan, ‘erm, korang pi amik ayaq mai cuci kencing dia’. Hoih, dah la orang lain kencing, dah bengang nak pi tibai, tiba-tiba Nabi suruh kita pulak cuci. (oh, ni pasti feeling yang semua orang rasa sebab kita manusia) maka sahabat-sahabat pun pergi lah cari air untuk cuci air kencing tu.

 

 

As sahabat-sahabat pergi cuci kencing laki tu, Nabi tarik laki tu ketepi, Nabi kata (lebih kurang), ‘nampak diorang tu? Jangan buat lagi, ni rumah Allah’. Laki tu pun peluk Islam kerana kesweetan Nabi yang tak marah pun apa yang dia buat.

 

 

Eh, takkan macam tu je? Macam tak complete je kan? Mungkin orang ramai tahu cerita tu, tapi ramai yang tak tahu, laki tu datang dari jauh lepas dengar pasal Nabi, dan datangnya dia sebenarnya nak bunuh Nabi, sarat dengan pedang, pisau, tombak dan panah, dan kencingnya dia tu, bukan kerana tengah mabuk, tapi kerana dia nak cari gaduh, nak cari point la nak start the fight kan.

 

 

Bayangkan, laki tu datang kencing kat tepi tu sebab nak cari gaduh, tapi Nabi dengan sahabat biar je dia habiskan kencing dia, buat tak tau je, mestilah segan laki tu. ‘Hoi, aku nak cari gaduh ni, tempat ni konon sacred la kan utk korang, nah amik kencing aku. (Kencing kencing kencing) Weh, nak abis dah kencing ni, meh la gaduh. Meh laa, meh laaa’ (mungkin ni bicara hati lelaki tu) tapi Nabi buat dek je kan. Memang baik bunuh diri ar laki tu sebab ditimpa malu yang sangat besar, nak cari gaduh orang tak layan.

 

 

Dan kerana penuh kemaluan itu, dan terkesannya hatinya atas kemuliaan akhlak Nabi tu, dia rasa terharu sangat, ‘aku datang nak bunuh, siap kencing kat tempat sacred dia, dia tak marah pun, siap halang member-member dia nak belasah aku’. Sebab tu lah dia mengucap syahadah at that moment jugak. Dan dia doa, “Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad je dalam syurgaMu”. leaving out sahabat-sahabat Nabi yang nak pukul dia tadi. Nabi tanya, dah tu sahabat-sahabat lain? La, bukan diorang nak bunuh aku tadi, buatpe doakan untuk diorang. Pastu Nabi cakap, “Syurga sebesar langit dengan bumi, ko buat jadi kecik je wahai fulan” Pastu si lelaki tu doa yang baru, “Ya Allah, masukkanlah aku dan Muhammad dalam syurgaMu”. (buang ‘je’ tu tak nak jugak sebut nama orang lain) haih lantak ko lah. Hehe.

 

 

“Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari kamu.” 3:159

 

 

So jom mengesani hati mereka di sekelilingmu. Unleash the sweetness in you! ^_^

 

Hisham Mahir
Graduated in BA(Hons) Architecture from University of Manchester,
currently bekerja di MMN Architects as Trainee Architect.
Pemilik blog Satu Cinta Satu Destinasi (SCSD) yang beroperasi sejak 2008.

http://www.hishammahir.blogspot.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply