Logam Yang Sengaja Karat

0
102
views

hadis logam

Logam yg sengaja KARAT.

Setiap kali melihat manusia yng penuh kelebihan, saya terkagum. Tak kisah sekecil mana atau sebesar mana kelebihannya, amount kekaguman itu tetap sama.

Setiap satunya berbeza walaupun kadang bidangnya sama. Bakat yang sama.

Ada yang puitis, tapi membekas.

Ada yang sangat telus, tapi membekas.

Ada yang kreatif juga, tapi membekas.

Ada yang sgt innovatif, tapi membekas.

Dan setiap kali berjumpa dengan orang sebeginilah, saya berasa amat bersyukur. Amat bersyukur dapat melihat betapa teiliti Al Jabbar, menciptakan kita. Tiada yang ada pada kita akan ada pada orang lain. Setiap satu jiwa yang lahir, setiap dr satunya berbeza.

Cara kita berkomunikasi.

Cara kita meyukai sesuatu.

Cara kita berfikir.

Hampir kesemuanya tiada yang benar² serupa. Mungkin ada yang sama , tapi tiada yg serupa.

Cuma, persoalannya sekarang; adalah kita sedar atau tidak akan hakikat itu?

Hakikat yang KELEBIHAN kita berbeza? Hakikat yang kita ada LOGAM, tapi punya susunan atom yang berbeza.

Sayangnya jika tidak. Sebab kita BERKARAT jika tidak di GILAP.

Maksud: “Manusia seperti logam; terpilihnya semasa jahilliyan; terpilihnya semasa islam; jika mereka ‘faham’.”

[HR Bukhari]-Drpd Abu Hurairah r.a.

 

Ingat lagi hadith, ini bukan?

Hadith yang jika benar kita mendalaminya, kita takkan pernah jemu untuk menemui sisi baru diri sendiri. Kita takkan pernah kecewa kerana kelebihan yang kita tiada. Malah bersyukur dengan apa yang kita ada dan menggunakannya apa yang ada itu dengan semaksimum mungkin.

Cuma sayangnya, bila kita nampak manusia2 lain yang menonjol sifatnya, kita kerap rasa yang kita ini tiada apa pon kelebihan. Seakan kita ini kambing hitam ditengah lautan kambing putih.

Ironi, sedangkan kita yakin bahawa Allah itu Ar Razzaq yang maksudnya Maha Memberikan Rezki.

Kita akan mengatakan aku tiada kelebihan ini dan itu. Akulah ynag tidak bagus seperti si dia.

Arghh sayang sekali. Sayang sekali pada kacamata saya.

Anda sendiri membuka ruang untuk syaitan berjaya membuatkan anda yakin yang anda merupakan ‘khalifah bertauliah yang tidak berkaliber’.

Anda sendiri menyeru dan mengiklankan ruang dan punca untuk syaitan menjadikan anda semakin berkurang syukurnya dengan rezki utama yang ada iaitu DIRI ANDA SENDIRI.

Allah sudah mengangkat darjat kita di dalam Al quran, kenapa mahu turunkan darjat itu sebenar benarnya dengan lumpur hitam?

Mungkin sama² kita perlu ingatkan ayat daripada surah 89 :

(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!”

Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Al Fajr (15-16)

SALAH SIAPA

Jika ayat diatas menemui kebenarannya pad diri kita ianya adalah salah kita sebenarnya.

Sebabnya, Allah katakan pada kita yang Rezeki itu dalam tanganNya. Hatta seteruk manusia lakukan pada kita , memandang kita atau menilai diri kita, rezeki tetap bukan milik mereka. Jika ia milik kita, ia akan menjadi milik kita.

Sebab Firman Allah:

KepunyaanNyalah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezki bagi siapa ynag dikehendakiNya dan menyempitkan(nya): sesungguhnya Dia Maha Mengetahu segala sesuatu. Asy-syura : 12

Kehidupan itu adalah juga rezeki terbesar untuk kita syukurkan. Bagaimana keadaan kita sekalipun, kita akan berada dalam kandang kemuliaan jika kita belajar untuk lebih bersyukur.

Bukan sahaja dengan kata² tapi dengan amalinya juga.

Amalinya dengan kita menggilap logam yang ada pada diri kita supaya ia tidak mencambahkan karat dan sukar untuk digunakan.

Jika kita belajar dan berusaha menggilap, kita akan nampak perbezaannya.

Anda akan bawa satu corak perubahan pada harakat kehidupan ini tatkala anda mengkontribusi sesuatu yang positif padanya.

Jika diambil dari sudut kimianya, tenaga yg positif itu akan menghasilkan ‚effect transfer‘ juga adalah positif. Samada anda yang menyerap tenaga positif, atau andalah yang memberikan serapan untuk tenaga itu kepada manusia disekeliling.

Kita punya tempo yang sama dan menghasilkan tempo yang baik juga untuk manusia disekeliling kita.

Tatkala itu, kita akan mampu menghasilkan pemikiran tenaga yang sama dan positif tatkala mentarbiah manusia. Dan dengan izin Allah berkemungkinan itu akan memudahkan proses transfer idea dan tenaga anda yang berkobar terhadap islam yang kita cintai.

BUKANNYA MASA UNTUK KECEWA

Sekarang kita tak punya masa untuk kecewa secara berlebihan. Sudah² Menangisi perkara yang kalau air mata darah keluar sekalipun ianya takkan menghasilkan apa².

Attitude yang kita perlu ada adalah, POSITIF.

Cari sosok celah mana yang Allah mahu tarbiah. Jika kurang, muhasabah sebabnya. Jika sudah ada, cari jalan macam mana nak mengeksploitasi.

Lemas saya memikirkan manusia yang sentiasa memandang NEGATIF segala sifatnya ynag berbeza dnegan orang lain. Anda berbeza kerana itu lah peranan ANDA. Menambahkan kelebihan pada kelebihan yang dah komersial.

Jika anda berbeza, gunakanlah kelebihan itu. Anda berbeza kerana ada gunanya anda pada orang yang biasa².

Rasa special , kann?

Jadi sudah²lah memerhatikan logam orang lain SAHAJA.

Ya, logam mereka mengagumkan. Rasa macam mahu kita miliki.

Tak salah untuk kita amibil tempiasnya, sapa pulayang kata tak boleh.

Cuma jangan obses dengannya.

Anda juga punya kelebihan, dan anda punya kelebihan, jika digilap, pasti oarang lain pula terliur berkehendakkanya. Haha.

Allahualam.

 

Penulis : Nadiah May

Blog Penulis : ichbinmae.blogspot.de/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply