Loser?

0
71
views

Loser?

loserLoser?

Bismillah.

Kadang-kadang anda mungkin rasa loser dengan apa yang anda buat. Tidak kira dalam soal pelajaran, dakwah dan tarbiyyah, mahupun pencapaian-pencapaian anda di dalam bidang ko-kurikulum serta bidang-bidang yang lain yang anda usahakan.

Mungkin anda juga sering bermonolog sendirian: ‘apa yang telah aku buat?’ ‘adakah aku telah menyumbangkan sesuatu kepada Islam?’ ‘mengapa aku tidak melihat sebarang perubahan kepada orang-orang di sekeliling yang telah diseru ke arah kebaikan?’ ‘hah, program tak ramai orang datang? Kenapa, mengapa, bagaimana, adakah dan segala persolan beratur di minda anda.

Dan anda akan mula rasa loser.

Kerana kadang-kadang anda menyukat rasa loser itu dengan ukuran pandangan masyarakat sekeliling anda, dengan sukatan manusia biasa yang mempunyai pelbagai expectation, tanggapan dan tidak kurang juga yang sarkastik.

Tetapi jangan risau. Bukan anda seorang sahaja yang loser. Mari kita lihat contoh mereka-mereka sebelum kita yang juga merupakan seorang ’loser’.

1. Nabi Yusuf

Jika kita hidup pada zaman Nabi Yusuf, kita mungkin akan merasakan bahawa beliau seorang ‘loser’. Tidak disukai abang-abang, dicampak ke dalam perigi, terpisah dengan bapa kandung, digoda oleh isteri pembesar, dan akhirnya meringkuk ke dalam penjara.

‘The perfect loser’. Mungkin itu pandangan anda.

Tetapi tidak bagi Allah. Bagi Dia Yusuf seorang yang istimewa. Tatkala semua manusia menganggapnya sebagai loser, Allah mengangkat baginda sebagai pembesar di Mesir dan memberi kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Dan Yusuf kelihatan sangat gagah dan tampan di situ.

2. Kisah Rasulullah dan Zaid bin Harithah di Thaif

Siapa yang tidak tahu kisah ini, kisah di mana kaki Rasulullah kesayangan anda telah berdarah akibat dilempar batu oleh penduduk Thaif yang tidak mahu menerima dakwah. Rasulullah mengesat darah yang mengalir dari kakinya, bimbang darah itu menitis ke bumi kerana tidak mahu bumi Thaif menjadi saksi bahawa mereka yang ‘masih belum beriman’ menyakiti baginda, lantas mengundang kemarahan Allah.

“Sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Siapa tahu mungkin mereka yang akan mengungkap kalimah la ilaaha illallah nantinya datang dari keturunan ini?” Dan Rasulullah tidak berhenti mengungkap doa.

Anda rasa ini ialah loser. Kenapa tidak saja meminta pertolongan malaikat melemparkan gunung ke atas mereka? Biar mereka rasa. Mereka sudah terlalu jahat kepada baginda.

Loser? Allah wa rasuuluhu a’lam.

Selepas baginda wafat, sebahagian ummat Islam keluar dari deen dan keadaan di jazirah Arab pada waktu itu kecoh dan kacau. Wujud juga beberapa kumpulan yang menentang Islam yang sewaktu itu di bawah pimpinan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Tetapi anda tahu tak siapakah yang memberi sokongan yang kuat kepada khalifah?

Penduduk Makkah dan Thaif. Ya, yang anda rasa dah takde harapan tu.

Mereka mempertahankan Islam dengan bergaya di ambang kekacauan itu.

Dan banyak lagi kisah-kisah loser yang lain. Kisah perjanjian Hudaibiyah, Perang Yarmouk dan sebagainya.

Oh ye, tak lengkap pula rasanya jika kita terlepas pandang kisah-kisah loser abad ini. Ye lah, dah zaman millenium kan, ada lagi ke kisah-kisah loser?

Ada.

1. Kemusnahan WTC

Satu dunia kecoh dengan peristiwa ini dan menuduhnya didalangi oleh orang Islam. Arghh, losernya. Semua nak tuduh orang Islam. Apa –apa yang berkaitan dengan bom dan keganasan, semua orang Islam yang buat.Ish.

Loser ke ummat Islam?

Tak. Selepas kejadian tu, kan berbondong-bondong rakyat Amerika memeluk agama Islam. Pada mulanya, mereka mesti rasa curious kenapa semua orang tuduh orang Islam yang buat. Lepas dah kaji Islam secara mendalam, mereka tak percaya propaganda yang disebarkan kerajaan mereka. Mereka masuk Islam dengan kepercayaan yang teguh dan iman yang mengakar kuat.

2. Filem ‘Innocence of Muslim’

Kurang ajar betul Sam Bacile ni, sesuka hati je buat filem yang menghina Rasulullah. Ish, losernya. Kenapa dari dulu lagi akan selalu ada orang yang tak puas hati dengan Nabi? Lukis kartun Nabi la, bakar Al-Quran la.

Loser ke ummat Islam?

Tak langsung. Ketinggian martabat Rasulullah bukan diberikan oleh manusia, tetapi oleh Allah. Fuh, kalau Allah dah bagi pangkat yang mulia kat Nabi, takde maknanya orang lain nak rendah-rendahkan. Sudah termaktub dalam kitab, untuk Rasulullah- maqaman mahmuudan (maqam yang terpuji). Tak boleh ubah.

Dan mesti masyarakat barat tertanya-tanya, kenapa la dari dulu selalu je ada orang yang nak buat sesuatu untuk insult nabi? Mesti la orang ni istimewa dan ada sesuatu yang tiada pada orang lain.

Haa, mesti mereka curious nak tahu kan? Itu kan sikap mereka, suka mengkaji dan mendalami sesuatu. Mana tahu, bertitik-tolak dari peristiwa ini, mereka akan mula mengkaji tentang Rasulullah dan pada akhirnya, mereka pasti akan mengetahui bahawa keperibadian Rasulullah tersangatlah mantap dan ‘osem’.

Kan?

Allah wa rasuuluhu a’lam.

Kalau mengukur loser dari neraca timbangan manusia, memang kita akan rasa loser. Dah study bagai nak rak, tapi tak boleh score, aduh,memang rasa loser habis.

Tapi itu di sisi manusiawi kita dan orang lain.

Kalau kita belajar dengan niat yang ikhlas, semuanya kerana Allah, dah study sungguh-sungguh, tapi result tak best, semuanya kembali kepada Allah.

Allah tahu yang terbaik.

Kita sibuk berdakwah dan mengajak orang kepada kebaikan, tapi takde seorang pun nak ikut, jangan rasa loser.

Kita hanya mampu berusaha, segalanya dikembalikan kepada Allah, Dialah yang maha memberi hidayah.

Jangan sesekali mengukur tahap loser itu mengikut logik akal kita,tapi ukurlah dengan pandangan Allah. Allah tak melihat hasil, tetapi Allah lihat usaha dan keikhlasan yang kita berikan. Segala-galanya lillaahi taa’la.

Kita tidak mahu mengikut jejak langkah makhluk yang berbicara seperti ini:

“Aku dari api, dia dari tanah. Maka aku lebih mulia dari dia.”

Berbicara mengikut logik akal semata-mata, kadang-kadang mengundang padah.

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk.

 

Nur Syuhada Binti Roslan

Lulusan bahasa arab Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

http://qatrunnada90.blogspot.com/

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply