Makna Berhijab

1
350
views

makna berhijab

Makna Berhijab | Maksud hijab adalah kain yang menutupi bahagian kepala muslimah bagi menutup aurat. Melihat pengertian hijab, begitu ringkas dan mudah difahami serta memperlihatkan kewajipan umat islam khususnya kaum hawa ,supaya menutup aurat.Tidak dapat dinafikan lagi muslimah pada hari ini sudah mula untuk berjinak-jinak dengan mengenakan hijab atau tudung sebagai melengkapkan diri sebagai muslimah sejati. Lihat sahaja selebriti tanah air yang sudah mula berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik berlandaskan syariat islam dengan mengenakan tudung semasa menghadiri sesuatu majlis dan juga dimana sahaja.

Namun adakah mengenakan tudung ini sekadar trend atau mengikut perkembangan fesyen semasa?

Sebenarnya sebagai seorang muslimah isu berhijhrah daripada “free hair” kepada bertudung tidak perlu digembar gemburkan, kerana sebagai seorang muslimah sejati tudung ataupun hijab merupakan element yang paling penting bagi melengkapkan suruhan Allah s.w.t untuk menutup aurat.

Aurat bagi muslimah adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, penghijrahan yang lebih bermakna adalah pinghijrahan antara kita dengan Allah s.w.t sahaja. Bukan disebabkan mempunyai sebab dan maksud tertentu bagi mendapat perhatian orang lain.

Media tempatan di televisyen baru-baru ini telah menyiarkan mengenai golongan lelaki yang berperwatakan lembut atau “makyah”, yang ingin kembali kejalan yang benar. Yang lebih mengejutkan lagi ada dalam kalangan mereka yang mengenakan hijab. Sejurus itu, saya terpaku dan berfikir sejenak. Sedangkan mereka juga mempunyai keinginan untuk bertudung, mengapa pula muslimah yang dikatakan , “srikandi syurga” tidak mahu mengenakan hjab? mengikut kajian, golongan “mak nyah” ini kebanyakannya “free hair” dan tiada pula yang mengenakan hijab. Oleh itu, dimanakah peranan anda sebagai muslimah di muka bumi Allah s.w.t  ini? Tepuk dada tanyalah iman.

Ada juga dalam kalangan kita yang mahu menutup aurat secara beransur-ansur iaitu misalnya mulakan dengan memakai “turban”, dimana hanya menutup sebahagian kepala sahaja dan mengeluarkan sedikit anak rambut dan menunjukkan bahagian leher. Alasannya adalah, ingin berubah sedikit demi sedikit dan tidak mahu melakukan perubahan secara drastic agar nanti tidak dapat diterima oleh orang lain.

Persoalannya disini, adakah kita semasa ingin memakai pakaian kita hanya memakai seluar dahulu, selepas 3 tahun kemudiannya baru kita memakai baju, dan diikuti tahun berikutnya kita memakai kasut pula?

Adakah begitu cara kita melengkapkan diri kita?

Sekiranya kita benar-benar ikhlas berhijrah kerana Allah s.w.t kita seharusnya berhijrah sebaiknya, tidak perlulah kita khuatir dengan apa sahaja bentuk tomahan yang diberikan oleh masyarakat, asalkan kita ingin merubah hidup kita kearah kebaikan Allah s.w.t akan membantu kita merealisasikannya dan menunjukkan jalan kebenaran. Asalkan kita sentiasa berdoa bersungguh-sungguh dan beristiqamah serta bertawakkal kepada Allah s.w.t.

makna berhijab

Akhir sekali , ingn saya berkongsi dengan pembaca mengenai hadith Rasulullah s.a.w

Yang dipetik dari buku “80 sebab manusia masuk neraka” nukilan Abdullah Al-Qari B. Haji Salleh, terbitan Darul Nu’man, beliau menulis bahawa Imam Muslim dalam kitab Sahihnya, telah mendedahkan Hadith sumber Abu Hurairah r.a yang memberitakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Ada dua golongan yang bakal menjadi penghuni neraka: (Pertama) golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang

(maksudnya: pemimpin yang zalim). (Kedua) perempuan yang (hanya) berpakaian tetapi (sebenarnya dikira) bertelanjang (membogel), berlenggang-lenggok (waktu berjalan) menghayun bahu kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol (enggoh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidaklah akan masuk Syurga dan tidaklah akan mencium bau wanginya, dan sesunguhnya(kesemerbakan) bau Syurga itu sudah tercium dari perjalanan sekian dan sekian

(amat jauh untuk terhidunya)”

Ayuh kita lihat satu persatu keadaan wanita akhir zaman yang telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w adakah sifat tersebut terdapat pada diri kita?

Atau mungkin pada rakan kita?

Atau adakah ada sifat tersebut dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri?

Oleh itu marilah kita berusaha untuk merubah kehidupan kita kepada yang lebih baik lagi mengikut landasan agama. Hijab bukanlah sekadar menutup kepala sahaja, tetapi seharusnya dijadikan perisai bagi diri kita bagi menjaga maruah kita sebagai muslimah yang sejati. Untuk mengenakan sedikit fesyen pada hijab, tiada salahnya, asalkan ianya tidak keterlaluan dan masih lagi pada etika dan landasan yang betul mengikut syarak. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama

Muhamad Firdaus Bin Ab Wahid

Artikel Yang Berkaitan :

 

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

Loading Facebook Comments ...

1 COMMENT

Leave a Reply