Malas Membaca Dan Malu Bertanya Punca Mahasiswa Kita ‘Lesu’ – Inche Faris

0
204
views

“ We are not taught to think critically, we are taught to accept.”

Salah satu ayat yang saya dapat dari Prof. Dr. Malik Badri ketika program bersama beliau tentang psychology, yang mana saya rasa perlu diambil berat dan serius oleh setiap pelajar, terutama mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi.

Prof. berkata bahawa hari ini kita hanya diajar untuk menerima apa sahaja yang diberikan atau diajarkan kepada kita, dan kita tidak diajar untuk berfikir secara kritis di atas setiap apa yang kita terima itu. Kita lemah dalam berfikir.

Berkata juga Ustaz Hasrizal, lemah dalam berfikir adalah kerana lemah dalam membaca.

Conceptual Books

Di dalam kelas kita seperti takut untuk melontarkan pandangan kepada pensyarah, mungkin kerana beberapa faktor ini yang saya perhatikan:

  1. Malu untuk bertanya dan sentiasa memilih tempat duduk yang paling belakang.
  2. Rasa seperti ‘tidak berakhlak’ kepada pensyarah.
  3. “ Pensyarah tahu semua perkara, anak murid tak tahu apa-apa”
  4. Belajar hanya untuk menghabiskan silibus. Apa-apa yang di luar silibus tidak diambil  peduli.
  5. Nak lontarkan pandangan, tapi takut salah.
  6. Tidak banyak membaca – tidak tahu apa-apa melainkan sedikit.

Budaya mengkritik dengan suasana yang sihat perlu disuburkan semula di dalam setiap kelas. Para pelajar harus bermula dengan menghidupkan budaya membaca, kemudian apabila sudah mula membaca, cuba untuk pelbagaikan lagi genre dan sumber bahan bacaan untuk meluaskan pengetahuan.

Bertanya untuk mendapatkan penjelasan atau menjawab pertanyaan, ada juga yang bertanya dalam keadaan dia tahu, tetapi sengaja bertanya agar cikgu atau pensyarah dapat bercerita tentang perkara itu sehingga satu kelas mendapat manfaat darinya.

Usah takut dalam bertanya dan melontarkan pendapat, kerana itu adalah makanan yang sihat buat minda yang kelaparan.

Para pendidik juga perlu meraikan usaha pelajar dalam menghidupkan budaya kritik-mengkritik antara satu sama lain dengan syarat seperti yang saya sebutkan tadi, dalam suasana yang sihat dan cukup harmoni.

Webinar-Klueber

Para pendidik tidak boleh berbangga diri menyatakan di dalam hati bahawa golongan merekalah yang jauh lebih berilmu berbanding anak-anak murid mereka. Salah satu bentuk kezaliman dalam dunia pendidikan adalah dengan menghalang para pelajar untuk berlatih berfikir dengan kritis dan kreatif.

Budaya ini akan membuka ruang untuk pendidikdan pelajar sama-sama berdiskusi di dalam kelas, menggerakkan minda pelajar-pelajar lain untuk turut berfikir dan menyatakan pandangan mereka berkaitan topik tersebut.

Para penuntut ilmu seharusnya sedar akan kepentingan budaya mengkritik ini seawal menduduki bangku persekolahan.

Bertanya dan memberikan pandangan kepada guru yang mengajar di hadapan kelas, berani dan tidak takut untuk meminta penjelasan daripada golongan pendidik kerana itu adalah hak setiap pelajar.

Bersuara di hadapan pendidik menyatakan pendapat peribadi bukanlah symbol kita lebih mengetahui daripada pendidik, akan tetapi perlu sedar bahawa setiap fikiran manusia itu berbeza berdasarkan pengalaman dan jalan penerokaan ilmu masing-masing.

Kepelbagaian dalam berpendapat itu adalah normal dan harus diraikan dengan cara atau wasilah yang digariskan oleh panduan agama, dan tidak boleh disekat dan dikekang budaya ini kerana ia seperti bebas pada jasad dan mindanya di sebalik jeriji besi.

graduation

Kita meyakini bahawa generasi pemuda hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan, oleh itu kita harus mempersiapkan generasi yang berkualiti dari segi intelektual mereka terutamanya, kerana tahap intelektual yang akan menentukan bagaimana mereka bertindak dan membuat sesuatu keputusan di dalam hidup mereka.

Semua ini bermula dari hidupnya budaya membaca dan semangat ingin mengambil tahu.

Dan perkara inilah yang akhirnya telah mengeluarkan rakyat Eropah dari kegelapan ketidak tahuan kepada terangnya ilmu pengetahuan, juga lahirnya sarjana-sarjana muslim yang berjaya meninggalkan legasi agung dalam dunia khazanah ilmu yang tercatat sepanjang sejarah peradaban manusia.

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply