Manusia Memang Menakutkan

0
11
views

what-is-your-fear

Manusia.
Kita memang menakutkan.

Aku takut pada jiwa yang kosong.
Aku takut pada jiwa yang terasa dirinya penuh ilmu di dada,
tetapi merendah-rendahkan ilmu di dada orang lain.

Aku khuatir pada mereka yang begitu semangat menegakkan agama,
sehingga lupa pada tanggungjawab,
kepada orang-orang yang sayangkan mereka.

Aku risau mereka yang bijak memutar-belit,
berselindung di sebalik topeng sayangkan agama,

Aku risau mereka yang rajin memberi peringatan,
tetapi dalam hati tersembunyi rasa riak mahupun ujub,
hingga mendambakan pujian manusia,
hingga melupakan pemerhatian Tuhan Yang Di Atas.

Aku risau pada diri sendiri,
yang begitu mudah terpengaruh,
yang begitu mudah mengadili,
yang begitu mudah mengkritik,
yang begitu mudah memperkecil.

Sedangkan aku masih belajar.

Siapa aku?
Manusia biasa.
Terlalu gopoh-gapah,
Lalu tergelincir.

Ya Tuhan,
lindungi aku dari tipu daya manusia.
dari sifat jahat yang halus tersembunyi.
dari jiwa yang hanya mahu menindas.

Aku lemah, Aku tewas.

Aku takut.
Pada manusia yang begitu menakutkan.

 

Zulaikha Osman
Medical Student, Denpasar, Bali
http://mereillusion-zo.blogspot.com

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply