Masih Amankah Lagi Turki ?

0
2
views
masih amankah turki
kredit

Sejak awal 2015 sehingga saat ini, hampir 11 siri letupan utama telah berlaku di Turki yang mengorbankan 170 terkorban (Ankara), 23 terkorban (Istanbul) , 32 terkorban (Suruc) dan 4 terkorban di Diyarbakir yang menjadikan jumlah korban 229 orang sejak 2015 hingga hari ini.

Letupan yang berani mati ini yang rata-rata didalangi pihak PKK (Parti Buruh Kurdistan) dan juga ISIS ini hanyalah bermatlamatkan 1 perkara, iaitu menimbulkan rasa takut orang ramai untuk datang ke Turki dan mendapatkan liputan media Antarabangsa agar permintaan mereka untuk mendapatkan wilayah Autonomi Kurdistan diberikan dengan cara paksa.

Serangan jahat ini yang menyasarkan 2 bandar utama di Turki iaitu Istanbul dan Ankara ini sememangnya bermatlamatkan hasad dan cemburu atas kemajuan dan peningkatan pengaruh Islam dan kemajuan yang dicapai di Bumi Uthmaniyyah ini dari masa ke masa.

Ini dapat dilihat dari sasaran yang dibuat oleh pihak pengganas yang menumpukan bandar-bandar utama yang dipimpin pihak AKP, namun tidak ada langsung serangan dibuat di kawasan yang dikuasai pihak sekular atau 78 buah negeri lain di Turki hingga saat ini.

Andaikata serangan dibuat untuk menjadikan keadaan huru-hara pastinya serangan dibuat di tempat-tempat lain, namun serangan yang bertumpu hanya pada 2 negeri utama ini dilihat sememangnya dibuat untuk mendapatkan liputan antarabangsa agar keadaan di Turki dapat diperlihatkan oleh masyarakat dunia seperti berada dalam keadaan kacau bilau dan tidak aman.

Turki saat ini masih lagi aman dan keadaan masyarakat awam masih lagi bersatu antara satu sama lain. Persepakatan dapat dilihat dari Press Conference bersama yang dibuat pihak AKP (Justice and Development Party), MHP (Nationalist Party) dan CHP (People Republic Party) dalam mengecam tindakan pengganas PKK pada hari ini (19/03/2016).

Kami di sini menyeru anda semua agar terus bersama dan menyokong rakyat Turki dalam mendepani cabaran genting ini.

Kita memerlukan suara dunia dan persepakatan bersama agar pihak PKK ini ditekan oleh kuasa dunia agar mereka tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan yang dinikmati oleh rakyat Turki.

Turki yang seringkali mendepani negara lain dalam membela masyarakat yang ditindas seperti Rohingya, Somalia dan Syria perlu terus disokong dan dibantu dari setiap aspek.

Jangan takut atau segan ke Turki, jalinkan hubungan dengan rakyat Turki agar mereka sedar yang kita bersama mereka dalam menghadapai cabaran genting pada saat ini.

Said Imaddudeen Norhisam.
CEO Jejak Uthmaniyyah Tour & Consultancy.

Artikel Yang Berkaitan :

[su_label type=”black”]Sumber[/su_label] [su_button url=”http://menjejakiuthmaniyyah.blogspot.my/2016/03/kejahilan-kefakiran-membawa-kepada.html” target=”blank” style=”flat” background=”#52d35d” size=”1″ radius=”0″ icon=”icon: bolt” rel=”nofollow”]Jejak Turki Uthmaniyyah[/su_button]

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply