Masih Suka Bermaksiat? Ini 30 Balasan Yang Pasti Anda Terima!

0
102
views

balasan bagi mereka yang lakukan maksiat

Dalam menjelaskan Risalah al-Mustarsyidin tulisan Imam al-Harits al-Muhassibi, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah mengambil penjelasan Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah dalam al-Jawab al-Kafi tentang 36 akibat buruk yang akan menimpa bagi mereka yang melakukan maksiat, walaupun maksiat kecil. Ini 30 diantaranya

1- Kurangnya ilmu dan rezeki.

2- Rasa berjauhan antara dia dengan Allah Ta’ala dan antara dia dengan orang lain.

3- Disempitkan semua urusannya.

4- Gelap gelita hati, wajah, dan kuburnya.

5- Lemahnya hati dan badan.

6- Sukar mengerjakan amal ketaatan.

7- Umurnya tidak diberkati.

8- Tertanam benih dosa, dosanya berketurunan.

9- Lemahnya kehendak hati dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah Ta’ala.

10- Hilangnya rasa jijik terhadap dosa dari dalam hatinya.

11- Dihinakan di hadapan Allah Ta’ala.

12- Rosaknya akal fikiran.

13- Hatinya tidak terfikir untuk buat kebaikan.

14- Dilaknat oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

15- Terhalang dari doa Rasulullah  dan para malaikat.

16- Mengundang pelbagai jenis seksaan di alam kubur.

17- Hilangnya rasa malu, cemburu, dan rasa hormatnya kepada Allah Ta’ala.

18- Dijauhkan daripada amal kebaikan.

19- Dihalangi daripada mendapat pahala sepertimana pahala orang-orang yang berbuat baik.

20- Dilupakan oleh Allah lalu dibinasakan.

21- Dihilangkan rasa nikmat dari dalam dirinya iaitu nikmat ibadah dan nikmat hidup.

22- Ditimpakan musibah.

23- Ditimpakan ketakutan..

24- Butanya mata hati.

25- Sentiasa berada dalam kawalan syaitan dan nafsu amarah yang mengajaknya pada keburukan dan kenikmatan dunia.

26- Jatuhnya martabat dan kedudukan.

27- Hilangnya keberkatan dalam ilmu, amal, rezeki, umur, dan semuanya.

28- Dijauhkan daripada malaikat pelindung dan mereka ini lebih hampir dengan syaitan.

29- Kekejian, kemunafikan, dan akhlak buruk menghiasi dalam hatinya.

30- Diselubungi kebimbangan, keraguan, dan berbagai penyakit hati yang mematikan.

Ya Allah, jauhkan kami dari segala bentuk perbuatan dosa dan maksiat. Hilangkanlah keinginan untuk bermaksiat dari dalam diri kami dan gantilah dengan semangat untuk berbuat taat kepada-Mu.

Sumber

Artikel Yang Berkaitan

Mahukan Artikel Seperti Ini Lagi? Sila Isi Form Dibawah

mm
Website yang menumpukan bahan bacaan islamik bagi yang memerlukan untuk pengisian rohani mereka. Jangan lupa like FB dan follow Twitter untuk dapatkan makluman artikel terbaru daripada kami.
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply